Kalau ke pasar malam sekalipun, jika terlihat jejaka smart (dengan izin) memakai kemaja dan berpena merah, nyata sekali itu adalah seorang murabbi. Falsafah sebatang pena merah. Hari ini saya menghayunkan pena merah ini pada sehelai pulpa. Setiap pulpa saya goresi dengan pena merah ini. Menjelang hari-hari yang terakhir berada di sekolah. Menanda buku latihan dan nota pelajar sebagai tanda ingtan selain menunaikan tanggung jawab sebagai seorang guru. Semasa menanda buku ramai pelajar yang bertanyakan “ kenapa cikgu menanda buku kami dengan menulis Selamat Maju Jaya” Soal seorang pelajar tingkatan 1 rasional. Saya menjawab, ya, ini kali terakhir saya menggores buku kamu dengan pena merah ini. Esok-esok nanti akan ada orang lain lagi akan goresi buku kamu, tetapi mungkin tidak begini tulisannya. Saya goresi buku kamu agar kamu baca apa yang saya tulis, jadikan ini sebagai azimat untuk terus belajar dan Berjaya ya!!. Bila dah Berjaya nanti, ingatilah muka sang tua ini, sang tua inilah yang mengajar kamu menjadi manusia yang celik akal fikir”. Sesudah saya berkata demikian, anak orang asli ini terkedu sejenak mengenangkan kata-kata tadi. Mungkin berfikir sejenak dan terkejut dengan apa yang saya hamburkan. Ya, falsafah seorang anak murid dnegan gurunya. Saya akan ingat setiap detik saya mengetuk kepala mereka dengan pen marker (dengan izin). Ketukan hanya sekadar ingin mengajar anak-anak ini supaya mengerti dan terdidik. Kalau ada marah sekalipun hanya sekadar menegur perangai dan tabiat meraka sahaja. Menegur dengan niat yang baik dan hemah. Sudah banyak kalas yang telah saya tinggalkan. Makanya sudah untuk minggu ini telah saya akhiri dua kelas, 1 Rasional dan 2 Tabah. Sekarang tinggal lagi 2 Amanah.menunggu saat itu tiba. Tidak lama sahaja lagi. Aduuh. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan. Disini saya bermula!! Kenal dengan pelbagai orang dan kerenah. Ya apa jua sekalipun yang saya ungkapkan disini akan menjadi bahan untuk saya imbas kembali di hari muka. Semoga anak didikku menjadi insan yang sempurna dan celik akal.
P/s: Hari guru menjelang tiba. Tidak lama lagi untuk kedengaran lagu tema hari guru. apa pun, hari guru disambut. Segala coretan dan kenangan akan terpahat indah di sini. Tatkala ini, aku hanyalah seorang guru sahaja.
AMAR
TAPAH,PERAK
11/5/2011
0 comments:
Post a Comment