Pages

Wednesday, January 26, 2011

Antara saya, Tanjung Malim dan Tidur!! :)




              Tarikh keramat 18/1/2011 saya sekali lagi ke tanjung malim. Puas memikirkan tarikh yang sesuai. Ke tanjung malim dan seterusnya ke tapah. Melunaskan segala kerja-kerja house keeping tinggal seberapa. Segala dokumen telah saya sediakan sejak daripada rumah lagi. Fikiran mula menerjah disetiap genap ruang lingkup yang ada. Ruang lingkup yang akan memulakan perang terbesar dalam hidup ini. Praktikum. Banyak yang perlu difikirkan. Kuartes, eletrik, air dan segala macam. Ahh…buat buntu saja. Difikir tanpa usaha untuk mendapatkannya adalah sia-sia. Setelah bersyura dengan segala  kaum kerabat dan menteri-menteri geografi yang lain, maka diputuskan 18/1/2011 saya dan kawan karib, Faiz (atau lebih selesa dipanggil zust).
Berpagi-pagi lagi ke Kota Bharu, membeli tiket untuk berangkat ke Tanjung Malim pada sebelah malamnya. Pengalaman menaiki bas yang boleh dikatakan alah bisa tegal biasa!! 8 jam pejalanan sangat memenatkan. Sampai di Tanjung Malim jam 5 pagi. Sesampai di KHAR (Kolej Kediaman Harun Aminurrashid). Bermalam di rumah saudara Abu. Junior saya semester 6. PISMP Bimbingan dan Kaunseling. Pada pagi yang sama, saya ke tapah untuk menguruskan segala urusan. Urusan pendaftaran air di Lembaga Air Perak (LAP) selesai dan berjalan  lancar. Saya meneruskan wisata ke Bidor untuk meneruskan urusan pembayaran pendahuluan eletrik. Saya melangkah gagah ke kaunter yang tiada  seorang pun penghuni di kaunter tersebut. Malah, tiada siapa pun yang ada di pejabat TNB pada waktu ketibaan saya disana!! Aneh! Sungguh pun dunia ini sudah kiamat barangkali. Tiada kelibat manusia pun yang melintas!! Saya kehairanan dan terfikir, mana lah sudah manusia yang sering saja berkelana di atas hamparan bumi Allah yang maha luas ini. Sungguh saya bertafakkaru pada waktu itu!! Saya meneruskan langkah ke kaunter. Disambut girang oleh anak muda. Barangkali baru sahaja berkerja di kaunter!! Tersenyum lebar dengan lirikan senyuman yang sangat mengasyikkan. Panahan senyuman buat saya kaget seketika. Apalah yang ada pada runtunan senyuman melainkan ikhlas pada memberi!!. ‘ erm..Assalamualaikum (member salam sebelum meneruskan urusan) dan selamat pagi cik. Owh pernah kita berjumpa sebelum ini kan? Saya pernah datang ke kaunter ini untuk mengambil borang pendaftaran eletrik. Masih kah cik ingat?? Cik membalas ‘ owhh ya!! Ini cikgu amar ya. Yang nk buat pendaftaran kuartes kan? Saya membalas ‘ ya ya …saya lah orangnya.  Pagi ni saya nk buat urusan itu. Saya datang jauh, semata-mata untuk urusan ini . nak datang lewat kang, takut staff tak ada pula semasa raya cina’. Saya berhujah dengan penuh konkrit!. Sambil menyerahkan borang dan dokumen (dalam sampul). Cik meneliti dengan penuh obses. Dengan selamba cik jelita itu berkata, ‘cikgu, kalau nak deposit ni tak dapat la..ada dokumen yang penting cikgu tak sediakan. ‘ saya mula menarik muka masa. ‘ bertanya seketika, Apa lagi yang belum cukup!!! Dulu saya ada datang dan berntanya, dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Dan saya telah sediakan semuanya. Tiba pada hari ini cik kata tidak cukup. Apa ni!! Yang bagi semua dokumen itu pun cik juga yang beritahu saya. Saya sangat emosi.  Emosi yang sebebgini akan membangkitkan rasa yang mungkin dapat mengegarkan dunia. Ah..momel sendiran. Saya meninggalkan TNB menuju ke Kuartes dan. Banyak juga barang yang dibawa. Beras antara salah satu kelengkapan nyata!. Owh saya berkata “ zust, macam mana? Urusan belum settle?” zust menjawab “ taka pa mar, kita try tunggu sampai esok, jika tak ada hitam putih, kita balik” ujar beliau. Saya mengangguk sendirian tanda setuju. Kami pulang  ke Tanjung malim pada jam 1. Jam 3 Bergegas ke KL pula. Mencari sedikit gadjet lensa. Flash !. huh! Amat penat. Semua kerja rushing. Saya ke KL hanya semata-mata kerana Flash sahaja. Bergegas memberli tiket. Sesapainya di KL, terasa ingin melepaskan URINE . Alat itu sudah tidak mampu menahan lagi takungan urine yang ada, lalu saya dan zust mencari tandas untuk beradu. Owh di plaza Low Yat ini tiadakah tandas, saya momel sendirian. Terplit jua saya pada tanda “ Tandas Lelaki”. Owh ada jua tandasnya. Sampai di kaunter, ingin membayar lalu mengeluarkan syiling, (20 posen). Saya berikan pada penjaga tandas (mungkin inilah istilah yang sesuai bagi koordintor tandas ya!). Beliau berkata, “abang, bukan 20 posen ni, RM 1.00 untuk sekali masuk. Ahh!! Saya kaget dan terkesima! Melihat tandas yang pada maksudnya hanyalah tempat orang qadha hajat dan kediaman rasmi syaitan Laknatullah di beri penghormatan sebegini rupa? Rm 1.00 jika di kampong sudah mampu untuk membeli nasi lemak atau kuih barang 3 biji!! Saya dan zust saling berpandangan . Ahh..bayar saja. Alat itu sudah tidak mampu menahan lagi. Seringgitpun jalna lah zust!. Saya masuk. Dan diberikan tiket! Ahh masuk tandas pun ada tiket sekarang ini ya! Keluar dengan hati yang penuh kelegaan. Masing-masing dapat meneruskan wisata dengan tenang. Saya terus mendapatkan gajet. Dan pulang ke TM pada jam 6 petang. Sampai di Tm pada jam 8 malam. Berehat dan tidor.
               



Pada keesokan harinya, memandangkan  urusan eletrik belum lagi selesai, pada sebelah pagi  saya menunaikan janji. Sebelumnya, ada seorang junior ingin berjumpa memaklumkan ingin bertanya barang serba sedikit berkenaan Tesis (kajian). Saya menyatakan boleh saja. Belah pagi nya saya berjumpa dengan beliau. Sedang asyik saya bersyarah  berkenaan motodologi kajian dan kajian literature saya terserempak dengan Dr Mazdi! Ahh..kantoi!! (toing23x). Saa datang ke TM tidak memaklumkan kepadanya. Sebelum ini Dr Mazdi juag ada request saya supaya  datang ke TM untuk membantu jentara Persatuan Geografi untuk uruskan seminar kebangsaan nanti. Tetapi saya menolak atas alasan ketiadaan duit ( selepas 3 hari say amemberi alasan, Biasiswa KPM masuk dengan amaun RM 4100.00) juling biji mata saya melihat wang yang begitu banyak! Biaslah. Semester akhir, yuran murah ditambah pula dengan elaun tesis. Memang banyak!. Semasa di meja, saya telah diminta oleh Dr Mazdi untuk mengajar. Dari jam 2 hingga 5. Mengajar  siswi Pengajian Malaysia berkanaan Analisis data SPSS. Saya tidak dapat menolak. “ ermm macam ni amar, saya tempah makmal dari jam 2 hingga 5, awak tolong ajar budak-budak PM ni, saya tak sempat la. Awak amik kelas saya k.,”. owh saya  mengangguk dengan penuh keyakinan. Jam 2 bermula. Saya di makmal. Tiada siapa pun yang hadir lagi!  Selepas menunggu beberapa jam, akhirnya sampai jua. Saya mengajar berkenaan dengan nilai ukuran (Nominal, ordinal, Interval dan Ratio), Normaliti Data, Ujian Cronbach Alpha, analisis deskriptif, Korelasi Spearment (data tidak normal) dan Khi kuasa Dua (sampel kebagusan dan Kebebasan). Penat jua mengajar. Sudah lama tidak masuk ke kelas junior. Menngajar subjek yang ramai pelajar tidak suka. Suka atau tidak, tidak tahu ilmu statistic Penyelidikan, tesis anda tidak akan siap!!. Dan pada ketika inilah, pegawai dari PPd tapah menelefon supaya saya menghubugi  En Idris (kontraktor KPM yang menguruskan juruteknik). Saya menghubungi beliau dengan menggunakan telefon anak murid (waktu itu telefon saya kehabisan kredit). Dan  setelah berbincang, En Idris bersetuju untuk membantu saya untuk uruskan rumah. Kelas tamat jam 5:30 petang. Ahh..amat lama saya mengajar! Topic yang di ajar seminggu, saya hanya habiskan dalam masa 3 jam 30 minit. Harapan saya tinggi agar budak PM itu paham dengan apa yang saya ajarkan. Saya ke bank untuk memasukkan duit kepada En Idris. Sebanyak RM 160 untuk pendahuluan deposit eletrik di Kuartes B-5-1. Saya menghubungi zust, kita balik mala mini! Zust agak terpinga-pinga. Saya menceritakan segalanya kepada zust diatas bas. Saya sangat terhutang budi pada En Idiris. Setelah menelefon beberapa hari selepasnya, katanya eletrik sudahpun dibekalkan di rumah saya. Alhamdulillah.
               


                   Owh ceritera ini tidak habis lagi. Semasa saya diatas bas. Ramai orang membeli tiket balik ke Kelantan smepana Thaipusam. Owh perayaan Thaipusam diraikan oleh orang india. Tetapi yang lebih merayakannya adalah kaum melayu!! Penuh sesak di terminal bas dengan orang yang ingin balik bercuti. Bas meluncur laju ke Ipoh. Setelah ramai manusia-manusia ini turun di ipoh, maka kerusi di barisan belakang (saya di kerusi A35, paling belakang di sebelah tepi). Datang hamba Allah dengan orang tuanya. Hamba Allah ini orang Kelantan. Ingin balik ke negeri asal barang beberapa malam. Apa yang mengharukan saya, orang tua nya ini kedua-duanya cacat penglihatan (buta). Anaknya tanpa segan dan silu memimpin tangan ayahanda dan bonda nya ke tempat duduk di sebelah saya di barisan belakang. Sayau hati melihat anak  yang tabah! Saya tabik pada anda.memimpin tangan ayahanda dan bonda dengan penuh kasih saying dari seorang anak. Anak yang soleh dan baik akan mendapat berkat dalam hidup ( saya percaya pada teori jika kita berbuat baik pada ibu dan bapa, nescaya hidup kita akan berkat!). saya bertanya “ nok turun mano ni dik..?” Lalu anak muda ini membalas..” owh turun KB” saya mengangguk. Terdetik dalam hati masih ada anak yang sebegini luhur perkerti pada ayahanda dan bondanya. Saya terharu. Mata kian terlelap. Keletihan. Sudah 100% penggunaan tenaga pada hari ini. Berehat seketika diatas bas! Pada jam 3 pagi, Ayahanda saya menelefon bertanyakan dimana lokasi saya sekarang. saya menjawab “ masih di Jalanan”. Ayahanda berpesan jika sudah sampai di TM (Tanah Merah) segera menelefonnya. Saya meneruskan istirehat saya. Owh tidur pada kadar yang letih amat bahagia! Saya menelefon ayahanda, “ owh sudah sampai di TM ni” ayahanda membalas “Ok”. Saya meneruskan tidor. Dan setelah bangkit dari tidur yang lena itu, saya tersedar, anak muda di tepi saya mula menganggkat punggung beransur pergi. Ahh.. momel dalam hati..” dimanakah saya pada waktu ini!!’ saya menoleh ke kanan dan bercakap “ Bakpo ado pemancar telekom, sepatutnya ada bangunan TNB ni….haiiissshh (pasir Mas). Saya dengan cepat turun dari bas. Rupa-rupanya saya sudah di Bandaraya Kota Bharu!! Jam 4 pagi sudah berada di bandar. Hebat bukan? Tapi untuk apa? Disebabkan tidor saya terlepas untuk turun di Pasir MAs!! Argh!! Rasa seperti buntu. Telefon bimbit saya juga kehabisan bateri. Saya dengan gigih mencari pondok telefon awam untuk menelefon ayahanda yang menunggu di PM. Owh di sekitar KB sekarang ini sudah tiada telefon awam!! Satu pondok telefon pun saya tidak ketemui. Pak cik prebat menghampiri saya dan bertanya,  “ kereta dik”. Saya membalas “ pok cik, ke pasir mas bape ea? Rm 10 buleh?” pak cik itu menjawab “ owh tak dapat dik pagi-pagi macam nih, erm 25 la kalu nok gak” argh!! Bentak hati. RM 25! Huh…bagi saya yang miskin ini nilai RM 25 sangat besar bagi saya. Saya member respon “ OK. Saya setuju. Hantar ke PM ya!. Menelusuri jalan balik ke PM untuk kedua kalinya. Saya sampai di PM, ayahanda berntanya, “ Bakpo lamo maso pejalana dari TM ke PM??” Saya tergelak sakan! Saya mencaritakan segalanya pada Ayahanda. Sesampai dirumah saya bersiap dan mencaritakan pengalalan tertidur. Jam 630  pagi. Say amelulakan rutin harian saya. Ke KB untuk kesekian kalinya bagi menghantar bonda berkerja.

p/s : Jauh berwisata penuh pegalaman yang mematangkan diri!
Saya juga mohon maaf. Lama sudah tidak update blog ini. Sedikit kesibukkan!





Sunday, January 16, 2011

Masa? Ia sangat adil!! Tiada sesaat jua pun dilewatinya!



Sesekali berada di rumah sungguh menyeronokkan. Amat sukar bagi saya mendefinasikan erti seronok dan gumbira pada massa. Ah..bila mana ditanya, “ bakpo lamo ado rumoh nih? Habis doh  ko blaja awing?’. Jiran-jiran seakan pelik. Pelik apabila Amar berada lama dirumah!! Bunyinya premis ini agak sedikit ganjil. Saya menjawab, ‘owh, tunggu nak g praktikum je lagi. Sekarang cuti. Praktikum bulan dua nanti’. Membalas dengan lirikan senyuman sinis.  Stimulus ini sering sahaja dihujahkan, apakah saya berada lama dirumah itu merupakan suatu perkara yang  pelik?? Sungguh saya tidak mengerti dengan pandangan massa yang agak sedikit kolot (orang kampong, biasalah!). Bak kata seorang pensyarah saya You ni kampong la!!. Ahh bentak saya sendirian dalam hati. Saya bercuti agak lama. Sebelum ini, balik sekejap-sekejap sahaja. Sibuk dengan pelbagai tanggungjawab sebagai salah seorang  pembantu penyelidik. Biasalah, bila dibayar, semua kerja mesti beres dan sempurna!!


Masa? tiada menunggu mereka yang lalai dan leka! Masa itu adil.Tiada sesaat pun dapat dilewatinya!


Jajaran kelana seorang anak muda. Masa muda mencari ilmu. Menatar ilmu dan mencari pengalaman di tempat orang. Cuti yang berbaki tidak seberapa sahaja lagi!! Saya rindu dengan suasana rumah. Walaupun kaum kerabat yang tidak ramai, namun peluang bersama keluarga sangat dinantikan. Semasa berada di tanjung malim, bilamana melihat calendar akademik yang terpampang dipapan notis, terfikir jua apalah yang akan saya buat selama cuti dua bulan ini. Cuti yang sanagt lama. Pulang kerumah bertemu dengan ayahanda dan bonda tercinta. Terpahat kegirangan yang jelas pada raut wajah meraka. Sejuk dan tenang melihat wajah bonda. Sudah tua. Tahun ini (2011) genap umur bonda 53 tahun. Wajah ini lah yang senantiasa memberikan semangat. Kuat berkerja. Siang dan malam. Oncall dan sebagainya. Gigih!! Tidak cukup dengan itu, buat bisness kecil-kecilan. Sungguh saya terharu cara bonda mencari wang.



                Kadang-kadang menitis jua air mata melihat bonda yang berkerja. Ayahanda sudah 62 tahun. Kuderat sudah dimamah usia. Tidak mampu lagi berkerja. Setelah bersara awal dari guru sekolah yayasan islam Kelantan, dirumahlah ayahanda berteduh. Tidak sihat akibat serangan  jantung dan kencing manis. Redup mata mereka membuatkan saya berfikir kejerihan mencari sesuap nasi!! Bilamana dirumah, inilah yang menjadi topic diminda, mencerna setiap apa yang berlaku sehari-harian dirumah. Ada seorang teman berkata, ‘itu tanggungjawab mereka cari duit. Jangan lah sedih’. Ayat ini dijadikan falasi.  Tidak mengapalah, mereka orang senang. Saya Orang miskin. Miskin harta. Miskin ilmu. Miskin segala-galanya!!

                Tidak lama lagi, saya akan berangkat ke tapah. Owh, masa sangat adil. Tiada dilewat sedikitpun waktu itu!! Pabila sampai waktunya, saya harus pergi. Meninggalkan desa permai, berkelana mencari pengalaman hidup. Sayu hati rasa tidak terhingga walaupun pergi sekejap sahaja. Kali ini, saya ke Kuartes Institusi Pendidikan (KIP) untuk menyelesaikan pendahuluan eletrik dan air. Ini menuntut saya bersama rakan untuk ke tapah hanya untuk menghantar borang permohonan!! Kadang terfikir jua, mebazir sahaja!! Pergi sekadar menghantar borang dan menunggu eletrik dan air dimasukkan. Apapun jua, saya terpaksa pergi. Selangkah meninggalkan desa tercinta. Tinggallah ayahanda dan bonda sendirian!!.


Masa? entah bila lagi saya berksesmpatan balik ke kampung. Belum puas lagi saya berbakti pada  orang tua, masa yang singkat kembali menjemput saya. Masa itu jujur laksana Tuhannya yang tidak pernah mungkir!





P/S: Sekadar mengungkap rasa. Rasa yang kian lama terbuku! Saya rindu! Rindu!!!!!

Tuesday, January 11, 2011

Mereka? Akan Complicated suda..

Complicated? Apalah yang ada pada satu perkataan yang penuh memberikan seribu makna bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Kitaran hidup manusia yang jelas memperlihatkan kebesaran Allah mengatur setiap perencanaan berumah tangga merupakan salah satu anugerah yang tidak terhingga. Bilamana cuti sekolah bermula, maka bermulalah perang kad walimah yang sudah pasti menggamit perasaan pasangan mempelai. Kad walimah yang didatangi dengan pelbagai warna  dan bauan diberikan kepada para tetamu yang akan hadir untuk memeriahkan majlis. Ahh…di majlis perkahwinan, semuanya indah. Berkumpul sanak saudara. Sanak saudara yang jauh pulang ke  kampong memeriahkan majlis. Kadang kala apa yang berlaku, saya hampir tidak mengenali saudara yang balik ke kampong. Malahan ada pula yang bertanya ‘ owh, awe anak sapo ea? Jadi gano dengan tuan rumah ni?’ premis sebegini nyata akan kedengaran.  Barangkali saya yang bersalah, sudah lama tidak pulang ke kampong untuk menjenguk sanak saudara yang berada di kampong.

Ramai juga yang bertanya, ‘demo bila lagi?’ heheh…bergelak sendirian. Bilamana diajukan soalan ini maka saya menjawab…’Lambat lagi eh…heheh’..kadang-kadang jua berseloroh, ‘hehe kito gak tak ada calon ni hak hak hak , gelak sendirian’ seisi kedai kedai bergelak ketawa. Bagi saya, kalau sudah sampai masanya untuk berkahwin, maka saya langsungkan dengan apa yang ada pada waktu itu. Kala ini mungkin belum lagi masanya untuk saya berumah tangga. Rasanya terlalu awal sangat. Umur baru sahaja 24!!, sudah gatal mahu kawen!!. Tanggung jawab menjaga adik-adik yang masih lagi bersekolah (walaupun seorang sahaja yang sedang bersekolah) namun sebagai anak sulung, itulah yang perlu dipikul. Mengejar cita-cita untuk menjadi orang pandai jua tidak ketinggalan.



Kali ini,ceritera sepupu rapat, Wan Mohd Fairuz Wan Mustafa (Awuf) akan disatukan dengan Kak Shu (saya lupa nama sebenar) yang berasal daripada Raub, Pahang. Manakala  Adiknya, Wan Nor Fiazah Wan Mustafa (kak Jah) jua akan disatukan jua dengan Nik Mohd Zamer (insyaAllah betul ejaannya). Kedua-dua beradik sepupu saya ini merupakan orang pandai. Awuf merupakan lulusan Sarjana Muda Syariah Dari Al-Azhar, Kaherah, Mesir manakala pasangannya Lulusan Sarjana muda daripada Indonesia (saya lupa nama penuh tempat Universti beliau belajar). Nik Ahmad Zamir,  jejaka kelahiran di wilayah Ketereh, Kota Bharu Kelantan merupakan Lulusan Ijazah Sarjana Muda Fizik (kalau tidak silap saya, bidang sains tulen) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) memetik bunga larangan, Kak Jah yang kini berkhidmat sebgai guru  di Sri aman Sarawak. Kak jah lulusan Ijazah Sarjana Muda Peguruan (Pendidikan Bahasa Arab) IPIS Bangi (IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kedua-dua nya merupakan Guru ( kedua-dua nya baru sahaja bertunang, kaan melangsungkan perkahwinan pada bulan 5 ini ). Awuf dan Kak Shu pula sedang menunggu keputusan J-Qaf. Kesemua mempelai yang bakal ditabalkan sebagai suami dan isteri ini merupakan golongan bijak pandai. Saya salute pada mereka!! Pandai memilih pasangan. Alhamdulillah, segalanya akan disudahkan pada 3/2/2011 ini (bagi majlis Awuf dan kak Shu). Majlis akan dijalankan secara serentak bagi menjimatkan kos pengurusan (menurut mak cik saya lah). Majlis yang sepenuhya di Kelantan adalah pada bulan 5 semasa cuti sekolah nanti.



Kad walimah awuf dan kak shu. Menarik. AhakZZ!! mau kawen suda supupu aku ini!

Mak cik ( biasa di panggil YU, namanya amat unik disebabkan oleh saya yang masih lagi tidak pandai bercakap pada masa kecil ingin menyebut SU, tetapi bertukar menjadi YU. Dan hingga ke saat ini jugalah, nama ini masih saya panggil!!). Kadang-kadang YU juga mengusik, eehh…amar nya bila lagi…heheh’ sambil kedengaran gelak sinisnya. Saya hanya mampu senyum dan bertitah dengan penuh macho, bunyinya begini..ermmm lambat lagi yu……..hehehe dengan lirikan senyuman yang amat memalukan (dengan automatisnya rasa kemaluan yang amat tinggi). Sejak akhir-akhir ini jugalah, usikan-usikan ini menjadi permaianan para sepupu sepapat dari kampong. Owh, dalam hati berkata “ xpolah, bui ko puok-puok demo dulu lah, ambo lambat2 pn xpo” .Masih ada kerja yang perlu saya selesaikan!! Barangkali pada umur 30 jugalah!! Harapan juga tinggi, semoga dipermudahkah segala perjalanan! Dr Amar, P.hD, bakal berkahwin pada umur itu? Ahakz!! Berkhayal sendirian. Tidak putus-putu hati bergelak sendirian mengenangkan kata-kata YU semasa dimajlis pertunangan Kak Jah. Mama berseloroh, aloh la dio….jauh nyooo..(sambil bergelak) manakala Yu pula, Aloh la mu Kak cik, Takut mu pun jauh jugak ehh..hak hak (juga  bergelak.  Saya? Senyap seribu bahasa.




Duit-duit..dimana kau duit...perkahwinan memerlukan perbelanjaan yang besar. Upah juru gambar pun Rm 800?? manalah nak cari duit sebanyak ini kan? itulah perlunya di adaptasi konsep "berkongsi" kerana perkahwinan itupun juga merupakan suatu perkongsian.





Apapun yang terjadi, kita sekadar merancang. Tuhan sahaja yang akan menentukan. Saya percaya dengan penuh yakin kalimah ini. Saya doakan yang terbaik buat kedua-dua mempelai ini. Berkat mendirikan rumah tangga kekal hingga ke akhir hayat.




 Perkahwinan yang berlandaskan syariat dan memenuhi kehendak agama akan dapat menjadikan kehidupan yang harmonis dan dirahmati



P/s: Kahwin?? Ayoyoyoyo…manyak piker ma….fulus mana mau cari, kata seorang yang terlalu ingin berkahwen. Manakala bagi yang buat tak endah, kawen? Ala nanti-nanti lah. Ada la tuh Jodoh nya nanti. Akhirnya, dua-dua melepas!! Rancang pejalanan hidup anda! Gapai cita-cita dahulu sebelum mengejar perkahwinan. InsyaAllah, ada keberkatannya. Aminnn. :)



Saturday, January 8, 2011

Falasi dan merekayasa sebuah cinta


Bunyinya mungkin agak janggal. Saya jarang sekali untuk k bicara fasal-fasal cinta dalam medan ini. Barangkali sudah terkena panahan falasi yang mungkin membuatkan saya terasa ingin menulis barang sebaris dua dipagi hari. Pagi ini, saya  bangkit dari lena agak lewat.  Abah mengambil tugas saya pagi ini menghantar mama ke pasir mas. Masih berda dalam selimut pada jam 7!! Tidur pada waktu pagi sangat lena dan mengasyikkan. Begitu jua falasi sebuah cinta dan rekayasanya haruslah teliti.




Falasi mudah mengatakan bagi orang yang tidak pernah turun ke laut, maka sedikit mabuk barangkali. Bagi seorang penjinak ular tedung misalannya, mungkin pertama kali agar gusar dan takut, akan tetapi apabila dilazimi dan selalu melakukan, ianya seperti ‘Alah bias tegal biasa’ pula. Ini lah falasi bagi sebatang tubuh yang saya nilaikan sebagai manusia. Manusia yang tidak pernah mengalamai kejutan mahupun sebarang teguran akan menjadi sedikit terkejut dengan apa yang dilaluinya. Seseorang yang berkuasa akan menjadi bodoh apabila kuasanya berjaya diturunkan dengan drastik.


Awak tak nak bunga dari saya? merajuk la yer ngan saya...Ahakz!! falasi yang baik akan memberikan pengajaran yang bermakna buat pasangan.



Begitu juga dengan rekayasa dalam cinta. Owh  perncangan itu perlu. Memberikan pengajaran juga wajib dilunaskan agar senantiasa berada dalam landasan yang betul. Seorang manusia yang tidak biasa ditegur dengan falasi yang tinggi, maka dirasakan kesalahannya adalah tinggi sepertimana membunuh seorang manusia!! Ini lah manusia yang tidak pernah difalasikan. Kesilapan mungkin daripada aspek rekayasa cinta itu sendiri. Asasnya, manusia berhak rekayasa cinta sebagaimana apa yang diiginkan. Rekayasa yang baik akan menghasilkan suatu perhubungan yang positif  dan baik. Komunikasi yang BETUL dan serius pada tempatnya akan menghasilkan satu perhubungan yang mencapai maksud. Kesilapan mengatur tutur kata akan menyebabkan komunikasi tidak berjalan dengan lancar. Akibatnya, falasi menjadi perantaraan antara kedua  pihak. Tidak dapat tidak untuk menafikan kesalahan. Akan tetapi komunikasi  yang baik bersulamkan rekayasa cinta yang mantap akan dapat mewujudkan satu perhubungan yang baik. Cukup setakat ini. Sekian.


Saya sekadar menulis apa yang saya rasa. Bersifat bersahaja kerana saya suka menulis. Mana-mana blogger yang terbaca atau membaca oleh beri komentar.





P/S: Falasi yang baik akan mamberikan satu pengajaran yang buat bermakna bagi umat manusia. Tiadak salah untuk berfalasi, tapi biarlah bertempat!! Tegas dan penuh dedikasi. Ahakz! J

Saya mohon maaf. Saya juga insan lemah punyai kekurangan!!



Lain orang.lain ragamnya. Lain rambut, lain juga pekertinya. Hari ini agak mendung, selebat hujan yang mencurah. Saya tidaklah selalu begini. Tidak tahu mengapa. Mungkin sedikit kekecewaan yang agak remeh. Biasalah. Soal hati. Empunya badan sahaja yang tahu. Bilamana soal ini dibangkitkan, maka masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah. Katanya ego tinggi. Saya tidak faham mengapa harus ego juga yang diperdebatkan. Barangkali kaum hawa ini sudah ketandusan idea untuk berbahas soal hati barangkali. Tersntap barangkali dengan kata-kata yang dilemparkan. Kadang, hati jua merasa sakit. Katanya saya tiada perasaan. Mungkin atas sebab inilah saya diperlakukan demikian. Sakit jua hati. Marah bukanlah satu sifat yang baik. Malah bilamana marah, nabi menganjurkan kita supaya merapatkan diri dengan tanah. Saya bukanlah seorang yang baran. Tidak sama sekali. Sesekali, terasa dan terkilan ada juga menjengah di minda. Owh, barangkali saya berhati batu. Makanya sesuka hati sajalah berkata dan diperlakukan. Kekadang maruah juga perlu dijaga!! Jangan sampai memijak kepala.

Natijah akhirnya, saya senyap seribu bahasa. Membalas mesej-mesej daripada seorang kenalan pun sambil bersahaja. Kalimah Yep, owh menghiasi skrin mesej. Saya sudah tiada daya lagi untuk ceria. Agak susah untuk saya moody . bergelak ketawa dengan lirikan senyuman menawan sudah hambar. Hinggalah pada malam ini saya memberikan penjelasan. Penjelasan yang agak terperinci sesuai dengan skema pemarkahan (ahakz). Kaliru dengan identiti, sama ada berserius atau sekadar suka-suka. Kadang-kadang okay lah, tapi bila mana ini dipolitikkan (dalam hubungan), maka saya rasa ia tidak  lagi praktikal. Malah mencabar maruah dan seperti sudah hilang rasa hormat!! Segalanya dihurai dengan panjang lebar. Sudah jelas. Maka saya tertidor di sejadah tatkala sesudah magrib. Hinggalah kini, bangun untuk solat isyak. Segalanya terkawal dan okay.  Saya sekadar menulis apa yang saya rasa. Sekian




P/s=  Saya sekadar memberikan pengajaran. Bila mana tergigit, mudah sahaja diajak clash. Ini mengalah sebelum berperang. Mengajar cara memberikan penghormatan dan nilai pada sebatang tubuh yang tiada nilai ini!! saya juga insan lemah, tiada berdaya!! 

Thursday, January 6, 2011

Kesibukan


Salam hormat penuh takzim!!.


Ada sesetengah rakan bertanya, ‘amar, nape tak  update blog?’ saya menjawab dengan penuh keyakinan yang tinggi, owh, sedikit kesibukan menjadi sura rumah. Tatkala dini hari sahaja  terusan bergegas ke Kota Bharu. Menunaikan tanggungjawab mengahntar mama. Masih tugas yang sama. YA, saya akur. Bila mana berada di rumah, maka inilah kerjanya. Dua tiga hari yang lalu, kesibukan mengatsi segala-galanya. Saya dibebani lagi dengan tugas RA (pembantu Penyelidik) (perletakan perkataan dibebani adalah sebagai penguat kata sahaja, sebaliknya bukan begitu, saya ikhlas melakukannya!!) dengan menyediakan beberapa kertas kerja penyelidikan untuk dibentangkan. Salah satunya adalah untuk diwasitkan ke dalam jurnal Universiti Sains Malaysia (USM) dan persidangan geografi kebangsaan UPSI. Cuma tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu dibereskan. Saya agak rindu untuk menulis disini!! Lama sudah rasanya saya menghabiskan masa membuat penyelidikan dan pembacaan teliti. Adakalanya sedikit tekanan. Maklum sahaja lah, penulisan akademik perlulah teliti dari segi fakta dan susunan kata!! So natijahnya, dua kertas kerja sempat saya sudahkan dirumah. Mungkin ini sebagai takdir yang Allah titipkan pada saya untuk persediaan sebelum mengambil  sarjana kelak. Semua kertas kerja yang ditulis adalah berdasarkan kajian tesis sarjana muda, geografi pengangkutan.



Kala menulis jua ada juga perasaan malas. Ada seorang sahabat pernah menyatakan ‘ amar, awak rajin. Saya tak pernah jumpe orang yang seperti awak. Awak tak reti duk diam ka? Research jer ngan Dr Mazdi. Tak boring ker mar’..ayat yang sedikit menegur. Saya bersahaja dan berkata ‘ owh..tak apa. Itu mungkin sebagai latihan kot..saya pun bukanlah orang pandai. Saya kena belajar. Nada yang bersahaja. Saya melemparkan senyuman pada rakan yang menegur. Saya buat dengan rela hati. InsyaAllah, ada keberkatannya.
Hari ini, hujan masih lagi membasahi bumi che siti wan kembang. Suhu berada diantara 20 hingga 25 darjah celcius. Sangat sejuk. Padanya hari kelmarin (sehari sebelum saya menulis catatan ini), saya menerima mesej SMS daripada seorang junior lelaki. Katanya begini ‘ Abang amar, esok boleh tak bank in duit pada saya, nanti semua saya letak dalam kotak ya!!.,wah. Saya agak terkesima dengan ayatnya. Lalu saya membalas, Okai, boleh sahaja!! InsyaAllah esok (hari ini). Bergegas berpagi-pagi degan kehujanan saya ke Kota Bharu. Hari agak sesak.Hujan yang turun memaksa setiap warga penduduk menggunakan kenderaan bertayar empat. Keadaan trafik amat sesak, kereta hanya boleh bergerak hanya barangkali seinci sahaja!! Menguji kesabaran iman. Ahakz!!


Saya gagahi jua ke Kota Bharu. Sesampai disana, saya mengisi borang dan melengkapkan apa yang patut. Bank pilihan saya adalah Malayan Banking (Maybank). Saya suka bank ini.International.  keadaan bank yang penuh sesak. Saya pada waktu itu bernombor 3031 bagi giliran saya. Pada waktu saya sampai nombor gilirannya adalah 3013. Ahh..lama jua menunggu. Saya mula bertindak peramah, menegur pakcik-pakcik yang ada di sekililing. Suka menyapa orang. 


Berdikit-dikt lama-lama jua berbukit jua!!






Sangat cenderung untuk berbicara degan orang yang banyak makan garam. Berbicara menghilangkan boring. Sesekali saya melihat nombor. Masih banyak. Akan tetapi nombor yang banyak itu kemudiannya semakin cepat kiraannya kerana ramai yang meninggalakan bank. Biala mana menunggu, tiada siapa yang sanggup. Menunggu itu suatu penderitaan (kata sesetengah orang). Tiba giliran saya. Mengeluarkan duit simpanan  yang agak banyak. Kredit kepada seseorang untuk memenuhi impian. Sudah lama saya mengimpikannya!! Baru ini peluang saya. Tidak akan saya lepaskan!! Sesudah di Maybak, saya  ke Bank islam. Tiada orang. Suasana Bank lengang. Urusan berjalan dengan cepat. Maknya sesudah memasukkan duit pada orang itu. Terusan bergegas pulang ke RP. Masih hujan. DEngan penuh lebat. Hujan yang agak bersungguh-sungguh mahu memenuhkan air di muka bumi ini. Apa pun, kita bersyukur!! Kerana masih lagi diberikan nikmat hidup samapi ke saat ini. Saya bersyukur!!




 Alhamdulillah. Saya bersyukur pemberiannmu YA RABBI!!