Hari ini jumaat. Hari kebesaran yang pastinya umat islam ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Ya, pada pagi jumaat ini, saya berdarmawisata ke sekolah, menyelesaikan segala tugasan dan kerja-kerja akhir bagi memastikan apa yang di tinggalkan selesai dan tiada yang tertangguh. Saya merasakan setiap detik nadi saya bertiup kencang. Kencang yang bagaimana ya? Owh tidak dapat jua saya gambarkan dalam coretan ini. Hanyalah sekadar menulis apa yang saya rasa. Hari ini, saya menyelesaikan markah ko-kurikulum. Kemudian menyelesaikan dokumentasi program yang telah say alancarkan dan akhir sekali pembahagian sijil kepada para pemenang. Saya juga menyeraklan modul pengajaran kepada guru-guru geografi yang telah saya bina agar apa yang saya buat dapat diteruskan oleh generasi guru yang akan datang. Kepingin bertemu lagi warga SEMESTA. Ramai yang bertanya “ eh, ada berapa hari lagi kamu disini?” ya, saya menjawab, “ ermm sudah tainggal seminggu sahaja lagi cikgu, ada say tinggalkan buah tangan kepada semua guru geografi. Boleh digunakan umtuk pengajaran ICT nanti. Pengajaran geografi berbantukan komputer sebenarnya lebih menyeronokkan. Pada tiap-tiap meja saya kepilkan MEMO yang bertulis agar dapat merujuk slide (dengan izin) yang telah saya bina. Moga ilmu yang ada dapat dikembangkan (bak kata penyelia saya). Kepingin sabat berada di SEMESTA lagi. Rasa yang tidak sangka mula menerjah. Sudah tidak lama sahaja lagi. Hari ini juga saya agak kepelikan, n=bonda melihat buku Rekod pengajaran saya. Sebelum itu, saya ada masuk ke bilik beliau menyerahkan gambar-gambar program yang telah saya ambil. Tidak saya duga selepas saya keluar daripada bilik beliau rupanya beliau mengejar saya dan bertanyakan (dalam dialek kelate) “amar, jap ye. Mano nok tengok buku rekod, tulis ngan pen warna apa?” soal beliau. Makanya saya menajwab, owh bonda, saya guna pen hitam sahaja. Kenapa ya bonda? Lalu wajah tua ini berlalu pergi seraya menguntum senyuman tanpa membalas pertanyaa saya. Saya buntu? Apakah motof bonda begitu pelik? Hehe bergelak sendirian. Segala kenangan akan saya ingat sampai mati. Bonda Pengetua ibarat emak saya sendiri. sangat penyayang.sungguh terharu mendapat pengetua begini. Semua nay saya kepingin untuk bertemu lagi. Apakah nikmat keseronokan ini terakhir buat saya?? Doa ku Duhai RAbbul Izzati, kurniakanlah keseronokan ku berkerja ini sehingga ke akhir hayatku. Amin.
Ikhlas kata, semuanya saya kepingin untuk bertemu lagi!!!
P/S: saya rindu semua saat-saat indah di SEMESTA. Semoga ini akan terus terpahat di dalam ingtan dan memori!!
AMAR AL-BAKHTIAR BIN ABDUL RAHMAN
BILIK GURU SEMESTA
13/5/2011
0 comments:
Post a Comment