Pages

Tuesday, May 31, 2011

Kertas Kerja Penyelidikan; Kini sudah sebati! Menulis sokmo!

Alhamdulillah. Segala dipermudahkan olehNYA. Kajian ini selamat dan siap di nukilkan. Bukanlah suatu perkara yang senang. Perlu mencari bahan, kemudian interpretasi dan menganalisis. Ibarat seperti menulis sebuah tesis!! Tapi kertas kerja bukanlah panjang mana pun. Yang terbaru, 24 muka surat. Data nya terlampau banyak. Puas saya ringkaskan. Selama seminggu meyiapkan kertas kerja ini. Bertungkus lumus meyiapkan walaupun dikala ini juga sedang sibuk menguruskan ayah yang sakit dan rumah yang sedang di renovate. Wah, terlampau  banyak komitmen yang terpaksa ditempuhi. Saya merasasanagt syukur. Syukur kerana kertas kerja ini berjaya di siapkan. Tinggal permurnian daripada Dr Mazdi sahaja lagi. Kertas kerja penyelidikan ini akan dibentangkan oleh Dr Mazdi di UMS nanti. Moga-moga ada kebaikan disebaliknya!! Sekadar mencoret rasa. Semalam, atuk saya menelefon. Bertanyakan, kenapa lama tidak mengjenguk beliau. Rasa terkesan di hati. Terdetik dihati untuk balik ke kampong halaman seketika. Melepaskan segala tekanan menulis sejenak. Lepas ini akan sibuk menulis proposal bagi projek sarjana saya pula!!

P/S : kata atuk saya: “Bakpo lamo tok mari rumoh..ado saloh gapo la tok mari”. Makanya saya menjawab, owh..takdan nk g ayoh..sibuk sikit. Esok ambo blik deh!! Hehe. Ayat yang selalu saya guna apabila 
berbahasa dengan orang yang lebih tua, ‘Ambo’!!




Amar
Rantau Panjang,Qlate
rumoh ambo!!

Friday, May 27, 2011

Sesuatu yang pasti !! Hahaha

Ya.. lumrah bagi pasangan yan bercinta, kalimah cemburu itu jua pasti. Ya, hari ini saya tabalkan sebagai hari yang amat menjeleskan hahaha. Hari jeles sedunia. Kalau dilihat di telefon pasti ke’jelesan’itu terbit. Makanya hari ini saya duduk jauh-jauh sedikit dari telefon agar tidak lah terkesan sangat rasa itu! Heheh cemburu secemburu buru buru buru nya lah!! Hahah..okai. Fine.







Sekadar mengungkap rasa sahaja! Terima kasih  kerana jujur!! 
amat menghargainya! (tapi jeles jgak) hahaha








P/s: Lelaki yang baik adalah lelaki yang baik. Of kos ini adalah satu kemerapuan yang nyata. Abaikan mesej ini. J ggrrr..Selamat Hari Cemburu Mr. Amar. Ahakz! 27/5/2011. 



Malam ini bakal ke Majlis Makan Malam Staf HUSM, bersama mama terchenta.huhuh tak tahulah boleh masuk ke tak dlam banquet huhu. tak leh masuk melepak ler kat kB. ahakz! ingin membawa kekasih hati 
D3000. lama sudah tidak snap shoot!!





hahahah dan masih ingin tergelak!! aduii memang aku ngokngek hari ini. sekian terima kasih. :)

Tuesday, May 24, 2011

BERDAFTAR SEBAGAI MT 102




Ya, sudah pasti! Ini lah yang saya tunggu-tunggu. Apa yang pernah terpacul dari mulut saya dahulu akan saya kotakan. Bukan lagi omongan kosong!!. Berpagi-pagi lagi berwisata ke Pengkalan Chepa, menemui adinda puspa renda kesuma sakti (saya agak obsess degan segala ayat-ayat sastera!!) pergi makan dan kemudian ke Bank Simpanan Nasional. Ya, melangkah memasuki bank! (sudah menjadi kalaziman apabila kita ke bank sudah pastinya atas urusan keewangan, samaada ini mengambil duit, membayar pinjaman dan sebagainya). Akan tetapi klai ini saya melangkah ke BSN dengan tujuan yang lain. Berbekalkan wang  berjumlah RM 26.00 saya menghulurkan wang kepada juru kaunter di kaunter. Kemudian mengisi beberapa dokumen berkaitan. Juru wang itu bertanya “ ermm…bagi program apa ya? SArjana ke Doktor Falsafah?” tatkala itu, ada beberapa orang yang juga sedang berurusan dengan pegawai di kaunter yang sama tetapi disebelah menyebelah. Tercengang barangkail mendengar  apa yang di sebutkan oleh juru kaunter tersebut (jika di Negara-negara maju, pemilikan ijazah iktisas Sarjana dan kedoktoran falsafah adalah suatu yang biasa dan bukanlah suatu perkara yang pelik. Di Malaysia, masyarakat academianya baru sahaja membangun, maka tidak hairanlah jika hanya sekadar menyebut sahaja sudah tercengang, barangkali kalau memiliki agaknya sujud di kaki agaknya!!) . Maka saya dengan hanya sekadar menjawab persoalan dari juru kaunter itu dengan berkata “ SArjana kak, ada kan?”. Juru kaunter itu membalas “ oh..ok..ok. ada. Tunggu sebentar ya!!” saya menunggu sehingga nombor pin kemasukan Program sarjana dan doktor falsafah bagi ambilan 2011/2012. Saya menerima slip daripada juru kaunter. Agaknya pelik ya barangkali. Saya di tenung oleh pakcik-pakcik dan makcik yang ada di sekitar. Hati saya mengomel “ biarkan, tiada apa yang hebat mana pun, langkah bijak mengusir syaitan dari terus menguasai diri agar mendabik dada”. Apa yang kita usahakan ini hanyalah pinjaman dari Allah sahaja!! Manusia, kamu jangan terlalu angkuh!! Jika kekufuran menerjah diri,alamat tidak lama lah segala nikmat yang diberikan itu akan ditarik balik!!” sekadar ingatan.  Saya meneruskan perjalanan ke padang kala, berwisata bagi mengambil barang-barang yang telah saya kirimkan kepada sahabat saya. Sampai di sana mengambil pelbagai bungkusan dan bersalaman dengan ibu rakan saya (rakan saya pada waktu itu tiada di rumah). Berlalu pergi kemudian ke Pasir MAs, Kampung Tendong, Mukim Teliar, rumah rakan saya mengambil barang yang telah saya kirimkan sedikit.  Ucapan berterima kasih saya hulurkan. Saya meneruskan perjalanan untuk mencari pusat internet ( walaupun sudah memiliki rangkaian Broadband, namun capaian masih kurang memuaskan!!). saya ke pusat internet, mendaftar atas talian. Saya mengalami masalah apabila untuk mengisi  borang yang ada maklumat transkrip. Transkrip akan dikeluarkan apabila senat bersidang pada bulan jun nanti. Dengan adanya transkrip pihak
IPS akan dapat memproses segala borang yang telah diisi. saya menelefon mengkhabarkan berita in kepada Dr MAzdi, selaku bakal penyelia saya. Memaklumkan agar beliau maklum dengan status saya sekarang. Berikut adalah maklumat yang ada pada borang yang saya cetak:

NO RUJUKAN PERMOHONAN : 11052325XXX (juga di merahkan!!)
NAMA: AMAR AL-BAKHTIAR BIN ABDUL RAHMAN
NO.KP: 870907035471
PERINGKAT PENGAJIAN : Sarjana
NAMA PROGRAM : MT 102-GEOGRAFI
MOD PENGAJIAN : Penyelidikan/ Disertasi (MOD A)
FAKULTI : Fakulti sains Kemanusiaan (FSK)
JENIS PENGAJIAN : Sepenuh Masa
STATUS: APPLY (pada borang, aksara ini dimerahkan!!)




P/s: semasa menelefon juga, saya diingatkan supaya melampirkan sekali CAdangan penyelidikan (proposal) bagi kajian yang ingin dijalankan. Huhuh…kembali bersekolah. Teringat kata-kata Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (dipetik dari Buku Muka nya) berkata “ kalau di amarika, istilah konvokesyen tidak di guna pakai. Bahkan istilah COMMENCEMENT di gunapakai menandakan pengajian baru sahaja bermula. Konvokesyen bermaksud tamat pengajian. Elok kiranya kita gunakan istilah ini sepanjang masa agar pembudayaan ilmu itu segar sepanjang masa!! Sekadar  memulakan langkah.




Amar
Rantau Panjang, desa tercinta!
25/5/2011

Berkongsi Rasa!!

Salam mahabbah. Video dibawah ini dengan secara sengaja sahaja di muat naik untuk tatapan diri sendiri. Video ini dirakam semasa majlis pelancaran Hari Bumi, selaku pengacara majlis (Master Of Ceremony) pada 22 april 2011. Sedikit ceramah dan info berkenaan dengan hari bumi telah di sajikan.





Video ini telah dirakam oleh Cikgu Kadir, SMK SRI TAPAH semasa hari pelancaran berlangsung. Semoga ini menjadi kenangan yang terindah!!



P/S : saya suka sebarang acara yang melibatkan orator (seni pengucapan awam). Lantaran, saya diberikan kepercayaan untuk mengendalikan sebarang ceramah yang dijalankan semasa di SEMESTA.  Sungguh ia amat terpalit, bak kata pepatah “ bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal !!”. Ada sorang guru mengatakan “ wah, berapi-api berkata-kata , awak ada tokoh politik!!”. Kenyataan ini saya dengar dan senyum sahaja!!



Amar
25/5/2011
Desa tercinta,
Rantau Panjang,

Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru SEMESTA 2011


Baru tahun ini saya merasakan menyambut hari guru dengan penuh rasa nikmat dan syukur. Ya, mana tidaknya, hari guru tahun ini merupakan hari guru yang pertama pernah say sambut selaku guru praktikum. Tanggal 16 MEI saban tahun kita akan menyambut hari guru. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua guru. Sambutan yang cukup meriah. Saya dan sahabat, luqman selaku Jawatankuasa sukaneka bertindak mencadangkan beberapa jenis sukaneka antara guru. permainan bermula pada jam 11 pagi. Disebelah pagi pembacaan perutusan oleh tuan Pengetua. Ini sudah menjadi adat. Apa yang rasa sedikit terharu apabila saya telah menjadi wakil kepada pihak pengetua membacakan sajak  usman awang; Guru Oh Guru. tuan pengetua meminta saya membacanya. Saya mengagguk sahaja atas arahan yang dikelurkan tanpa sebarang bicara. Untuk membaca sajak, pemahaman dan penghayatan setipa bait sajak haruslah diteliti dan dihayati dengan baik. Apabila diminta membacakan sajak, makanya saya naik ke pentas membacakan sajak. Pada mulanya penuh bersahaja, akan tetapi pabila setiap bait sajak itu saya alami dan rasai sendiri, sedikit sebak dan kemudian mjla menjatuhkan air mata semasa membaca. Hadirin terkaku melihat keadaan tersebut. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Itulah perasaan yang tidak dapat ditahan lagi. Saya melihat para hadiri. Semua mendengar dan teliti tiap bait. Sungguh satu pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan. Memang. Membaca sajak memerlukan penelitian dan persembahan yang baik agar tiap baitnya kita fahami dengan sebaik yang mungkin.
ADA SAYA SISIPKAN SELEMBAR GAMBAR SEMASA HARI GURU PERINGKAT SEMESTA 2011

Bacaan sajak. Saya suka gaya Prof Madya Dr Lim Swee Tim; Gayanya semasa mendeklamtorkan sajak!!

Inilah Barisan warga pendidik SEMESTA (sesi pagi dan petang) 
Guru praktikum pun diajak seklai bergambar


Ini pula barisan Guru-guru praktikum sidang 2011. 
Semuanya 11 orang, tidak termasuk yang baru sahaja mendaftar.
Kenangan bersama Tuan Pengetua, BONDA!!

Semasa Mendeklamasikan sajak. Ada pula yang snap. Lagaknya melankolik!!


Hehe dan seperti biasa. Apa-apa Event disekolah, saya akan menjadi jurufotoya. 
Gambar ini diambil oleh pelajar saya. cukup Nostalgik!!

Gambar ini dipetik ketika saya dipadang sekolah. Ini juga kerja pelajar saya. 
Snap shoot jer!!. tidak tahu masa bila pula ni dimabil gambar ini.!

Saya dengan sahabat baik, saudara Luqman. Ketika di balapan. sangat panas.Kekalutan menguruskan "Pelajar Tua" di padang. heheh


P/S.: sekadar mengungkap rasa. ini sahajlah yang dapat saya coretkan. Sekadar melakar rindu dikejauhan. lagi berbaki 2 hari. selepas ini bakal ditamatkan perkhidmatan di SEMESTA sebagai guru pelatih. Semoga ini menjadi kenangan yang abadi. Saya rindu saat ini!!




Amar
Tapah, Perak.
SEMESTA 2011



Saturday, May 14, 2011

Sajak; Bersajak tatkala Hari Guru

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar 
Dapat rusa belang kaki 
Berguru kepala ajar 
Ibarat bunga kembang tak jadi 
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979


(Sajak ini akan saya deklamasikan tanggal 16 Mei 2011) 
Selamat Hari Guru

KEPINGIN BERTEMU LAGI.

Hari ini jumaat. Hari kebesaran yang pastinya umat islam ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Ya, pada pagi jumaat ini, saya berdarmawisata ke sekolah, menyelesaikan segala tugasan dan kerja-kerja akhir bagi memastikan apa yang di tinggalkan selesai dan tiada yang tertangguh. Saya  merasakan setiap  detik nadi saya bertiup kencang. Kencang yang bagaimana ya? Owh tidak dapat jua saya gambarkan dalam coretan ini. Hanyalah sekadar menulis apa yang saya rasa. Hari ini, saya menyelesaikan markah ko-kurikulum. Kemudian menyelesaikan dokumentasi program yang telah say alancarkan dan akhir sekali pembahagian sijil kepada para pemenang.  Saya juga menyeraklan modul pengajaran kepada guru-guru geografi yang telah saya bina  agar apa yang saya buat dapat diteruskan oleh generasi guru yang akan datang. Kepingin bertemu lagi warga SEMESTA. Ramai yang bertanya “ eh, ada berapa hari lagi kamu disini?” ya, saya menjawab, “ ermm sudah tainggal seminggu sahaja lagi cikgu, ada say  tinggalkan buah tangan kepada semua guru geografi. Boleh digunakan umtuk pengajaran ICT nanti. Pengajaran geografi berbantukan komputer  sebenarnya lebih menyeronokkan. Pada tiap-tiap meja saya kepilkan MEMO yang bertulis agar dapat merujuk slide (dengan izin) yang telah saya bina. Moga ilmu yang ada dapat dikembangkan (bak kata penyelia saya). Kepingin sabat berada di SEMESTA lagi. Rasa yang tidak sangka mula  menerjah. Sudah tidak lama sahaja lagi. Hari ini juga saya agak kepelikan, n=bonda melihat buku Rekod pengajaran saya. Sebelum itu, saya ada masuk ke bilik beliau menyerahkan gambar-gambar program yang telah saya ambil. Tidak saya duga selepas saya keluar daripada bilik beliau rupanya beliau mengejar saya dan bertanyakan (dalam dialek kelate) “amar, jap ye. Mano nok tengok buku rekod, tulis ngan pen warna apa?” soal beliau. Makanya saya menajwab, owh bonda, saya guna pen hitam sahaja. Kenapa ya bonda? Lalu wajah tua ini berlalu pergi seraya menguntum senyuman tanpa membalas pertanyaa saya. Saya buntu? Apakah motof bonda begitu pelik? Hehe bergelak sendirian. Segala kenangan akan saya ingat sampai  mati. Bonda Pengetua ibarat emak saya sendiri. sangat penyayang.sungguh terharu mendapat pengetua begini. Semua nay saya kepingin untuk bertemu lagi. Apakah nikmat keseronokan ini terakhir buat saya?? Doa ku Duhai RAbbul Izzati, kurniakanlah keseronokan ku berkerja ini sehingga ke akhir hayatku. Amin.



Ikhlas kata, semuanya saya kepingin untuk bertemu lagi!!!
P/S: saya rindu semua saat-saat indah di SEMESTA. Semoga ini akan terus terpahat di dalam ingtan dan memori!!



AMAR AL-BAKHTIAR BIN ABDUL RAHMAN
BILIK GURU SEMESTA
13/5/2011

KEMBALI SEMULA “BERSEKOLAH”

Bersekolah ibarat kata menatar ilmu. Menatar ilmu bagi kemajuan diri sendiri dan kebijakan. Tempoh praktikum sudah tidak lama sahaja lagi untuk habis. Sudah tidak lama lagi  untuk meninggalkan sekolah. Sekolah yang sangat saya sayangi. Saya melihat “persekolahan” semual saya ini akan memberikan ilmu ynag lebih kepadapenghidupan sebagai seorang muallim. Meneruskan persekolahan  di peringkat sarjana bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. Saya melihat pengajian di peringkat sarjana akan lebih mengajar kehidupan manusia berdisiplin dan bertanggung jawab. Pengajian diperingkat ini akan memperlihatkan bagaimana seseorang itu membahagikan masa antara kerjaya dan masa pembelajaran. Pembelajara di peringkat sarjana dan P.hD adalah ujian air mata, keewangan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana kematangan seseorang itu menempuhi pengajian yang nyata memberikan saribu satu pengalaman yang bermakna kepada kita. Kalau yang sudah beristeri, bagaimana untuk membahagikan masa dengan isteri dan anak-anak. Pengajian yang jelas menuntutu segala komitmen dan tanggungjawab setiap daripada kita yang ingin melanjutkan pelajaran. Saya memilih untuk menyambung pelajaran. Soal kahwin dan keseronokan yang lain saya ketepikan dahulu. Saya perlu mencari identiti dan kelebihan diri saya agar tampak berilmu dan boleh menyampaikan ilmu kepada yang lain. Saya nekad untuk menyambung pelajaran walaupun ketidakcukupan duit dan sebagainya. Duit simpanan rasanya mencukupi untuk membayar yuran pendaftaran dan yuran sem 2. Mungkin ini pengorbanan yang patut saya tempuhi. Pengorbanan yang dilihat menguji segala panca indera kita. saya masih lagi ingat kata-kata penyelia tesis saya semasa melakukan penyelidikan di peringkat sarjana muda dahulu. Katanya “ buat tesis ini adalah proses. Kita akan belajar pelbagai perkara dan ujian. Ujian yang pelbagai, menguji kemampuan manusia itu agar lebih matang di kemudian hari” saya mengangguk sahaja. Betul kata beliau. Kata-kata ini menjadi azimat kepada saya untuk lebih jauh kehadapan. Saya bukanlah seorang pelajar yang pandai, bahkan di bangku sekolah, saya bukanlah pelajar yang cemerlang dalam segala aspek. Begitu juga di Universiti, juga bukanlah tergolong dalam kalangan mereka yang merangkul anugerah diraja. Biasa-biasa sahaja!!. Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akan dapat mengubati sedikit hati ini agar tidak lagi dikenang begitu. Bukanlah seorang yang mengejar berbelas A dan bukanlah seorang yang bijak dalam dewan peperikasaan. Semoga ilmu yang bakal ditimba ini menjadi titik tolak kepada pembangunan diri sendiri.

P/s: penyelia saya berkata: peringkat pengajian sarjana dan P.hD bukan untuk orang yang pandai-pandai. Ianya khusus bagi orang yang sabar!!



AMAR
BILIK GURU, SEMESTA
TAPAH, PERAK.

Wednesday, May 11, 2011

Melodi itu; Pastinya Menggamit Perasaan Kelak!

Usaha Kunci Kejayaan. Pada setiap pagi dan petang, lagu sekolah ini akan dinyanyikan. lagu ini telah menjadi pembakar semangat setiap daripada warga SEMESTA pada setiap pagi dan petang. menyanyikan lagu yang sama. dibawah kata kunci yang sama; bersemangat meneruskan perjuangan pembelajaran. Lagu tidak dapat saya sisipkan disini. Hanya potret lencana sekolah sahaja yang dapat saya attach  di sini. sekadar berkongsi rasa!

Lencana sekolah SMK SRI TAPAH

"maju jaya sri tapah"

AMAR
TAPAH,PERAK
11/5/2011