Tanggal 7 Ogos 2011. Ahad.
Hari ini saya ke pejabat. Bukan mahu tunjuk rajin, tapi ini adalah arahan! Hehe saya ke pejebat seawall jam 9 pagi. Awal ke pejabat. Saya di telefon oleh penyelia saya, katanya beliau datang sedikit lewat. Dan saya sudah pun berda di kampus tatkala itu. Saya memikirkan beberapa alternatif lain, sudahnya saya membuat keputusan untuk membasuh ‘motosikal’ buruk saya. Hehe kini kelihatan ‘bersih’ sedikit. Nampaklah seperti motosikal. Hehe. Dan kemudiannya saya kembali ke pejabat. Saya menggunakan komputer pejabat untuk saya nukilkan sedikit pusi. Puisi ini adalah puisi rasa hati. Maka saya nukilkan di entri blog ini. Terhasil beberapa bait puisi. Ilham datang tidka tentu masa. Maka saya terus menulis. Alhamdulillah. Tiada apa yang dapat saya rasakan melainkan rasa puas dan gembira. Sekadar menulis rasa hati dan sukma.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sehinggalah penyelia saya datang. Memohon maaf kerana lambat berikutan anaknya yang menangis. Bagi saya tiada masalah. Kelambatan itu perkara biasa. Jika betul-betul ada masalah. Saya sempat berborak dan menanyakan khabar. Penyelia saya mengarahkan saya menulis sebuah proposal untuk memohon geran universiti yang baru. Kata beliau, ambil sahaja idea pada tajuk kajian sarjana saya. Kemudian di cernakan pada kajian geran Univerisiti. Saya mengiyakan arahan beliau. Mudah-mudagan dapatlah lagi saya mencari rezeki di kampus ini. Katanya, beliau akan cuba untuk ‘debat’ dan mempertahankan hujah dengan pihak RMC untuk meneruskan tajuk kajian yang bakal saya laksanakan ini. Mudah-mudahan ia memberikan hasil yang mendatangkan rezeki. Ameen. J
P/S: Alhamdulilah. Akan saya usahakan. Kalau lulus, insyaAllah. Rezeki saya masih menapak di sini. Mohon pada MU ya Rabbi agar ini akan dapat membuka ruang rezeki pada saya untuk meneruskan kelansungan hidup senelum penempatan guru. (Kalau di berikan penempatan awal sekalipun, gaji belum tentu akan masuk lagi! Saya bersyukur jika ini akan mendatangkan rezeki kepada saya. Amenn). Rezeki Ramadhan barangkali. Siapkan prposal sebelum 15 Sepetmber 2011!! InsyaAllah.
Amar
Tanjong Malim.
KUO
0 comments:
Post a Comment