Mudah dan memudahkan. Itulah falsafah yang saya belajar pada hari ini. Konsep belajar itu tudak semestinya formal, berada dalam kelas dan mengahdap buku diiringi oleh guru yang mengajar. Dari kata-kata dan perbuatan juga merupakan pembelajaran juga. Hari ini saya menerima pelajran yang baru. Ada seorang sahabat meminta bantuan saya untuk meng-kurier motosikal beliau ke Kelantan. Dan saya menerima dan sanggup untuk membantu rakan saya yang dimaksudkan tadi. Puas memikirkan pada siapakan yang akan saya minta pertolongan untuk mengeiringi saya ke pekan tanjung malim bagi mengahantar motosikal tersebut untuk di kurier. Memandangkan rakan sebilik saya masih lagi berada di taiping (outstation-saudara luqman menemani En Mat menyelia di Taiping) maka saya membuat keputusan untuk meminta bantuan tuan Fazrul (lebih selesa dipanggil yo, dengan izin). Malam semalam saya menghantar SMS untuk meninta pertolongan daripadanya dan Alhamdulillah,DIA memakbulkan doa saya. Tuan Yo bersedia untuk membantu saya mengiringi ke Pekan Tanjung Malim, ke sayrikat Kurier Swasta SykNet. Tatkala pagi menyinsing pada 29 jun 2011 (selasa), saya sudah tepati janji untuk ke Pekan dan mengahntar motosikal. Pad amulanya jam 8.30, akan tetapi ada sedikit masalah yang mengekang maka saya lewatkan penghantaran kepada pukul 11 pagi. Sebelum ke pekan, saya mengikuti penyelia saya ke IPS untuk ambil bahan hebahan pengajian pasca siswazah untuk Dr Mazdi edarkan ke sekolah-sekolah yang diselia. Sambil menyelam minum air. Senaskah bahan hebahan diambil. Semasa dikaunter, saya disambut girang oleh seorang staf. Ya agak manis juga orangnya. Saya terlihat sebuah buku analisis statistic, tajuknya ANALISA DATA DAN PENTAFSIRAN dengan menggunakan SPSS. Saya amat berminat dengan buku ini. Sangat OBSES dengan buku-buku analisis statistic SPSS. Juga mahu jadi orang hebat!. Lalu saya bertanya kepada Cik adik manis yang berda di kaunter, “Buku ini dijual ke?” maka beliau menjawab ya. Dalam pertanyaan yang sama Dr Mazdi meneguhkan ayat saya dengan “ ni budok ni nak beli buku” saya tergelak kecil. Pada masa yang sama say juga sudah siap menulis nama dan nombor tetefon untuk dihubungi jika buku ini boleh di beli, ini sekadar tanggapan awal sahaja. Rupanya buku ini sudah ada stok!! Bukunya dibawah meja kaunter sahaja. Saya berkata “ owh kalau begitu, saya kena pergi ke bank dan ambil duit dahulu”. Pada masa yang sama duit memeng tiada!kering! menunggu gaji sahaja. Pada masa inilah penyelia saya berkata “ tak payah amar, guna duit saya dulu, kemudian nanti awak bayar pada saya balik”. Hati saya terdetak. Alhamdulillah. Inilah falsafah senang menyenangkan!! . Dr mazdi menambah “ takkan lah awak nk balik dan kemudian datang balik ke sini?” saya hanya tergelak dan senyum sahaja. Terharu pun ada. Tidak berkira orangnya! (kini sedang menunggu BAS mini untuk di tunggang. Kuda besi beliau yang baru ini lagaknya seperti BAS mini. BESAR!! Main bola pun boleh!!. Katanya “ Quality OF Life” dengan izin!!) Tiada apa yang dapat saya ungkap melainkan berterima kasih. Harga buku tersebut adalah RM 30.00. saya sangat Obses dengan buku-buku analisis statistik!! Setakat ini saya sudah memiliki 7 buah buku analisis statistic 4 daripadanya hasil nukilan Prof Dr Chua Yan Piaw (UM) sebuah buku dari orang hebat statistic UKM Prof Dr Rahim md Nor, dan sebuah buku terbitan venton Publication dan yang terbaru daripada nukilan pensyarah UPSI, Prof Madya Dr Ramlee (mantan Dekan IPS, kini Prof Madya Dr Suhaily, juga penyarah dari jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI). TERIMA KASIH DR!! (menunggu untuk saya bayar balik pada Dr sahaja nanti, duit telah saya ambil! )
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beralih kepada cerita tadi. Saya ke KUO untuk menjemput Tuan Yo dan memanaskan enjinMotosikal bagi perjalanan ke PekanTg Malim.Alhamdulillah. Semua baik-baik saja. Setelah sampai di sayrikat kurier berkenaan maka saya member dalam kemudian menyatakan hasrat untuk pos motosikal tersebut. Maslah timbul apabila dokumen cukai jalan motosikal tersebut tamat tempoh. Apa boleh buat. Kroni pun tiada! Makanya. Saya berlalu bersama Tuan Yo mencari kedai untuk singgah minum sekejap. Ya. Kami berborak panjang lagi. Pada masa yang samaTuan Yo juga sibuk menguruskan hal-hal dunia!picisan saja!. Terima Kasih Tuan Yo. Jasa tuan saya hargakan. Dua orang hamba Allah ini telah mudahkan kerja saya pada hari ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih. Kita memudahkan orang,kelak orang akan memudahkan kita. ini falsafah kehidupan. Allah maha kuasa. Segalanya datang dari DIA. J
Dianjung ini saya kreditkan Gambar tuan! Tuan orang hebat!
Tuan Dr Mazdi. Penyelia saya. orangnya hebat dan Low profile.
Terima kasih DR!
Dengan Izin ya Dr. Gambar ini ada dalam simpanan saya.
Diambil semasa program di Pos Bersih. snap shoot DSLR D200!
Tuan Yo. Orang Besar KUO. Tuan Hebat.
Terima Kasih atas pertolongan!
amaran! : saya sudah kemaskini blog ini! heheh
P/s : Bakal penyelia saya pernah berkata, “kita mudahkan orang, esok-esok orang akan mudahkan kita”. Jelas hukum karma itu adil!Ungkapan ini akan saya ingat. Sangat bermakna!. Tidak lokek memberi bantuan. Apapun sahaja di dunia ini tidak akan berlaku dengan senang tanpa Izin dari Allah. Kepada tuan Yo, perkenalan kita sangat singkat dan bermakna. Terima kasih kerana menolong saya. Saya ini orangnya murbawan, lagi terkesan jika orang kuasawan seperti tuan sanggup menolong! Tuan Orang hebat! Lagi hebat bila berbudi. Terima kasih!! J
Elbakhtiar
Tg Malim.
29/6/2011
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2 comments:
~"Mudah Memudahkan" Sangat mendalam. Terkesan jauh di kalbu. Terima kasih tuan Amar Al-Bakhtiar. Indah nama seindah pekerti empunya diri. Sangat selesa tika bersama tuan. Walau pun hanya seketika. Alhamdulillah ada sahaja cerita dikongsi. Terima kasih juga atas perkongsian secebis pengalaman yang mungkin belum lagi diri ini miliki. Tuan tidak perlu berterima kasih kepada saya. Saya hanya insan yang dipilih sebagai perantara untuk memudahkan urusan duniawi tuan. Insya Allah jika Kita memudahkan orang, kelak orang akan memudahkan kita. Sekali lagi, terima kasih atas perkongsian ini. Biarpun perkenalan masih baru, masih segar, ku pohon pada Ilahi agar perkenalan ini berkekalan selamanya. Aminn....~
hehe tuan kumbang malam. saya ini biasa saja! boleh saja! jumpa dan mimum2.!
Post a Comment