Pages

Wednesday, August 17, 2011

Alhamdulillah. Rezeki Aidilfitri. Indah. Apa adanya.


Tanggal  17 OGOS 2011. Rabu. Nuzul Quran.

Alhamdulillah.  Kalimah yang paling tepat wajar terpacul daripada mulut sang manusia apabila mendapat nikmat pemberian daripada Allah SWT. Apa adanya kita di dunia ini adalah pinjaman semata. Semuanya pinjaman. Sama juga jika membayar zakat fitrah. Duit yang menebal di dalam poket dan dompet tuan-tuan hanyalah pinjaman semata. Sebab itulah kita di perintahkan untuk mengeluarkan zakat. Membantu orang yang wajib mendapat zakat. Inilah sang kaya menolong sang fakir. Mereka tiada punya apa! Bantulah walaupun sekecil mana pemberian. Dan apa yang kita berikan Allah lipatgandakan lagi. Saya bacakan firman Allah SWT yang berbunyi ‘Lainn Syakartum La Azi dannakum, wala Innn Kafartum Inna azabinlasyadid’ Maksudnya, syukurlah, Allah akan tambah lagi nikmat ke atas kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab allah amatlah pedih. Inilah janji Allah. Janji allah tidak satu pun pernah di mungkir. Kita buat maka kita dapat.  Inilah yang dikatakan sebagai bayaran Allah kepada umatnya yang taat dan zuhud padanya. Saya bukanlah seorang yang sesempurna manapun. Cukup pada kadar ini mengingatkan saya tentang janji Allah yang di janjikan. Hari ini. Rezeki melimpah ruah. Bagaimana sebuah perancangan Allah yang maha kuasa memberikan rezeki buat umatnya. Saya yakin. Rezeki ini datang daripada zakat yang saya keluarkan. Saya yakin dengan janji Allah pada umatnya. HAri ini, saya mendapat rezeki yang diturunkan melalui seorang HAMBA ALLAH ini. Tiada satu pun orang dalam dunia ini (pada andaian saya) memiliki 2 pasang baju melayu pada aidilfitri yang sama. Sebelum ini entri saya ada memuatkan berkenaan kisah sepasang baju melayu yang saya dapatkan melalui duit gaji saya. Hari ini orang memberi  sagu hati pula (saya tidak sebutkan sedekah dan zakat kerana saya tidak layak untuk mendapat sedekah dan zakat, saya berkerja!). Sepasang  baju melayu dan sehelai  kemeja Kasual lelaki. Saya menerima pemberian beliau dengan perasaan yang penuh bercampur baur! Tiada dapat saya ungkap perasaan yang terbuku di hati. Terharu, gembira semua ada. Pada mulanya, saya berjanji dengan beliau untuk ke rumah beliau untuk ‘snap’ gambar naknya yang baru sahaja kelahiran. Alhamdulillah. Sudah cukup 5 HERO di rumahnya! Aman dan tenteramlah usratie ini sebab ramai lelaki yang akan menjaga keamanan rumah tangga ini. Penyeri kehidupan!! Hehe. Saya di ajak untuk mengikuti beliau sesudah saya sampai di rumah beliau. Dan semasa di dalam kereta beliau memaklumkan niat murnianya ini. Saya terkejut. Saya memikirkan sudah banyak di beri bantuan dan kemudahan sepanjang berada di bumi murabbi ini. Ini mahu member sagu hati pula! Saya amat berat untuk memikul. Mahu menolak? Saya sudahpun berada di dalam kereta dan tayar sudahpun meluncur laju menuju ke pusat membeli pakaian! Ah kata hati. Apa saya mahu buat. Kata beliau dengan nada bersahaja ‘ Ala taka pa amar, benda kecil sahaja ni’. Saya bermonolog, kecil pada beliau, tapi ini amat besar bagi saya!! Sanagt besar. Sudah banyak di belanjakan. Semahunya! Saya sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Sampai di pusat pasaraya. Saya melangkah longlai masuk. Di dalam fikiran sudah banyak yang saya fikirkan. Banyak saya fikir. Ya Allah. Apakah ini rezeki aku. Tapi sudah terlampau banyak yang telah saya terima. Bantuan, duit, kemudahan kerja. Banyak! Dan ini pula busana Aidilfitri! Beliau pun banyak tanggungan. Saya memikirkan. Buntu!! Beliau dengan nada bersahaja menegur dan berbual dengan saya. Tapi hati dan otak ini di sudah tidak mampu untuk memberi  tafsiran. Di unjuk kesana  dan kemari busana-busana nya. Saya malu dan tidak tahu perasaan apa yang hadir pada waktu itu. Saya sudah mengaggap beliau seperti abang saya. Dan seperti yang saya jangkakan, beliau berkata ‘ awak ambil sahaja, apa-apa yang awak nak, tidak usah gusar pada harga’. Ahh. Kata hati. Saya semahunya tidak mehu memilih apa-apa. Tapi bila memikirkan  saya sudah sampai ke pusat pakaian atas maksud untuk membeli pakaian. Maka saya turutkan jua. Apa daya saya. Saya memilih. Ya Allah. Saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Mahu menangis semahunya pun ada juga kerana terharu. Sebetulnya beliau mahu membelikan saya sepasang baju melayu. Sebelumya saya ada memaklumkan yang saya sudah punyai baju. Tapi tidak di endahkan juga! Soal hati ‘ bagaimana untuk harus saya menolak?’ gusar! Saya tidak mahu menyusahkan orang. Terutamanya beliau. AMAT banyak pertolongan yang di berikan. Sungguh saya tidak pernah jumpa manusia sebaik dan pemurah sebegini!! Akhirnya, saya memilih sehelai Kasual Coklat muda. Dengan harapan bias menenangkan beliau. Tapi alat artikulasinya masih menyebut ‘saya sebanarnya nk beli baju melayu kat awak, tapi awak kata dah ada dah’. Maka saya menyanggah ‘ yela, takkan lah saya nk pakai baju melayu dua helai kan’. Saya dan beliau tergelak kecil. Saya rasa seperti sudah selamat! Saya menaiki kereta BESARNYA. Kataya. ‘ baju melayu saya pun tak ada lagi, yang anak-anak dan isteri sudah selesai. Tinggal untuk saya sahaja. Ujar beliau. Tema warnanya tahun ini ‘warna merah hati’. Katanya, ‘ kita ke pecan lah sekejap, saya mahu cari baju melayu’. Saya turutkan jua. Sesampai di pekan bumi murabbi. Saya keluar dari kerata dan berjalan bersama-sama. Sampai di kedai yang mungkin agak familiar bagi beliau. Saya melangkah masuk. Beliau mula bertanya-tanya tentang warna merah hati. Dan saya menolong beliau memilih. Dan semasa memilih berlansung, ditanyakan lagi  ‘awak nk tak baju melayu, saya belikan? Sebenarnya saya mahu bagi baju melayu pada awak’. Ya Allah. Apalah dugaan ini. Kata hati. Amat berat. Saya hanya mampu tersipu-sipu dan menggelengkan kepala sahaja. “ tak payah lah. takpe-takpe. Saya kan dah ada baju melayu. Beliau berkata lagi  ‘awak nak tak? Jangan malu dengan saya. Sebab saya dah niat dah nih’. Saya tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dipilihnya saya baju melayu. Tiga warna. Dan beliau berkata ‘awak dah ada kan yang warna hijau?’. Maka hati saya terdetik. Baju melayu saya pakai pun beliau ingat! Saya terharu. Semahunya!!. Saya tidak dapat kata apa-apa. Bajunya sudah dipilih. Saya amat malu pada waktu itu. Tidaklah saya dapat gambarkan. Sungguh hati ini tersentuh. Kata beliau ‘awak dah banyak bantu saya,amik din (anak beliau) di sekolah dan seumpamanya’. Saya berkata ‘tidak ada pa pun, biasa sahaja tu. Di rumahpun adik-adik saya memang saya sahaja yang ambi. Bagi saya itu biasa sahaja. Dan beliau tetap dengan kata-kata beliau. Saya mendengar. Bagi saya,itulah salah satu bantuan yang dapat saya berikan. Saya tidak mampu kalau menolong daripada aspek lain. Biasa sahaja. Apapun. Saya memilih dan menurut kehendak beliau. Jelas terpancar wajah puas dan gembira daripada wajah beliau. Saya menerima dengan hati yang penuh rasa malu dan terharu. Tidak pernah seorangpun memberikan hadiah sebesar ini semasa aidil fitri. Yang biasa-biasa adalah!. Mencuba baju melayu. Juga beliau lihat dan menilai. Katanya ‘ok dah nih, macam mana tangan (labuh). Owh ok dah tuh’.  Dan saya tersipu malu! Saya menggapai beg plastiik hijua yang berisi baju. Lalu saya ucapkan ‘ Terima kasih banyak-banyak! (saya sengaja tidak sebutkan gelaran beliau disini). Saya mengikuti beliau ke rumah untuk mengambil gambar anak kecilnya. Nama anaknya Muhammad Mujaahid bin *****. Indah apa adanya dnegan maksud anak ini. Saya mengambil gambar. Di sambut riang oleh isterinya yang baharu sahaja bersalin. Saya agak ramah dengan keluarganya. Ibu beliau juga ada di rumah. Menjaga pantang menantu agaknya!! Alangkah bahagianya orang yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak erta keluarga mentua!!. Selesai megambil gambar saya pulang. Dalam perjalanan pulang. Banyak yang saya fikirkan. Saya anggap sahaja  ini sebagai lipatan memoir dan kenangan saya di bumi  Murabbi ini. Tiada apa yang dapat saya ungkap. Cuma, saya titipkan  doa saya pada keluarga beliau:

Ya Rabbi, Lanjutkanlah usia hamba mu ini (beliau) dan keluarganya, tambahkanlah rezeki dan  nikmat kesenangan duniawi dan ukhrawi kepadanya agar dapat terus taat segala perintah dan larangan MU ya Allah. Sesungguhnya, engkaulah Tuhan yang maha pemurah dan mempunyai kuasa terhadap segala kejadian. Ameen.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
P/S: Alhamdulillah. Syukur dengan pemberian MU. Semoga dengan maksud ini akan dapat di jadikan teladan yang baik untuk diri ini. Diri ini tiadalah sesempurna manapun. Rezeki dari MU yang terebntang luas. Syukur kerana mengenali orang yang banyak memberikan tunjuk ajar. Mengajar dan mendidik. SubhanAllah.

Dibawah ini ada saya potretkan foto-foto baju yang di berikan. Syukur Alhamdulillah!! 

Warnanya Ungu. Saya bersyukur.

Jahitan juga kemas. Seperti baju yang ditempah juga!!

Ini kemeja kasual. Pada mulanya saya memng memilih baju ini supaya 'selamat'.
Bila mana kehendak beliau untuk berbaju melayu, apakan daya, saya turuti juga. 
Serius. Amat segan.Tidak terkata apa-apa tatkala itu!!

Belakang. Ini bukan blog mahu jual baju raya ya!!

Jenama 'Snail' (siput). Dulu baju ini saya lihat mahal (bagi saya lah). 
Hari ini kelihatan murah pula berbanding dengan apa yang saya lihat terdahulu. 
Zaman mungkin berubah!!

Dan inilah cahaya mata beliau. Hero juga!!. ini yang ke lima. 
Nama di beri dulu, kini dan selamanya adalah
Muhammad Mujaahid Bin *****
Semoga potret ini akan dapat di jadikan kenangan, diunjuk rasa pada Mujaahid apabila besar kelak! 
"anak ku, sewaktu kaki mu sebesar telapak tangan ayah dan ibu mu, inilah potret lakaran ilahi, cukup sempurna ciptaan Allah. Berkat doa dan tawakkal pada NYA. Moga-moga anak ini menjadi seorang insan yang bertaqwa dan taat pada ibu bapa. Dan janganlah sesekali engkau mengucapkan 'uh' dan memaling kan muka bengis mu kerana pada ayah dan ibulah permulaan Mu di dunia ini  duhai Mujaahid
Ameen..

Bertambah lagi suriat dan rezeki beliau. 
Anak ini bakal profesor kelak!! InsyaAllah.!!Amenn.

Ke mana jatuhnya kuah kalau tidak pada nasi juga! hehe

Sekian. Lakaran sebuah perjalanan hidup. 
Mencoret kenagan indah kala hayat di kandung badan.

Amar
Tanjong Malim.
Pejabat.




0 comments: