Pages

Saturday, May 14, 2011

KEMBALI SEMULA “BERSEKOLAH”

Bersekolah ibarat kata menatar ilmu. Menatar ilmu bagi kemajuan diri sendiri dan kebijakan. Tempoh praktikum sudah tidak lama sahaja lagi untuk habis. Sudah tidak lama lagi  untuk meninggalkan sekolah. Sekolah yang sangat saya sayangi. Saya melihat “persekolahan” semual saya ini akan memberikan ilmu ynag lebih kepadapenghidupan sebagai seorang muallim. Meneruskan persekolahan  di peringkat sarjana bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. Saya melihat pengajian di peringkat sarjana akan lebih mengajar kehidupan manusia berdisiplin dan bertanggung jawab. Pengajian diperingkat ini akan memperlihatkan bagaimana seseorang itu membahagikan masa antara kerjaya dan masa pembelajaran. Pembelajara di peringkat sarjana dan P.hD adalah ujian air mata, keewangan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana kematangan seseorang itu menempuhi pengajian yang nyata memberikan saribu satu pengalaman yang bermakna kepada kita. Kalau yang sudah beristeri, bagaimana untuk membahagikan masa dengan isteri dan anak-anak. Pengajian yang jelas menuntutu segala komitmen dan tanggungjawab setiap daripada kita yang ingin melanjutkan pelajaran. Saya memilih untuk menyambung pelajaran. Soal kahwin dan keseronokan yang lain saya ketepikan dahulu. Saya perlu mencari identiti dan kelebihan diri saya agar tampak berilmu dan boleh menyampaikan ilmu kepada yang lain. Saya nekad untuk menyambung pelajaran walaupun ketidakcukupan duit dan sebagainya. Duit simpanan rasanya mencukupi untuk membayar yuran pendaftaran dan yuran sem 2. Mungkin ini pengorbanan yang patut saya tempuhi. Pengorbanan yang dilihat menguji segala panca indera kita. saya masih lagi ingat kata-kata penyelia tesis saya semasa melakukan penyelidikan di peringkat sarjana muda dahulu. Katanya “ buat tesis ini adalah proses. Kita akan belajar pelbagai perkara dan ujian. Ujian yang pelbagai, menguji kemampuan manusia itu agar lebih matang di kemudian hari” saya mengangguk sahaja. Betul kata beliau. Kata-kata ini menjadi azimat kepada saya untuk lebih jauh kehadapan. Saya bukanlah seorang pelajar yang pandai, bahkan di bangku sekolah, saya bukanlah pelajar yang cemerlang dalam segala aspek. Begitu juga di Universiti, juga bukanlah tergolong dalam kalangan mereka yang merangkul anugerah diraja. Biasa-biasa sahaja!!. Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akan dapat mengubati sedikit hati ini agar tidak lagi dikenang begitu. Bukanlah seorang yang mengejar berbelas A dan bukanlah seorang yang bijak dalam dewan peperikasaan. Semoga ilmu yang bakal ditimba ini menjadi titik tolak kepada pembangunan diri sendiri.

P/s: penyelia saya berkata: peringkat pengajian sarjana dan P.hD bukan untuk orang yang pandai-pandai. Ianya khusus bagi orang yang sabar!!



AMAR
BILIK GURU, SEMESTA
TAPAH, PERAK.

0 comments: