Pages

Sunday, August 14, 2011

Busana Aidil Fitri. Indah apa adanya. Alhamdulillah.


Terima kasih kepada yang memberi!!
Tanggal  15 Ogos 2011. Isnin.  Pagi yang indah nan permai!!

Alhamdulillah. Mata yang segar dan ceria membuka hening pagi untuk mengemaskini blog yang kadang saya rasa sudah lama tidak membukanya atas beberapa kekangan (pertama, wifi di kolej yang lambat menjadikan proses ‘loading’ mencabar kesabaran saya, kedua agak kesibukan dengan tanggungjawab, melunaskan mana yang lebih aula dahulu. Sudahnya blog pun terabai! Walaupun baru dua hari saya tidak membuka laman ini). Terdahulu, saya ada juga merayau-rayau di pekan Tanjung Malim. Merayau sambil melihat pemandangan manusia di kota Murabbi ini. Bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan, duit gai untuk bulan 8 masuk tepat pada apa yang saya jangkakan. Apa pun, jika ke mana-mana kedai (tatkala ramadhan ini), lagu hari raya sudah pun berkumandang walaupun pada hakikatnya aidilfitri lambat lagi!! Mereka ini amat ‘gembira’ menyambut syawal barangkali berbanding ramadhan yang mulia ini! Sana-sini berdentam dentum kerincing lagu raya bergema! Kadang-kadang  terfikir juga apa kah ini merupakan strategi yang di gunakan oleh pekedairat (merupakan istilah baru yang saya reka bagi mereka yang gila berniaga) untuk mengaut keuntungan! Biarkan sahajalah . Kerana dengan cara  ini mereka mencari rezeki. Saya juga mencari rezeki. Berkat duit gaji kali ini saya manfaatkan untuk menjahit baju melayu. Seblum ini  semasa saya berpraktikum di SEMESTA, ada seorang ustazah menghadiahkan saya selembar kain. Kain yang saya fikir boleh di jadikan busana beraidil fitri.Kain yang indah warnanya. Kain yang di berikan kepada saya berwarna oren. Kata beliau, warna oren sesuai dengan orangnya yang ceria! Tergelak saya seketika. Apa pun saya amat berterima kasih pada ustazah. Hampir terlupa untuk saya sebutkan nama penuhnya, Ustazah Norhana. Orang tapah (jika salah betulkan saya!). saya menerima dengan hati yang terbuka. Sebelumnya saya tidak tahu yang itu merupakan kain. Setelah saya buka kotak pemberiannya di rumah, makanya tahulah saya ia merupakan kain. Saya terdetik untuk jadikan kain ini sebagai Baju Melayu di Aidil Fitri kelak. Saya bawakan kain ini ke Tanjung Malim semula (sebelumya kain tersebut saya buka kotaknya di rumah). Tujuannya adalah satu. Saya ingin jahit kain ini dan jadikan ia sebagai baju melayu! Saya kembali semula ke kampus menguruskan kerja saya dan mencari bahan kajian sarjana. Sempat saya ke kedai jahit di  Pekan Tanjong Malim. Pada waktu itu bulan 6 lagi. Saya hantar awal. Agar tidak berebut pada ramadhan. Orang mesti berpusu-pusu ke kedai jahit untuk mengahantar tempahan baju! Saya hantar awal agar baju dapat saya ambil awal tidak lah berebut macam kana-kanak! Alhamdulilah. Setelah Dua bulan saya tinggalkan kain di kedai jahit tersebut (orang cina yang jahit baju melayu, jahitannya kemas!!) ianya siap sepenuhnya. Terima kasih ustazah bagi kain ini. Sebelum ini tidak pernah walau seklaipun saya memerima pemberian kain daripad mana-mana pihak. Saya jahit kaia ini jadikan baju melayu agar pada setiap seulaman benangnya akan terselit seputar kenangan saya di tapah. Apa pun saya berterima kasih!! Kini baju ini sedia sedia untuk saya kenakan di pagi syawal kelak!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S:  SAya bersyukur pada MU ya RABBI. Alhamdulilah. Saya diberikan rezeki dan masih lagi  mampu menikmati nikmat rezeki ini dengan sempurna. Apa pun saya tidak lupa pada mereka yang masih lagi tiada punya apa-apa untuk ramadhan dan syawal kelak! Fikirlah, meraka yang tida punya itu berhari raya sungguh dalam keadaan yang sungguh naïf dan daif. Ingatlah, apa adanya busana yang kita pakai di aidil fitri ini merupakan rezeki punjaman semata. Hanya sementara. Besyukurlah apa adanya. Jangan berlebih-lebihan. Firman Allah ‘ Waqulu washrobu Wala tusrifu. Innahu la yuhibbul musrifin  (Al A`raaf : 31) yang bermaksud  makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Saya tegaskan lagi dengan firman ALLAH dalam surah Al-Israk ayat 27 yang berbunyi ‘Innal mubazziiri naka nu ikhwana sya ya tinn.  Wakana syaitonu lirabbihi kafura. Maksudnya, Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah ingkar kepada tuhannya.  (Jangan membazir untuk aidi fitri, walaupun setahun sekali, nikmatilah aidil fitri dengan penuh kesyukuran dan tawadhuk!) Ingatlah juga kepada mereka yang tiada punyai apa-apa!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya potretkan sedikit foto untuk tatapan para warga blog sekalian. Inilah apa adanya. Alhamdulillah.

Saya (besama kamera DSLR) dan di sebelah  kiri saya adalah Ustazah Norhana. 
Potret ini dinukilkan pada hari guru, 15 mei 2011. Inilah wajah beliau. Banyak ilmu dan pengalaman sambil timba daripada beliau. beliau merupakan GC (Guru Cemerlang ) Pendidikan Islam SEMESTA!!
Semoga kecermelangannya juga saya warisi untuk tatapan nusa di hari esok! Terima kasih ustazah atas pemberian. Akan saya kenakan busana Baju Melayu yang sudah siap pada pagi syawal kelak!
SAngat bermakna!

Dan saya muat naik juga beberapa keping gambar baju melayu yang telah siap. 
Saya potretkan juga. Sebagai kenang-kenangan!

Potret penuh!

Sepasang busana baju melayu di aidil fitri, lengkap bersamping dan bersongkok! Alhamduliilah.

Bagi saya, jahitannya amat kemas. Kain ini tersangatlah licin. Dan pada setia ulir benang yang di jahit pada bahagian-bahagian yang sulit, tiada kedut dan benang yang kendur. Semuanya sempurna!! 
alah bisa tegal biasa!

Saya akan selalu mengrahkan 'tukang jahit' untuk hitamkan kolar sebelah dalam agar tidak nampak kesan kotoran peluh apabila selesai di pakai!!


Alhamdulillah!! J


0 comments: