Pages

Friday, July 1, 2011

Berdaftar!!


Alhamdulillah. Saya kini sah sebagai Pembantu Penyelidik! Hari ini juga agak huru hara. Semalam, saya (30/7/2011, khamis). Saya ke RMC (Research Management Centre) UPSI untuk saya dapatkan kad punch yang baru. Ya lah, sebermulanya bulan baru kena lah ambil kad punch yang baru! Tatkala itulah saya dimaklumkan Julai ini bermula nya penggunaan Kad Pintar! Wah, bunyi nya seperti sofistikated! Dan pagi ini saya berpagi-pagi lagi berwisata ke RMC untuk dapatkan kad pintar. Saya bersama sahabat saya, saudara Luqman. Alhmdulillah, walaupun terdapat sedikit kekalutan, saya dapat juga Kad Pintar tersebut. Sebelumnya Luqman dapat dahulu daripada saya kerana beliau mendaftar  awal sebagai pembantu penyelidik.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

Semasa menggunakan kad Punch dahulu, memang bermasalah! Hari yang saya punch kadang-kadang di awalkan 3 hari daripada tarikh saya punch atau bertindan atas tarikh yang sebelumnya. Sangat sakit hati. Dan kini adanya kad Pintar yang baru ini, hanya perlu ‘swap’ sahaja. Mudah. Hanya perhatikan nombor matrik pekerja yang tertera (nombor pekerja saya ialah PPP 340) dan perhatikan In (masuk) dan Out (keluar) waktu kerja. Senang. Semua rekod masuk dan keluar di rekodkan secara berkomputer. Telus dan adil!

P/s: Tepatilah waktu kerja dengan seamanah yang mungkin. Rezeki yang kita terima adalah dibayar pada setiap waktu yang kita kerja. Amanahlah. Dengan duit ini kita berikan pada adik-adik dan keluarga kita. dan dengan duit inilah kita belanja. Biarlah ada keberkatan! J


Ini kad pintar saya. Sekadar perkongsian!

 Kad sementara. masih kontrak!!






Sekadar itu daripada saya. Salam permisi.

Amar
Tanjong Malim, Perak.

0 comments: