Pages

Tuesday, November 29, 2011

Biasiswa: My Master!! Dapat ke?? hehehe


Tanggal 30.11.2011. Rabu

Berkali-kali saya memikirkan sama ada mahu mohon atau tidak. Yang pastinya saya masih lagi kebimbangan untuk membuat permohonan biasiswa KPT (my master), setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan  maka saya mengubah fikiran untuk membuat permohonan. Dapat atau tidak bergantung kepada rezeki.  Dahulu pun semasa belajar saya ditaja oleh kementerian pelajaran Malaysia (KPM) bagi tempoh 3 tahun. Dan kali ini saya cuba lagi memohon peruntukan biasiswa yang dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dapat atau tidak lain kira .Apa yang penting mohon dahulu. Saya dah buat permohonan. Kalau ada rezeki maka dapatlah. Tujuan saya memohon bantuan biasiswa untuk pengajian master ini bertujuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung. Saya hanya pembantu penyelidik sahaja. Gaji pun biasa-biasa sahaja. Kalau ada bantuan ini maka saya fikir bolehlah membantu sekurang-kurangnya untuk bayar yuran sahaja. Ada 3 semester sahaja lagi. Setiap semester kadar yurannya adalah sebanyak RM1195.00. lebih kurang saya memerlukan dalam RM 3600.00 lagi untuk menyelesaikan pengajian master saya di UPSI ini. Sangat berharap agar permohonan saya di pertimbangkan sewajarnya. Mungkin ramai yang memohon. Insya-Allah. Ada rezeki tidak ke mana. Kalau tiada sekalipun rezeki mungkin di PhD. Amen.

Peruntukan my master  ditaja selama setahun iaitu dua semester (RM 10,000.00) banyak tu! .  Yuran adalah sebanyak rm3600.00 bagi dua tahun! Hehehe banyak yang lebih! Hutan PTPTN pun boleh langsai kot! Hehehehe 

Berjimat cermatlah! 

Monday, November 28, 2011

TERATAK DAMAI!: RINDU IKAN PUYU ET AL (2011).


Tanggal 29.11.2011. Selasa!

Hujan mencurah. Terus mengingatkan saya pada teratak damai nun di kampung halaman. Rindu suasana kampung halaman tatkala hujan mencurah. Dan pastinya bila hujan maka saya agak gemar mencari ikan puyu sebagai santapan semasa hari hujan. Saya tidak pandai menjala  dan menangkap ikan! Saya hanya akan pergi meraih simpati rakan-rakan yang ‘pandai’ menjala dan meminta ‘ikan’ yang dijala oleh mereka untuk saya beli! Hehe kadang-kadang tak beli pun, saya ambil sahaja! Mereka juga pemurah!  Dan akhirnya..Ikan puyu tersebut  di goreng! Sungguh mengingatkan saya pada lauk santapan diraja ini. Berkira-kira juga untuk balik ke kampung halaman menikmati ikan puyu. Teringat juga pada ubi kayu yang akan saya selalu santap! Mudah sahaja untuk mendapatkannya. Saya punyai ‘mek’ yang berada di kampung. Beliau sangat gemar kepada aktiviti penanaman ‘ubi’ yang saya kira agak besar juga skala penanamannya. Ubi yang ditanam meliputi sekeliling rumah atuk di kampung. Tatkala hujan mencurah lebat, dan bila orang sudah mula-mula bercakap tentang banjir dan sebagainya, maka saya akan balik ke kampung untuk  mendapatkan bekalan ubi!! Mek pemurah!!. Di baginya seguni! Mahu muntah makan ubi! J segala mengingatkan saya tentang kampung…ikan puyu..ubi dan budu…

P/S: Merindui ikan puyu daripada segala-galanya! :P

Perutusan Tahun baru Hijrah buat Kekanda amar Al-Bakhtiar


Tanggal 28.Nov. 2011. Isnin 

Alhamdulillah. Syukur pada yang maha rabbul izzati kerana dengan lapang dan izinnya, saya masih lagi diberikan ruang dan peluang pda tahu baharu hijrah ini meneruskan kelangsungan kehidupan yang berbaki. Saban tahun berganti tahun, hari silih berganti dan masa yang ligat berputar, apakah sebenarnya yang telah kita capai dalam hidup ini. Dalam pada ketetapan tahun baharu ini maka saya garapkan beberapa harapan baharu yang bakal saya capai buat tahun ini agar perjalanan kehidupan ini lebih terarah dan berfokus:
Apa yang ingin saya capai :

1-Meluangkan masa dan ruang yang lebih panjang untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Serasa saya agak lalai dalam memikul amanah dan tanggung jawab yang telah diamanahkan. Allah. Saya bukan sesempuna mana pun. 

2-Medoakan agar ibu bapa, adik-adik dan saya diberikan nikmat sihat yang berpanjangan.

3-Menyiapkan kajian sarjana yang sedang saya  ikuti ini agar tidak terbabas dan tersadai di tepian jalan.  Ini adalah impian saya. P.hD matlamat utama!. Bulan 8 harus hantar draf akhir untuk viva!

4-Menjadi guru dan mualim yang cemerlang buat anak-anak didik saya. InsyaAllah. Jika penempatan guru tahun hadapan 2012.

5-Mengumpul sebanyak mana wang untuk  pembelian komputer riba yang baharu (penulisan akademik), membantu adik-adik yang masih lagi belajar dan InsyaAllah, jika mampu, kereta juga akan saya cuba dapatkan bagi memudahkan akses dan pergerakan.  (jika penempatan guru berlaku pada awal tahun miladiah 2012)

6-Berusaha menurunkan berat badan. Saya sudah obesiti!

Enam tuntutan yang InsyaAllah saya akan cuba penuhi untuk tahun baharu. Tiada apa yang istimewa. Cuma ingin membangunkan diri  supaya lebih cemerlang dan sukses. Teringat pesanan bonda di kampung ‘orang lelaki harus kuat, belajar perlu kuat, untuk kesenangan di masa hadapan’. Ini azimat yang saya pegang! insya-Allah.

Kebelakangan ini saya sedikit sibuk dengan tugasan-tugasan harian sebagai pekerja kontrak dan pelajar sepenuh masa. Menyiapkan laporan dan tesis sarjana yang saya kira sudah boleh dihantar bagi LKPS (Laporan Kemajuan Pelajar Siswazah). Alhamdulillah. Saya telah siapkan bab satu dan dua berserta soal selidik dan temu bual. Akan saya dapatkan cap pengesahan dan isi borang pada esok hari (29.11.2011) untuk saya hantar LKPS pada IPS UPSI. Misi seterusnya adalah menyiapkan bab tiga! 
P/S:

Bila saya baca balik hasil nukilan blog saya ini, semuanya berkenaan dengan hal-hal akademik! Berkisar berkenaan perjalanan saya sebagai seorang pelajar sarjana. Ini merupakan suatu stigma yang baharu sahaja saya ketahui. Bak kata seorang teman, ‘kitaran penulisan kita adalah apa yang ada dalam benak kita pada suatu-suatu masa’.Tepat! Benar sekali!! J

Friday, November 18, 2011

Macam-macam cerita!


Tanggal 19.11.2011 (sabtu)

Agak lama jari jemari ini tidak memetik aksara-aksara yang ada di laptop ini. Sungguh lama! Sungguh lama tidak menulis. Alhamdulillah. Pada malam ini saya diberi kesempatan untuk sedikit mencoret. Sebetulnya, saya sedikit sibuk dengan tugasan LKPS yang mewajibkan saya menghantar laporan kemajuan pengajian sarjana kepada IPS dan fakulti. Ada beberapa bahagian yang saya perlu siapkan! Saya harus kejar tarikh sebelum 2.12.2011 kelak!. Ini adalah bukti sebagai pengajian saya di sini. Saya bukan bersenang lenang. Alhamdulillah, saya tinggal lagi untuk menyiapkan beberapa sub topik, membina  soal selidik dan edit bibliografi bagi bab dua yang panjangnya saya target dalam 40 helai. Saya merasakan, kepentingan kajian lepas ini adalah suatu perkara yang sangat penting kerana bagi memandu pelajar dan pengkaji untuk membina soal selidik dan sebagai gambaran sebenar kajian yang telah di jalankan oleh pengkaji lepas! Maka diselang kesibukan saya menulis kadang-kadang juga di ganggu oleh kesihatan dan diganggu oleh masalah kebuntuan idea. Serasa tidak ada apa yang boleh ditulis! Bingung saya memikirkannya. Sudahnya, saya melakukan tugas-tugas yang menghiburkan hati. Misalnya berborak dan berFB! Oh. Ini suatu pembaziran masa yang secara sengaja! Apa pun, saya wajar dan bertekad untuk memantapkan bab satu, dua dan tiga sebelum masuk ke sekolah. saya hanya punyai masa untuk menganalisis data sahaja lagi. Ini target. Apa pun boleh berubah. Dalam senggang masa yang masih berbaki ini lah saya akan manfaatkan secukupnya masa, tenaga, idea dan sebagainya bagi menyiapkan sebuah tesis sarjana! Doa saya agar selalu dipermudahkan! Amen!

P/S: Isnin depan (21.nov.2011) saya ada pembentangan proposal kepada penilai yang akan menilai kajian yang bakal saya laksanakan! Sungguh! Saya agak gentar. Tetapi sehingga ke saat ini saya masih lagi tidak menyiapkan  lagi ‘slide’ pembentangan! Hehe berharap untuk buat pada hari-hari cuti, sabtu dan ahad. Saya Cuma ingin mendapatkan pandangan dan kritikan hadirin yang hadir agar mutu kajian yang dilakukan lebih bernas dan mantap! Hehe saya juga menolong junior-junior yang sedang menyiapkan kajian sarjana muda! Sungguh mereka seperti tidak tahu apa-apa tantang kajian yang ditulis. Tidak mengapalah. Saya beri sedikit tunjuk dan ajar agar mereka faham dan tahu apa yang ditulis. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa yang telah saya curahkan pada mereka. Tiada inginkan duit atau harta, cuma berharap keikhlasan saya menolong dan membantu mereka agar Allah per mudahkan jalan bagi saya untuk harungi segala aral yang bakal melanda. Sungguh! Tolong-menolong, Allah per mudahkan masalah kita! Amen! 

Amar
Teratak damai. Ketoyong!