Saya bukanlah seorang yang pandai. Senantiasa mengimpikan untuk ke menara gading sepertimana sepupu-sepupu yang lain. Semuanya hebat. Bila pulang ke kampung, makanya masing-masing membicarakan fasal kejayaan dan kehebatan berkognitif. Adakalnya terbit rasa malu yang amat bila kita merasakan tersisih. Kala umur yang setahun jagung ini, sememangnya kala waktu yang kritikal. Keinginan untuk belajar dan terus belajar membuak-buak. Barangkali itu sudah rezeki mereka!! 'anak saya ini belajar pandai, sedang melanjutkan pelajaran di Universiti' kata seorang tua semasa menyapa dikedai. 'Anak saya dapat 10A1 dalam SPM manakala abangnya pula 4.0 dalam STPM, InsyaAllah..semuanya nanti masuk U belaka'. Bangga seorang bapa menyanjungi seorang anak yang berjaya ke menara gading.
Harapan jua menjulang tunggi, dapat menjaganya kelak nanti. Momelan si tua ini senatisa kedengaran, berbual kejayaan anak-anak yang berkaya dalam hidup menjadi orang yang berguna. Dialog-dialog kedengaran....Oh..anak saya ini dapat tajaan belajar keluar negara, lagi setahun habis ijazah perubatan dan balik ke Malaya untuk menabur bakti kepada massa. Adakalanya saya melihat daripada sudut legasi. Legasi yang baik dan cemerlang akan melahirkan anak-anak yang cemerlang. Bagaimana pula kisah anak seorang penoreh getah berjaya menjadi pengamal perubatan ataupun pengamal undang-undang. Kadang-kadang teori ini disangkal. Makanya berbaliklah kepada usaha dan ikhtiar kita.
Pada saya, harga sebuah 'mortar' dan 'bonnet' pada hari isriadat konvokesyen adalah segala-galanya. Melihat anak-anak memakai jubah bertatahkan songket dan bertopi petak atau bulat sudah cukup membuatkan pada orang tua bangga dengan kejayaan anak. Kemudian balik ke kampung, bergegar meja kedai kopi bercerita kejayaan anak-anak!! bangga dengan kejayaan!!
Doakan saya!! teringin untuk memakai topi ini. Bercita-cita juga untuk memakai Bonnet!! aminn.
0 comments:
Post a Comment