Pagi ini, 7 Julai 2011 saya berada dalam mood tekanan. Emosi agak kurang stabil apabila keseilapan lahir daripada diri sendiri! diceritakan, pagi ini saya menyambung penulisan tesis sarjana, BAB 1. Menyambung penulisan sekitar 10 hingga 13 muka surat pagi ini. Apa yang berlaku adalah, niat di hati ingin simpan (save), lalu saya menekan butang ctrl+A. Kod ini langsung tiada kaitan, patutnya ctrl+S!! lalu saya menekan shift dan save kembali! Arrrgghh!! Sungguh saya tertekan dengan apa yang terjadi pada pagi ini. Saya kena menulis kembali apa yang telah saya perah selama seminggu! Sungguh saya tertekan! Untuk memulakan penulisan BAB 1 kembali adalah amat sukar bagi saya. Saya terpaksa membaca kembali jurnal-jurnal orang putih dan menterjemahkan kembali. Data-data yang telah saya ambil ranap semuanya! Arggh!! Huh. Saya amat pantang kalau buat kerja yang sama dua kali. Tapi inilah hakikatnya! Saya terpaksa menulis kembali, memerah segala otot-otot benak ini agar dapat gantikan kembali penulisan saya. Sungguh ini silap diri sendiri! apa yang saya paling kisah adalah SAYA TERPAKSA MENULIS PERKARA YANG SAMA DUA KALI!! DUA KALI!! AMAT BERAT BAGI SAYA UNTUK LAKSANAKANNYA LAGI. APA YANG PALING JELAS, MASA AKAN TERBUANG BEGITU SAHAJA! ARGGGH! SUNGGUH TEKANAN! Apa pun, penulisan wajib di teruskan. Sungguh ini cabaran buat saya. Eerrgghh!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
P/s: Untuk entri saya yang dibawah, sungguh sakit hati apabila saya membacanya kembali. Entri di bawah baru sahaja saya tulis kelmarin. Dan hari ini bala ini menimpa saya. Argh! Apalah nasib. Ini dugaan bagi orang yang menimba ilmu. Bukan Sesuatu perkara yang mudah! Penulisan di peringkat sarjana tidak seperti sarjana muda. Penulisan yang saintifik. Semuanya mesti dikodkan. Bilamana kena kod kena lah baca! Dan Alhmdulillah, pagi ini, dikala saya tekanan, Penyelia saya menenangkan hati. Katanya ‘ Awak tak boleh buat macam tun, kena back up lain kali’. Huhu saya tenang dan redha menerima ketentuan ini. Huhu. Apapun saya kena menulis kembali! Selang beberapa ketika saya diajak oleh penyelia makan roti canai di Restoran Teko Mas, depan kampus. J
Amar
Tanjong Malim,UPSI
7/7/2011-Tarikh paling saya ingat. Kecelakaan yang membuatkan saya geram!! errgh!
0 comments:
Post a Comment