Pages

Monday, November 28, 2011

TERATAK DAMAI!: RINDU IKAN PUYU ET AL (2011).


Tanggal 29.11.2011. Selasa!

Hujan mencurah. Terus mengingatkan saya pada teratak damai nun di kampung halaman. Rindu suasana kampung halaman tatkala hujan mencurah. Dan pastinya bila hujan maka saya agak gemar mencari ikan puyu sebagai santapan semasa hari hujan. Saya tidak pandai menjala  dan menangkap ikan! Saya hanya akan pergi meraih simpati rakan-rakan yang ‘pandai’ menjala dan meminta ‘ikan’ yang dijala oleh mereka untuk saya beli! Hehe kadang-kadang tak beli pun, saya ambil sahaja! Mereka juga pemurah!  Dan akhirnya..Ikan puyu tersebut  di goreng! Sungguh mengingatkan saya pada lauk santapan diraja ini. Berkira-kira juga untuk balik ke kampung halaman menikmati ikan puyu. Teringat juga pada ubi kayu yang akan saya selalu santap! Mudah sahaja untuk mendapatkannya. Saya punyai ‘mek’ yang berada di kampung. Beliau sangat gemar kepada aktiviti penanaman ‘ubi’ yang saya kira agak besar juga skala penanamannya. Ubi yang ditanam meliputi sekeliling rumah atuk di kampung. Tatkala hujan mencurah lebat, dan bila orang sudah mula-mula bercakap tentang banjir dan sebagainya, maka saya akan balik ke kampung untuk  mendapatkan bekalan ubi!! Mek pemurah!!. Di baginya seguni! Mahu muntah makan ubi! J segala mengingatkan saya tentang kampung…ikan puyu..ubi dan budu…

P/S: Merindui ikan puyu daripada segala-galanya! :P

0 comments: