Pages

Wednesday, February 16, 2011

Kerinduan Seorang cikgu..


Sudah lama tidak menjenguk blog tercinta, adakala merindui jua saat-saat indah jari mula menaip kesemua fasal-fasal isi hati. Hari ini saya tidak ingin bicara panjang, cukup menjelaskan apa yang terbuku di hati. Apa khabar ya ashabat-sahabat blog sekalian? harap jua nada berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. saya agak kesibukan. sibuk mendidika anak bangsa. Bilamana dibebani oleh tugas yang sudah pasti di lunaskan, maka terdetik jua dihati ini  untuk menggalas tanggungjawab yang telah diberikan. 

Kesibukan yang nyata juga menyababkan hati ini sebabtiasa dirundum kerinudaan. Kerinduan pada keluarga. Keluarga yang berada jauh, apalah keadan mereka sekarang ya?? hanya panggilan telefon sahaja menghubungkan saya dengan keluarga tercinta.Saya juga rindukan Pengkalan Chepa. sangat merinduinya!! apalah yang boleh dibuat, kala rindu mula merudum, apa jua yang boleh disekat. Agak lucu juga bunyimya, tetapi itulah hakikat. saya merindui saudari amniz. Jarang sekali saya menzahirkan rasa rindu. kali ini pasti, kerana itulah kebenarannya. 


Cikgu amar tidak dapat mengomel dengan lebih panjang lagi. Komputer yang sedang digunakan ini merupakan komputer milik PSS (Pusat Sumber Sekolah). Berblog seketika bila ada masa dan ruang yang mengizinkan. Tambahan pula, Berukband yang dilanggan tidak mampu untuk menarik signal 3G dengan lebih kuat menyebabkan agak rindu jua pada blog yang sudah lama saya tinggalkan. (jarang update). Ada ruang dan peluang saya berblog lagi. Lesson Plan time!!



Sekian

Anak didik sedang merindui gurunya masuk mengajar!! Doakan saya yang terbaik!

Tapah, Perak.
SEMESTA ( SMK. Sri Tapah)
Guru Pelatih UPSI

0 comments: