Tidak pernah ku rasakan, rasa yang sebegini. Rasa yang dahulunya tiada pernah maujud dalam diari hidupku. Jarang sekali ku nukilkan tentang rasa. Rasa yang biasanya ku madahkan dalam bahasa puitis agar aku sahaja yang mengetahui maksudnya. Kali ini ku tulis ranum setiap petah dan ayat agar ia habis terurai daripada segala pintalan kekusutan otak yang celaru.
Cerita tentang rasa. Aku juga tidak pasti dari mana aku harus mulakan. Rasa kosong seperti tiada ada apa-apa. Dan kala itu aku mula mencari teman yang boleh bawa bicara. Teman minum, bola, dan roti canai segala. Rasa bosan yang menghimpit. Aku manusia biasa. Jua ada hati dan rasa. Perlu perhatian. Ya. Tidak semua begitu. Sudahnya, ku pendam erat rasa ini agar ia hilang begitu sahaja. Dan kini ku rasakan perit untuk tempuh segalanya. Segalanya ku terima positif. Biarlah apa pun, ku terima dengan hati yang redha. Kerna apa? Kerna redha itu adalah pengubat hati yang tiada tolok bandingnya. Redha dengan apa yang Allah tetapkan. Semoga apa yang ku pilih kali ini kekal dan abadi. Menemani ku hingga ke syurga firdausi. Aamin.
aku tidak pasti apa yang aku tulis. ku rasakan maksudnya jua tidak kesampaian. biarkan. kerna ku tahu, menulis apa sahaja yang ku rasa, akan bahagiakan rasa gelodak bosan dan sayang yang menghimpit ini. ok. bye.
Astana Guru Muda
30122013. Kluang.
Fikrah bosan dan sayang.
Dua rasa yang ku rasa.
0 comments:
Post a Comment