Pages

Friday, February 14, 2014

Hari Lahir Mama

Tanggal 14 Februari merupakan tarikh keramat buat bonda. Hari lahirnya. Dek fikiran yang bercelaru dan jiwa yang kurang bersedia menulis, maka pada tahun ini tiada puisi untuk mama. Sebaliknya saya menelefon mama pagi tadi. Hampir sejam kami berbual tentang rasa dan harapan. Seperti biasa mama yang sentiasa dengan perancangannya, bila mana cuti tiba maka banyaklah tempat yang ingin pergi meskipun kala ini adik saya yang kedua masih lagi berada di kampung halaman. Mungkin sudah biasa dengan anaknya yang sulung ini, maka banyak program yang diatur cuti bulan tiga nanti. Tengok sajalah. Saya turutkan sahaja kemahuannya kelak. Bawa sahaja kemana dia mahu pergi. Saya yakin, mama saya akan gembira. Gembira anaknya melayan kerenahnya. InshaAllah, selagi saya masih belum mendirikan masjid, maka emaklah yang saya dahulukan. InshaAllah. Saya mahu jadi anak yang baik. Ameen. Doa saya buat mama semoga terus kuat dan tabah walaupun anak-anak dikejauhan. Anakmu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mu. Semoga terus dipanjangkan umur, dimurahkan segala rezeki dan inshaAllah mama, kita akan bersama-sama ke Makkatal Mukarramah nanti mengerjakan haji. InshaAllah. Saya akan jadi mahram mama nanti. Ya Allah, kabulkanlah permintaanku ini. amin.

Sekian.
Qalampendeta
Kluang.Astana guru muda.
14.02.2014.