Tanggal 22 Ogos 2011. Isnin.
Alhamdulillah. Panjat kesyukuran pada yang maha pencipta. Agung pemberiannya. Hari ini rezeki melimpah ruah lagi. Rezeki Ramadhan. Sungguh diri ini amat bersyukur. Walaupaun dianggap seperti kebiasaan tetapi bagi saya yang kerdil ini cukup dan amat berharga.Pagi ini saya di jemput oleh seorang lagi pensyarah yang namanya mungkin saya tidak sebutkan disini. Beliau memohon bantuan daripada saya untuk mengkodkan data mentah ke dalam sistem SPSS. Sudahnya, saya menerima pelawaan (saya namakan beliau sebagai En M) dengan hati yang penuh ikhlas dan terbuka. Melihat kepada permintaanya seperti memohon bantuan yang amat sanagt amaka say amenerima dengan hati yang terbuka. Beliau menetapkan bayaran RM 1.00 untuk satu soalan soal selidik. (kalau ikutkan bayaran sebenar adalah RM 1.50, atas kapasiti menolong saya terima sahaja dan saya anggap ini adalah rezeki!syukur). Sebanyak 300 helai soal selidik yang perlu saya kod kan. Beliau juga meminta bantuan saya untuk memberikan pandangan tentang corak analisis korelasi pada data SPSS yang bakal saya kod kan. Ujar beliau ‘saya juga ingin meminta bantuan amar, untuk cadangkan kepada saya soalan mana yang boleh di buat korelasi’. Saya tersenyum lalu berkata ‘ En M, saya tidak adalah pandai mana pun, kalau diajak berbincang dan mengenalpasti soalan yang boleh di korelasikan tidak menajdi masalah, InsyaAllah, saya menolong mana yang patut. Saya juga masih belajar!’. Beliau tergelak dan saya juga tergelak kecil. Dalam hati penuh rasa syukur. Mungkin dengan duit ini akan saya simpan untuk bayaran yuran sarjana dan sedikit duit hari raya untuk adik-adik. Mereka tiada punya!. Ya Allah. Hambu Mu sangat bersyukur atas pemberiannMU! Insya Allah, jika tiada aral yang melintang akan saya cuba hantar salinan yang sudah di kod kan ke dalam sistem SPSS sebelum saya balik pada 24 Ogos (Rabu). Moga-moga saya diberikan kekuatan fizikal dan mental. Buat di masa lapang! insyaAllah.
P/S: Saya yakin dan percaya, ini adalah rezeki yang Allah lipat gandakan daripada wang zakat yang saya bayarkan tempoh hari. Allah gandakan berlipat kali ganda daripada sekelumit yang saya infakkan! SubhanaAllah.
Amar
Pejabat. Tanjong Malim.
0 comments:
Post a Comment