Salam hormat penuh takzim!!.
Ada sesetengah rakan bertanya, ‘amar, nape tak update blog?’ saya menjawab dengan penuh keyakinan yang tinggi, owh, sedikit kesibukan menjadi sura rumah. Tatkala dini hari sahaja terusan bergegas ke Kota Bharu. Menunaikan tanggungjawab mengahntar mama. Masih tugas yang sama. YA, saya akur. Bila mana berada di rumah, maka inilah kerjanya. Dua tiga hari yang lalu, kesibukan mengatsi segala-galanya. Saya dibebani lagi dengan tugas RA (pembantu Penyelidik) (perletakan perkataan dibebani adalah sebagai penguat kata sahaja, sebaliknya bukan begitu, saya ikhlas melakukannya!!) dengan menyediakan beberapa kertas kerja penyelidikan untuk dibentangkan. Salah satunya adalah untuk diwasitkan ke dalam jurnal Universiti Sains Malaysia (USM) dan persidangan geografi kebangsaan UPSI. Cuma tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu dibereskan. Saya agak rindu untuk menulis disini!! Lama sudah rasanya saya menghabiskan masa membuat penyelidikan dan pembacaan teliti. Adakalanya sedikit tekanan. Maklum sahaja lah, penulisan akademik perlulah teliti dari segi fakta dan susunan kata!! So natijahnya, dua kertas kerja sempat saya sudahkan dirumah. Mungkin ini sebagai takdir yang Allah titipkan pada saya untuk persediaan sebelum mengambil sarjana kelak. Semua kertas kerja yang ditulis adalah berdasarkan kajian tesis sarjana muda, geografi pengangkutan.
Kala menulis jua ada juga perasaan malas. Ada seorang sahabat pernah menyatakan ‘ amar, awak rajin. Saya tak pernah jumpe orang yang seperti awak. Awak tak reti duk diam ka? Research jer ngan Dr Mazdi. Tak boring ker mar’..ayat yang sedikit menegur. Saya bersahaja dan berkata ‘ owh..tak apa. Itu mungkin sebagai latihan kot..saya pun bukanlah orang pandai. Saya kena belajar. Nada yang bersahaja. Saya melemparkan senyuman pada rakan yang menegur. Saya buat dengan rela hati. InsyaAllah, ada keberkatannya.
Hari ini, hujan masih lagi membasahi bumi che siti wan kembang. Suhu berada diantara 20 hingga 25 darjah celcius. Sangat sejuk. Padanya hari kelmarin (sehari sebelum saya menulis catatan ini), saya menerima mesej SMS daripada seorang junior lelaki. Katanya begini ‘ Abang amar, esok boleh tak bank in duit pada saya, nanti semua saya letak dalam kotak ya!!.,wah. Saya agak terkesima dengan ayatnya. Lalu saya membalas, Okai, boleh sahaja!! InsyaAllah esok (hari ini). Bergegas berpagi-pagi degan kehujanan saya ke Kota Bharu. Hari agak sesak.Hujan yang turun memaksa setiap warga penduduk menggunakan kenderaan bertayar empat. Keadaan trafik amat sesak, kereta hanya boleh bergerak hanya barangkali seinci sahaja!! Menguji kesabaran iman. Ahakz!!
Saya gagahi jua ke Kota Bharu. Sesampai disana, saya mengisi borang dan melengkapkan apa yang patut. Bank pilihan saya adalah Malayan Banking (Maybank). Saya suka bank ini.International. keadaan bank yang penuh sesak. Saya pada waktu itu bernombor 3031 bagi giliran saya. Pada waktu saya sampai nombor gilirannya adalah 3013. Ahh..lama jua menunggu. Saya mula bertindak peramah, menegur pakcik-pakcik yang ada di sekililing. Suka menyapa orang.
Berdikit-dikt lama-lama jua berbukit jua!!
Sangat cenderung untuk berbicara degan orang yang banyak makan garam. Berbicara menghilangkan boring. Sesekali saya melihat nombor. Masih banyak. Akan tetapi nombor yang banyak itu kemudiannya semakin cepat kiraannya kerana ramai yang meninggalakan bank. Biala mana menunggu, tiada siapa yang sanggup. Menunggu itu suatu penderitaan (kata sesetengah orang). Tiba giliran saya. Mengeluarkan duit simpanan yang agak banyak. Kredit kepada seseorang untuk memenuhi impian. Sudah lama saya mengimpikannya!! Baru ini peluang saya. Tidak akan saya lepaskan!! Sesudah di Maybak, saya ke Bank islam. Tiada orang. Suasana Bank lengang. Urusan berjalan dengan cepat. Maknya sesudah memasukkan duit pada orang itu. Terusan bergegas pulang ke RP. Masih hujan. DEngan penuh lebat. Hujan yang agak bersungguh-sungguh mahu memenuhkan air di muka bumi ini. Apa pun, kita bersyukur!! Kerana masih lagi diberikan nikmat hidup samapi ke saat ini. Saya bersyukur!!
Alhamdulillah. Saya bersyukur pemberiannmu YA RABBI!!
0 comments:
Post a Comment