Alhamdulillah. Syukur kerana masih lagi bernafas dan dapat menghela kesegaran oksigen yang nyaman kurniaan ilahi. Sedikit kesibukan yang melanda tatkala kini sudah berkerja (walaupun kontrak sahaja). Penulisan Tesis sarjana telah pun bermula. Baru minggu ini dapat dimulakan dengan baik dan sempurna. Agak letih juga otak bilamana mula menterjemah jurnal-jurnal para ilmuan dari negeri orang putih yang tinggi-tinggi bahasanya. Nilai jurnalnya pasti jua tinggi. Di Negara sana, penulisan ilmiah sudahpun menjadi kelaziman. Perkara biasa apabila menulis dan terbitkan dalam jurnal. Untuk siapa? Untuk para masyarakat hari ini untuk membacanya. Kini penulisan bab 1 hampir selesai. Alhamdulillah, kekuatan semangat menyambung pelajaran. Memetik kata-kata penyelia saya, menyambung pelajaran diperingkat siswazah ini betul-betul menguji kesabaran dan mengajar erti mencari ilmu. Satu demi satu say abaca dan teliti jurnal yang dicari di internet mahupun yang sudah saya lazimi di UKM. Bahan bagi kajian saya kali ini mudah untuk diakses. Nodalitinya tinggi!!. Kata bahasa Geografi Pengangkutan. Semoga penulisan bab satu ini akan dapat saya sudahkan dalam minggu ini juga. Target saya, sebelum penempatan guru, bab satu, du adan tiga harus lengkap dan dimurnikan lagi. Agak bimbang akan kesibukan di sekolah nanti ini akan melenakan tesis yang belum lagi lengkap. Semoga semangat ini terus berkobar-kobar. Sekarang masih berkobar-kobar. Berkobar-kobar menatar ilmu kala keewangan pun belum teguh. Ini sebetulnya mengajar kit erti menghargai sebuah ilmu. Perit jerih manatar ilmu kala keewangan masih meminta-minta! Inilah pengajaran yang paling berharga yang seharusnya kita kutip. Semoga Allah tetapkan niat ini dijalan yang betul. Susah-susah dahulu. Senang kemudian. Ameen. IsnyaAllah.
P/s : BAru-baru ini semasa sibuk mencari bahan literatur, saya ada terbaca satu tesis yang di tulis oleh Julia stevens. Ini tesis atas talian, Durham E-Theses. Tajuknya cukup baik dan bernas. A sustainable journey to school: global issues, local places, children’s lives. Agak terpanah bila melihat tajuk ini. Bila di teliti dan difahami, ia ditulis oleh seorang pengkaji kualitatif. Model kajiannya boleh di jadikan kerangka utama bagi tajuk tesis P.Hd saya!! Tajuknya juga berkaitan dengan geografi pengangkutan! Tajuk ii juga telah saya usulkan kepada penyelia saya. Sambil tersenyum dan tergelak kecil beliau berkata ‘owh bagus tajuk itu!!’. Saya senyum. Mungkin ini antara tajuk pilihan bagi kajian P.hD saya. Heheh ini berangan namanya! Apapun, ia mesti bermula dengan angan-angan yang besar, kehendak yang besar, usaha yang besar-besar-besar dan kesabaran yang besar kuasa dua, agar nanti kejayaan yang diinginkan dicapai dengan jayanya kelak! Amen J
0 comments:
Post a Comment