Pages

Wednesday, May 30, 2012

Sekitar SMKSS

Tanggal 30 Mei 2012
Rabu.

Hari semalam merupakan hari yang ketiga dalam program OGB 2012. Saya berkesempatan untuk mengambil gambar dan potret sekitar sekolah untuk dijadikan bahan atau bukti semasa menulis laporan kelak. Gambar-gambar ini diambil pada waktu pagi dan saya masukkan sebahagian gambar yang telah saya ambil ke dalam blog untuk tatapan para pengunjung sekalian. 

Sekolah setahun jagung,
banyak kerja yang terpaksa di tanggung!




   Logo sekolah. SMK. Seri Sembrong, Kluang, Johor.
Sekolah ini mengamalkan konsep sekolah penyayang. 



 Stesen di mana para pelajar menunggu ibu bapa dan penjaga datang menjemput pelajar.
Fasiliti yang menarik dan lengkap. 

 Pandangan dari sebelah luar sekolah. Jika dalam perjalanan melalui jalan lama menuju ke daerah Mersing, sekolah ini berada di sebelah kanan.

 Susur masuk  ke SMKSS. 

 SMKSS

 Bangunan yang dihadapan merupakan pejabat pentadbiran dan pejabat sekolah.

 Pejabat sekolah. Pandangan daripada sisi dalam.

 Hari-hari saya memanjat tangga ini menuju ke pejabat dan ke bilik guru. 
Bilik guru berada di aras dua, manakala bagi pejabat aras satu. 
dan bagi suatu tempoh yang panjang,35 tahun yang akan datang, 
tangga ini jugalah yang akan saya panjat bagi menghabiskan sisa-sisa perkhidmatan seorang guru

 SMKSS. Di hadapannya adalah padang sekolah.

 Kerusi rezeki. 35 tahun saya di sini kelak. Dengan meja dan kerusi yang sama.
 Mencari rezeki, meneruskan kelangsungan hidup. 
Tempelan memo-memo tugsan yang belum lagi terlaksana!

 Ini merupakan dataran perhimpunan. Setiap pagi isnin, perhimpunan akan di adakan di dataran ini. 400 orang pelajar akan berkumpul mendengar amanat daripada guru-guru.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap pagi jumaat akan di adakan bacaan yasin secara berjemaah. Semua guru muslim dan pelajar muslim akan berkumpul di dewan terbuka ini untuk sama-sama membaca yasin. Akan ada seorang guru atau murid yang akan mengepalai bacaan yasin. InsyaAllah. 



Lampiran gambar-gambar sulung yang saya ambil di sekolah ini merupakan rakaman pertama kerjaya saya sebagai seorang guru di sekolah ini. Doakan agar semuanya akan baik-baik sahaja kelak. Apa pun, sekolah baharu, banyak perkara baharu yang perlu di pelajari. Doakan agar semuanya baik-baik sahaja. Amen.


Kalam Pendeta.
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Bumi Rezeki. Sembrong. Kluang Johor.
31.0502012


Tuesday, May 29, 2012

Orientasi Guru Baharu! (OGB)



OGB bermula 28 Mei  hingga 1 Jun 2012. 

Alhamdulillah. Kami guru-guru baharu  didera selama 5 hari di sekolah berikutan program  orientasi guru baharu. Tiada apa  yang kami buat di sekolah melainkan menjalankan tugas-tugas pengkeranian yang sangat banyak dan membebankan. Bayangkanlah, sekolah yang baharu sahaja setahun jagung dengan sistem pegurusan yang juga masih baharu telah menjadikan kami guru guru baharu mencuba sesuatu yang juga baharu! Apa pun ini pengalaman yang amat bernilai. Menimba pengalaman dariapda inkuiri pengalaman dan penerokaan adalah lebih baik daripada tidak belajar. Sekurang-kuranya saya kini tahu apa tugas-tugas sebagai seorang ketua panitia geografi di sekolah. Untuk rekod, sekolah ini tidak mempunyai guru geografi yang  opsyen. Hanya saya seorang sahaja guru yang opsyen mengajar geografi. Selebihnya dalah guru daripada opsyen lain yang di berikan tugas untuk mengajar geografi di tingkatan satu, dua dan tiga.  Senario ini merupakan perkara biasa yang berlaku di sekolah. Apa pun tugasan rasmi yang bakal saya dapat adalah selepas dariapda cuti kelak. Bermulanya persekolah penggal kedua maka bermulalah tugas-tugas berat yang bakal di bebani. Saya tidak tahu sama ada boleh hadapi ini atau tidak. Memikirkan pengajian sarjana yang masih lagi boleh belum di sentuh. Memikirkan juga bagaimana untuk ke Tanjung Malim untuk berjumpa dengan penyelia dan juga sering kali juga memikirkan apakah tanggapan penyelia setelah sekian lama tidak berjumpa dengan beliau. Saya telah mula segan-segan kucing untuk berjumnpa dengan beliau. Ini lah yang mebebanklan firkiran saya. Gaji masih lagi belum kunjung  tiba. Mungkin sebelum raya dapatlah gaji ini. Apa pun, untuk ke tanjung malim memerlukan persediaan yang rapi. Saya ada menerima nasihat daripada sabahat saya, kata beliau......”amar keje dulu, dah stabil baru fikir cam ne nak teruskan. Amar di bayar gaji untuk berkerja untuk menajdi seorang guru, maka laksanakanlah tanggungjawab dengan sebaiknya”. Ini kata beliau. Ada juga betulnya. Inilah cabaran, sebelumya  laptop saya rosak dan tidak dapat di baiki, maka saya terpaksalah berhutang dengan rakan saya untuk mendapatkan sebuah laptop yang baharu dengan harapan akan dapat menulis kajian. Tapi harapan ini hanya tinggal harapan, saya masih lagi tiada masa untuk semua itu. Oh tuhan mu, apakah ini dugaan yang terpaksa aku hadapi?? Apakah impian ini akan terkubur? Atau apakah ia akan di gantikan dengan rezeki yang lain??. Semoga saya di positifkan kelak.

Seperti tiada akal...
Hanya ketabahan yang berbekal...... J


Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Sembrong. 29052012.
Bumi Rezeki

Saturday, May 26, 2012

Oh! @#$%^&*()

Terkedu seketika apa bila menyemak penempatanm daripda laman wen Jabatan Pelajaran Negeri Johor. alhamdulillah. saya di tempatkan di SMK. Seri Sembrong, Kluang, Johor. setulusnya saya tidak pernah lagi sampai ke negeri johor. inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke negeri takzim yang jauh ke selatan. Sudah suratan rezeki yang allah berikan, maka saya ikutkan sahaja. Sekolahn ini merupakan sekolah baharu saja di buka di dearah kluang dan menempatkan anak-anak kampung datang bersekolah serta ianya juga berdekatan dengan Penjara Sembrong. Daripada segi bebanan kerja, ianya amatlah banyak. Cuti hujung minggu juga di penuhiu dengan aktiviti yang meunutut para gurunya untuk hadir ke sekolah bagi bersama-sama menjayakan majlis. Inilah perkara yang amat saya bimbangkan...


Keputusan rasmi JPN johor! Keputusan adalah mukatamad!! 

Apabila mendengar taklimat dariapda seorang pegawai PPD Kluang yang agak 'derect' penyampaiannya, beliau berkata soal tukar menukar adalah boleh jika kiranya anda mempunyai alsan yang kukuh dan tidak memberikan alasan bodoh bagi mendapatkan kelulusan pertukaran. Saya cuma memikirkan dengan pengajan master saya yang kini masih belum boleh di sentuh dengan penuh berfokus. Adakalanya saya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan masa di hujung minggu untuk menjejak di tanjung Malim bagi berjumpa dengan penyelia. Memikirkan soal ini saya sudah mula buntu. Jarak antara Kluang dengan tanjung Malim adalah sangat jauh dan memakan masa sehingga 5 hingga 6 jam perjalanan. Kalau sehari berjalan sudah pasti tidak cukup dengan kekangan masa yang ada. Setulusnya saya sudah mula buntu. Adakala saya juga terfikir untuk  berhenti sahaja daripada meneruskan pengajian akibat keadaan sekolah yang mempunyai banyak kerja yang perlu di lunaskan serta keadaan pengetua yang sedikit cerewet dalam urusan sambung belajar menyebabkan moral saya sudah mula jatuh. Inilah dugaan yang harus saya hadapi. Selalu memikirkan hal ini sehinggakan saya mula sakit-sakit kepala dan tidak cukup tidur. Saya hanya mampu berdoa sahaja agar ianya di mudahkan segalanya. Saya redha jika 'impian' ini say aterpaksa korbankan.. Doakan agar impian ini tetap menjadi kenyataan kelak! Amen!





Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Kluang. Johor.
27052012.Ahad

Thursday, May 17, 2012

Tinggal Mu Tanah Beradat


Tinggallah Tanah beradat,
Di tempat rezeki yang terdapat,
Tutur ajar pasak segala nikmat,
Demi memandaikan bangsa terhebat.

Tinggallah tanah beradat,
Dengan ini adanya hikmat,
Kelana gersang merata sarwajagat,
Meneruskan hidup memandaikan jagat.

Tinggallah tanah beradat,
Mungkin ini takdir tersirat,
Meninggal kenangan paling padat,
Buat pedoman sepanjang hayat!

Dari Tanah beradat ke bumi takzim!

(Negeri Sembilan Tanah Beradat)

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Fikrah Kenangan. 17052012
Paroi. Negeri Sembilan. D.K


Tribut Khas buat warga pendidik ACS!

Abadi Dalam Harum Nama


Guru pendidik mulia,
Sudah berabad lalu,
bermandi keringat,
meniti gigi hari,
mendaki puncak tinggi,
dimerata lurah dan denai,
tanpa mau peduli.

Guru pendidik mulia,
bukan untuk dipuja,
atau didewa-dewa,
siang dan malamnya,
adalah perjuangan jua,
rela meluah bahagia,
menelan duka nestapa,
dengan senyum dan takwa,
biarpun sayup di hutan belantara.

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
SMK. Methodist (ACS), Seremban
16052012. Selasa


(Puisi hari guru 2012 di SMK.Methodist (ACS) Seremban. Dipetik daripada kalungan bungan telur pemberian pelajar kelas peralihan.)

Allah hurabbi. Sujud syukur pada rezeki MU

Alhamdulillah. Serasa tiada apa-apa yang boleh saya ungkapkan. Allah hurabbi. Benarlah bak kata penyair terhebat, A. Samad said dalam nukilan puisinya yang bertajuk nikmat:


Nikmat.

Segala yang dihasrat,
Tapi tak dapat,
Adalah nikmat,
yang paling padat.

Tongkat Waran. 
Antologi Benih Harapan

Mensyukuri sedalam-dalamnya rezeki kurniaan Allah. Tiada apa yang boleh saya gambarkan hanya dengan ungkapan syukur dan merafakk  setinggi-tinggi pada rezeki pemberiannya apabila saya lulus dalam temuduga pelantinkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan berjaya di tempatkan di negeri Johor di mana tempat saya berkhidmat. 

Dengan adanya pintu rezeki yang di bukan seluas-luasnya oleh yang maha pencipta akan dapat mendekatkan diri kepada Allah dan tidak sesekali bongkak dengan rezeki yang dikurniakan. Yakin dan percayalah bahawa rezeki yang di berikan ini adalah merupakan hasil usaha yang tidak pernah jemu.  

Sekadar memetik ungkapan dariapda Andrea Hirata dalam "Laskar Pelangi".

"Hiduplah bagi memberi sebanyak-banyaknya, tidak bagi menerima sebanyak-banyaknya".


Alhamdulillah!


Lulus temuduga pelantikan oleh SPP. Kini DG 41! Alhamdulillah!



Alhamdulillah. Berjaya di tempatkan di negeri JOHOR! 
KU redha dan penuh syukur atas pemberiannya! amen


"Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah hambamu ini hamba yang senantiasa bersyukur dengan segala nikmat dan limpah ruah rezeki yang engkau berikan,  dan janganlah sesekali engkau peseongkan hati ku melainkan sujud sembah ku hanya pada MU ya Allah". Amen.


Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
SMK. Methodist (ACS) Seremban.
17052012. Rabu



 

Friday, May 11, 2012

Suratan Impian



Memulakan episod harapan,
hari ini, esok dan titian perjalanan,
Adalah impian yang lama tersimpan-
Abadinya dalam suratan,
Menadah syukur pemberian TUHAN!

Suratan impian,
Sujud syukur ku atas permberian mu Tuhan!

Allah!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Seremban.
11052012

Bumi Sang Murabbi



Lama menantikan hasrat nikmat,
Bergelar murabbi nan hikmat,
Bertebarlah seluruh jagat,
Memberi ilmu yang paling padat.

Memberi tiadalah terperi,

Mengungkap penataran tiada berbelah bagi,
Apalah juga kita sang murabbi,
Ajar, tulis dan eja lah yang hakiki.

Kitalah nafas sang murabbi,
Demi wangsa dan rezeki,
Biarlah ia seikhlas hati,
Dambaan pahala yang abadi.

Amen!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Paroi Jaya. Seremban.
11052012

Wednesday, May 2, 2012

Gundah



Setiap yang gundah,
adalah suatu yang terindah!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Paroi.Seremban.
03052012 — at Rehal abadi

Leluhur Aksara



Sebening pagi mengungkap aksara,

Mendongakkan ke langit cakerawala,
Langit masih biru-
Menandakan hari masih baru.

Ungkap arti Alhamdulillah,

Memuji MU ya syukrulillah,
Merunduk syukur tiada tara,
Bertafakur zuhud pada yang ESA!.

Leluhur aksara,
Ungkapnya artikulat,
menzahirkan bebening sifat,
Yang terpuji adalah nikmat,
Menjadikan manusia yang terhebat.

Leluhur aksara,
Ikhlas memberi,
Di balas jua tiada terperi!

Allah!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
03052012
Paroi. Seremban. — at Di Ujana Magfirah