Pages

Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah. Penyelia kedua sudah ada!

Petang tadi (tatkala saya menulis entri ini pada pukul 12.44 pagi, terbangun akibat laptop yang tidak di tutup, tertidur!)saya membukan capaian internet yang barang laksana sipu sedut kelajuannya. Saya menulis seketika di anjung ini. Petang tadi, semasa Dr  Mazdi ada dibilik, saya sempat juga berborak kosong dengan beliau. Ketika itu ada beberapa dokumen berkaitan permohonan kemasukan sarjana bagi yang memohon sarjana geografi di jabatan. Selalu Ketua Jabatan, Dr mazdi menggalas tanggung jawab. Saya di berikan pilihan, untuk memilih penyelia yang kedua. Saya di beri pilihan. Hati dan benak ini mula bingung untuk memilih. Saya katakan, atas kuasa Dr lah yang memilih, saya ikutkan sahaja. Bulat lah Dr maka bulat lah saya. Dr M menghubungi Prof Dr Azizi Muda, Dekan FSK. dan meminta untuk beliau menjadi penyelia kedua bagi penyelidikan Sarjana saya. Alhamdulillah. Prof Dr Azizi menerima dengan penuh rasa tanggungjawab. ‘katanya boleh saja!’. Alhamdulillah. Bertapa girangnya hati ini. Orangnya agak berbahasa juga. Boleh lah. Saya tidak pernah berada di bawah seliaan beliau semasa sarjana muda. Moga-moga ini merupakan petunjuk dan jalan yang  yang baik bagi saya. Sungguh hati ini sangat gembira!Syukur pada MU ya Rabbi! J

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S: saya akan mendaftar pada 12/9/2011. Tatkala ini juga akan mengambil kad matri kali yang kedua. Alhamdulillah! Penyelia juga orang yang senang-senang berbahasa. Saya balik dengan hati yang girang dan mulut tidak sudah-sudah ‘sengeh’ seorang diri!!

Mata saya sudah layu. Mulanya ingin menulis sekelumit rasa sahaja. Ini sudah pun rasa mahu melalut. Saya mahu tidur. Esoknya kerja!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Amar
Tanjong Malim,Perak
KUO

0 comments: