Petang ini, saya berasa sangat sedih. Seperti biasa saya menghubungi pihak Tajaan KPM untuk memastikan surat tamat pengajian saya yang telah saya kurierkan sampai atau tidak, maka kepastian telah dibuat. Ianya sampai. Dan saya meminta Cik ZAriah yang bercakap di talian untuk sambung kan kepada Bahagian sumber Manusia (BSM)KPM untuk saya bertanya kan berkenaan status online E-GST. Saya menelefon dan bercakap degan seorang pegawai. Ya, saya bercakap degan seorang pegawai. Perempuan. Lantas saya bertanyakan berkenaan tarikh online. Beliau menjawab, permohonan untuk perjawatan baru di bekukan. Di bekukan hingga Ogos. Terdetak juga di hati saya ‘ kalau macam ni lambat lagi lah penempatan’. Saya mengucapkan terima kasih kepada puan yang bercakap. Ikhlas, saya sedih. Mungkin ada hikmahnya.
Berikut adalah pekeliling yang di keluarkan oleh JPA : klik lah, anda akan dapat butirannya.
P/S: Saya agak mengharap juga. posting awal dan dapat penempatan. Tidak mengapalah, jika September ini bukan lagi rezeki saya. Saya redha. L. Perjuangan mesti di teruskan!! Lambat lagi posting saya belajar dulu, siapkan tesis master! SAbar!
0 comments:
Post a Comment