Pages

Tuesday, December 21, 2010

Parti Baru Bermula

Saya bukanlah seorang yang sofistikated dalam teknologi. Biarpun dunia sudah lama bicara fasal-fasal blog, makanya narator ini baru sahaja ingin berblog. Barangkali bunyi agak pelik, karena ini mungkin pertama kali bagi narator. Ramai dalam kalangan rakan-rakan mempunyai blog. Saya juga mempunyai keinginan yang sama. Jari jemari ini sudah lama gatal tangan untuk menulis. Minat menulis terbit tatkala berada di menara gading. Agak lewat!!. Mengasuh etos dalam menulis adalah amat sukar. Apa lagi mahu mengasah minda untuk menulis bahan ilmiah yang sudah pastinya sedikit membosankan. Kalimah “menurut” “merujuk” dan segala apa lagi dan ini sudah pasti akan membuatkan para pembaca menjadi loya dengan apa yang dihuraikan dalam makalah atau  artikel yang dibaca. Sudah menjadi adat, menatar ilmu memerlukan suatu pengorbanan yang jitu. Saya alu-alukan kepada yang membaca coretan ini, mohon komentar dari anda. Tiada apa yang bernilai melainkan dapat memperbaiki diri menjadi insan yang kamil.

Sekian.

Amar Bakhtiar
Rantau Panjang.

0 comments: