Pages

Saturday, December 3, 2011

Allah. Rezeki Mu Maha Luas!


Tanggal  4.12.2011. Ahad (Hari minggu!)

Saya hanya berteleku di rumah sahaja tatkala cuti menjelma. Tapi untuk hari ini sahaja! Saya di rumah, teratak damai, di kampung ketoyong!. Saya dan sahabat memutuskan tidak ke pejabat pada hari ini. Maklum sajalah saya juga ingin menikmati kualiti hidup tanpa kerja juga di hari minggu.  Otak yang senantiasa ligat bekerja menyebabkan saya teringat akan seputar lingkaran kerja yang masih lagi banyak yang ingin disiapkan. Alhamdulillah, saya telah berjaya menyiapkan penulisan bab satu, dua dan soal selidik bagi LKPS  yang telah saya hantar. Alhamdulillah. Ini merupakan salah satu rezeki ! Kini sedang menyambung penulisan bab  tiga kajian sarjana. Insya-Allah saya akan cuba selesaikan dalam jangka masa yang terdekat. Cuma beberapa data sokongan perlu saya mohon daripada pihak KPM bagi meneruskan penulisan kajian yang telah saya jalankan. Semoga saya diberikan kekuatan untuk terus menulis! (setakat ini senantiasa berkobar-kobar!)

Sungguh. Rezeki Allah itu maha luas. Alhamdulillah. Kontrak saya baka disambung dengan kontrak  baharu dengan projek kajian yang baharu. Saya Cuma perlu menyiapkan projek kajian GPU kampus lestari dengan kadar yang segera dan seterusnya kembali menulis  projek kajian GPU aksesibiliti  bagi yang seterusnya. Hikmat kecekapan penyelia saya mengatur strategi akhirnya berhasil. Saya juga bakal di lantik pada 12 ini dengan projek kajian yang baharu serta-merta. Sungguh saya bersyukur dengan apa yang telah diberikan.  Rezeki saya masih ada di sini. Ada juga beberapa ketika saya teras ingin balik ke kampung halaman untuk mencari pekerjaan baharu yang supaya dapat menampung perbelanjaan kajian sarjana dan urusan makan dan minum saya di sini. Ada juga saya meminta kerja daripada orang lain seperti memasukkan data dalam SPSS… Seperti saya katakan tadi, rezeki saya masih lagi di sini.  Cuma tindakan yang seterusnya adalah saya akan menyiapkan kajian kampus lestari secepat yang mungkin dan kemudian kembali menulis projek kajian yang baharu sahaja diluluskan ini kerana ingin mengejar tarikh laporan kemajuan yang bakal dibentangkan pada Mac 2012. Insya-Allah. Akan siap! Akan saya pulun habis-habisan berbekalkan semangat dan daya juang yang saya ada, insya-Allah. Tidak ke mana. Akan saya siapkan juga!

P/S: Sungguh lama juga saya di JGAS (Jabatan  Geografi dan Alam Sekitar).  Terasa sayang pula untuk meninggalkan jabatan. Kadang-kadang terasa juga tidak mahu posting! Haha bekerja di sini seronok meskipun letih dengan kerja yang banyak, namun serasa keletihan yang ada tidak terasa. Sungguh!! Apabila kita bekerja dengan orang yang kita senang, maka segala-galanya akan senang dan mudah. Tiada tekanan. Cuma saya perlu menghambat masa!  Seputar masa yang pantas berlalu. Pasti akan saya kejar!!

Kala masa kian berlalu,
Tatkala daku mulai ber laju,
Biar apa pun yang berlaku,
Pastinya siap sebelum waktu!

Haha :P Daaa

0 comments: