Alhamdulillah.
Tanggal 4 April 2012. Rabu
Tanggal 4 April 2012. Rabu
Rasa syukur yang tidak terhingga! Setelah berhempas pulas juga untuk masuk ke dalam sistem E-ras yang telah diperkenalkan oleh KPM menerusi EPRD saya telah berjaya untuk cetak surat kelulusan untuk melakukan kajian. Kini tinggal sahaja untuk saya faxkan surat tersebut bersama beberapa surat iringan kepada JPN negeri kelantan untuk memohon kebenaran menjalankan penyelidikan di kawasna gua musang!.Insyaallah esok saya akn cuba faxs ke JPN kelantan untuk tindakan selanjutnya. Sebetulnya, sistem ini sememangnya menguji kesabaran saya setelah saya beberapa kali gagal untuk masuk ke dalam sistem. Bermacam-macam maslah timbul sehinggakan hari ini berkali-kali saya menelefon puan Liyana di EPRD untyuk bertanyakan trouble shoot apakah yang telah menimpa saya! Dan akhirnya, malam ini saya berjaya cetak! Sungguh syukur apa adanya!
Inilah laman web yang telah menguji kesabaran saya!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan inilah surat kelulusannya! Amen!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kini tinggal lagi menunggu gaji guru interim bagi bulan 3 (bermaksud guru sementara! DC 41) yang bakal di kreditkan tidak lama lagi untuk saya gunakan sebahagian wang tersebut untuk membiaya sebahagian daripada keperluan kajian sarjana. Sebelumnya, penyelia telah menghubungi saya dan bertanyakan khabar tentang perjalanan kajian saya. Saya memaklumkan ianya masih berjalan cuma masalah kewangan yang menimpa telah melambatkan gerak kerja untuk menulis kajian. Terasa juga malu dengan penyelia kerana beliau telah mula mengejar saya! Apa yang menggembirakan lagi, bagi draf kajian bab satu dan dua telah beliau baca dan semuanya 'OK laaa! Ohh bahagia rasa! Alhamdulillah, kini sedang menunggu durian runtuh sahaja lagi. Mendoakan agar urusan pembayaran gaji tidak ada masalah dan cekadaknya!! Amen. Ada duit semua jalan hehe
P/S: Juga sedang menunggu berita gembira tentang perlantikkan PPPS DG41 pada 15/4 ini. Betul atau tidak saya tidakl pasti. Ini cuma tarikh yang diberikan oleh pak menteri kepda warga ISMP bagi sedapkan ati jer kott!! Doakan agar saya juga di lantik! Amen. Tak mau da interim lama-lama, nk juga DG 41! Hehehe
P/S: Juga sedang menunggu berita gembira tentang perlantikkan PPPS DG41 pada 15/4 ini. Betul atau tidak saya tidakl pasti. Ini cuma tarikh yang diberikan oleh pak menteri kepda warga ISMP bagi sedapkan ati jer kott!! Doakan agar saya juga di lantik! Amen. Tak mau da interim lama-lama, nk juga DG 41! Hehehe
Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Seremban City, Komputer Centre (CC).
2 comments:
Salam, saya menemui blog saudara dalam usaha mencari contoh surat kebenaran EPRD dan surat kebenaran jabatan pelajaran Negeri. DI sini saya meminta jasa baik saudara untuk emailkan kepada saya kedua-dua surat tresebut untuk panduan saya. kalau boleh dalam bentuk JPEG. email saya: andy_hakim85@yahoo.com
Terima kasih yg tidak terhingga.
Salam. Saya menemui blog saudara dalam usaha mencari contoh surat kebenaran EPRD dan juga surat kebenaran JPN untuk menjalankan kajian. Harap saudara dapat membantu untuk emailkan kepada saya contoh kedua2 surat tersebut. kalau boleh dlm bentuk JPEG.
jasa baik saudara sangat saya hargai. sekian, terima kasih
Post a Comment