Pages

Saturday, January 8, 2011

Falasi dan merekayasa sebuah cinta


Bunyinya mungkin agak janggal. Saya jarang sekali untuk k bicara fasal-fasal cinta dalam medan ini. Barangkali sudah terkena panahan falasi yang mungkin membuatkan saya terasa ingin menulis barang sebaris dua dipagi hari. Pagi ini, saya  bangkit dari lena agak lewat.  Abah mengambil tugas saya pagi ini menghantar mama ke pasir mas. Masih berda dalam selimut pada jam 7!! Tidur pada waktu pagi sangat lena dan mengasyikkan. Begitu jua falasi sebuah cinta dan rekayasanya haruslah teliti.




Falasi mudah mengatakan bagi orang yang tidak pernah turun ke laut, maka sedikit mabuk barangkali. Bagi seorang penjinak ular tedung misalannya, mungkin pertama kali agar gusar dan takut, akan tetapi apabila dilazimi dan selalu melakukan, ianya seperti ‘Alah bias tegal biasa’ pula. Ini lah falasi bagi sebatang tubuh yang saya nilaikan sebagai manusia. Manusia yang tidak pernah mengalamai kejutan mahupun sebarang teguran akan menjadi sedikit terkejut dengan apa yang dilaluinya. Seseorang yang berkuasa akan menjadi bodoh apabila kuasanya berjaya diturunkan dengan drastik.


Awak tak nak bunga dari saya? merajuk la yer ngan saya...Ahakz!! falasi yang baik akan memberikan pengajaran yang bermakna buat pasangan.



Begitu juga dengan rekayasa dalam cinta. Owh  perncangan itu perlu. Memberikan pengajaran juga wajib dilunaskan agar senantiasa berada dalam landasan yang betul. Seorang manusia yang tidak biasa ditegur dengan falasi yang tinggi, maka dirasakan kesalahannya adalah tinggi sepertimana membunuh seorang manusia!! Ini lah manusia yang tidak pernah difalasikan. Kesilapan mungkin daripada aspek rekayasa cinta itu sendiri. Asasnya, manusia berhak rekayasa cinta sebagaimana apa yang diiginkan. Rekayasa yang baik akan menghasilkan suatu perhubungan yang positif  dan baik. Komunikasi yang BETUL dan serius pada tempatnya akan menghasilkan satu perhubungan yang mencapai maksud. Kesilapan mengatur tutur kata akan menyebabkan komunikasi tidak berjalan dengan lancar. Akibatnya, falasi menjadi perantaraan antara kedua  pihak. Tidak dapat tidak untuk menafikan kesalahan. Akan tetapi komunikasi  yang baik bersulamkan rekayasa cinta yang mantap akan dapat mewujudkan satu perhubungan yang baik. Cukup setakat ini. Sekian.


Saya sekadar menulis apa yang saya rasa. Bersifat bersahaja kerana saya suka menulis. Mana-mana blogger yang terbaca atau membaca oleh beri komentar.





P/S: Falasi yang baik akan mamberikan satu pengajaran yang buat bermakna bagi umat manusia. Tiadak salah untuk berfalasi, tapi biarlah bertempat!! Tegas dan penuh dedikasi. Ahakz! J

0 comments: