OGB bermula
28 Mei hingga 1 Jun 2012.
Alhamdulillah.
Kami guru-guru baharu didera selama 5
hari di sekolah berikutan program
orientasi guru baharu. Tiada apa
yang kami buat di sekolah melainkan menjalankan tugas-tugas pengkeranian
yang sangat banyak dan membebankan. Bayangkanlah, sekolah yang baharu sahaja
setahun jagung dengan sistem pegurusan yang juga masih baharu telah menjadikan
kami guru guru baharu mencuba sesuatu yang juga baharu! Apa pun ini pengalaman
yang amat bernilai. Menimba pengalaman dariapda inkuiri pengalaman dan
penerokaan adalah lebih baik daripada tidak belajar. Sekurang-kuranya saya kini
tahu apa tugas-tugas sebagai seorang ketua panitia geografi di sekolah. Untuk
rekod, sekolah ini tidak mempunyai guru geografi yang opsyen. Hanya saya seorang sahaja guru yang
opsyen mengajar geografi. Selebihnya dalah guru daripada opsyen lain yang di
berikan tugas untuk mengajar geografi di tingkatan satu, dua dan tiga. Senario ini merupakan perkara biasa yang
berlaku di sekolah. Apa pun tugasan rasmi yang bakal saya dapat adalah selepas
dariapda cuti kelak. Bermulanya persekolah penggal kedua maka bermulalah
tugas-tugas berat yang bakal di bebani. Saya tidak tahu sama ada boleh hadapi
ini atau tidak. Memikirkan pengajian sarjana yang masih lagi boleh belum di
sentuh. Memikirkan juga bagaimana untuk ke Tanjung Malim untuk berjumpa dengan
penyelia dan juga sering kali juga memikirkan apakah tanggapan penyelia setelah
sekian lama tidak berjumpa dengan beliau. Saya telah mula segan-segan kucing
untuk berjumnpa dengan beliau. Ini lah yang mebebanklan firkiran saya. Gaji
masih lagi belum kunjung tiba. Mungkin
sebelum raya dapatlah gaji ini. Apa pun, untuk ke tanjung malim memerlukan
persediaan yang rapi. Saya ada menerima nasihat daripada sabahat saya, kata
beliau......”amar keje dulu, dah stabil baru fikir cam ne nak teruskan. Amar di
bayar gaji untuk berkerja untuk menajdi seorang guru, maka laksanakanlah
tanggungjawab dengan sebaiknya”. Ini kata beliau. Ada juga betulnya. Inilah
cabaran, sebelumya laptop saya rosak dan
tidak dapat di baiki, maka saya terpaksalah berhutang dengan rakan saya untuk
mendapatkan sebuah laptop yang baharu dengan harapan akan dapat menulis kajian.
Tapi harapan ini hanya tinggal harapan, saya masih lagi tiada masa untuk semua
itu. Oh tuhan mu, apakah ini dugaan yang terpaksa aku hadapi?? Apakah impian
ini akan terkubur? Atau apakah ia akan di gantikan dengan rezeki yang lain??.
Semoga saya di positifkan kelak.
Seperti
tiada akal...
Hanya
ketabahan yang berbekal...... J
Kekanda
Amar Al-Bakhtiar
Sembrong.
29052012.
Bumi
Rezeki
0 comments:
Post a Comment