Lain orang.lain ragamnya. Lain rambut, lain juga pekertinya. Hari ini agak mendung, selebat hujan yang mencurah. Saya tidaklah selalu begini. Tidak tahu mengapa. Mungkin sedikit kekecewaan yang agak remeh. Biasalah. Soal hati. Empunya badan sahaja yang tahu. Bilamana soal ini dibangkitkan, maka masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah. Katanya ego tinggi. Saya tidak faham mengapa harus ego juga yang diperdebatkan. Barangkali kaum hawa ini sudah ketandusan idea untuk berbahas soal hati barangkali. Tersntap barangkali dengan kata-kata yang dilemparkan. Kadang, hati jua merasa sakit. Katanya saya tiada perasaan. Mungkin atas sebab inilah saya diperlakukan demikian. Sakit jua hati. Marah bukanlah satu sifat yang baik. Malah bilamana marah, nabi menganjurkan kita supaya merapatkan diri dengan tanah. Saya bukanlah seorang yang baran. Tidak sama sekali. Sesekali, terasa dan terkilan ada juga menjengah di minda. Owh, barangkali saya berhati batu. Makanya sesuka hati sajalah berkata dan diperlakukan. Kekadang maruah juga perlu dijaga!! Jangan sampai memijak kepala.
Natijah akhirnya, saya senyap seribu bahasa. Membalas mesej-mesej daripada seorang kenalan pun sambil bersahaja. Kalimah Yep, owh menghiasi skrin mesej. Saya sudah tiada daya lagi untuk ceria. Agak susah untuk saya moody . bergelak ketawa dengan lirikan senyuman menawan sudah hambar. Hinggalah pada malam ini saya memberikan penjelasan. Penjelasan yang agak terperinci sesuai dengan skema pemarkahan (ahakz). Kaliru dengan identiti, sama ada berserius atau sekadar suka-suka. Kadang-kadang okay lah, tapi bila mana ini dipolitikkan (dalam hubungan), maka saya rasa ia tidak lagi praktikal. Malah mencabar maruah dan seperti sudah hilang rasa hormat!! Segalanya dihurai dengan panjang lebar. Sudah jelas. Maka saya tertidor di sejadah tatkala sesudah magrib. Hinggalah kini, bangun untuk solat isyak. Segalanya terkawal dan okay. Saya sekadar menulis apa yang saya rasa. Sekian
P/s= Saya sekadar memberikan pengajaran. Bila mana tergigit, mudah sahaja diajak clash. Ini mengalah sebelum berperang. Mengajar cara memberikan penghormatan dan nilai pada sebatang tubuh yang tiada nilai ini!! saya juga insan lemah, tiada berdaya!!
0 comments:
Post a Comment