Meniti hari yang penuh berbalam. Semangat
mengajar tetap utuh namun ia kadang di matikan oleh segala tugas yang tiada
kaitan. Kuli yang berada di bawah akan terus di tekan oleh sang ketua untuk dapatkan apa sahaja yang di inginkan. Apa sahaja, dalam erti kata arahan yang penuh
makna yang tersirat. Kita sebagai orang bawahan dengar sahaja apa yang di
ertikan. Mudah dan tidak perlu banyak bunyi. Jangan banyak komentar tentang apa
sahaja yang di arahkan. Dengar sahaja dan buat. Jika tiada di lunaskan tunggu
sahaja padahnya. Apa pun saya syukur dengan adanya rezeki yang Allah kurniakan
ini. Tak semudah yang kita sangkakan menjadi seorang ketua bukanlah mudah. Bukan
mudah untuk kita puaskan hati semua pihak. Ada juga pihak yang akan tidak
berpuas hati dengan segala kerja buat kita. Kita kena positif. Kena senantiasa
ada sifat sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah. Saya redha dengan saya
menarik diri daripada meneruskan pengajian sarjana. Saya redha walau dalam hati
penuh rasa yang amat kecewa dengan diri. Saya tetap doakan apa yang saya
lakukan ini adalah untuk masa depan saya. Mengejar sesuatu impian yang telah
lama saya idamkan. Kini saya kuburkan dahulu seketika. insyaAllah ada rezeki di
lain hari. Meskipun ada juga yang ingin menolong, saya katakan ‘ kamu hanya
tahu mengatur dan menulis merahan sana dan sini, yang menanggungnya aku!!’. Ini
realiti sebenar. Mungkin saya silap percaturan. Dan mungkin juga niat saya pada
mulanya tidak ikhlas. Apa pun saya syukur jika ini bukan lagi rezeki saya. Mungkin
di lain masa. insyaAllah. Saya malu pada mahaguru saya, saya mohon maaf. Saya tidak
cukup kuat untuk menangkis segala cabaran ini. Mungkin tuan tidak berada di
tempat saya. Jika saya andaikan tuan berada di tempat saya, mungkin juga tuan
akan begini. Cukup sahajalah tuan doakan
saya berjaya kelak. insyaAllah tuan masih ramai orang yang boleh di harapkan. Saya
doakan juga agar tuan dapat capai cita-cita tuan dengan jayanya. InsyaAllah.
Aammiin. J
Kekanda Amar
13102012.Sabtu.
Kluang, Johor.
0 comments:
Post a Comment