Tanggal 29.9.2011.Khamis.
Melihat pada entri pada kali ini cukup klise. Biasalah. Bila kita yang menjadi maharaja yang berkuasa, maka kita mempunyai autoriti untuk memperguna atau diperguna. Kedua-dua bentuk ‘penjajahan’ ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh orang-orang yang tertentu untuk meraih sesuatu yang dihajati. Matlamat juga satu. Mahu pangkat dan kedudukan. Bahkan duit dijadikan doktrin utama dalam meneruskan kesejahtaraan hidup. Maka orang yang diperguna ini pula yang ditindas.Seperti ditindas, mungkin ini pada kaca mata orang lain. Empunya diri mungkin berada dalam keadaan yang boleh saya andaikan sebagai ‘nak diluah mati emak, dan nak ditelan mati bapak’. Mana tidaknya, menerima segalanya bulat-bulat dan akhirnya dikambing hitamkan juga! Mungkin oleh situasi yang secara semantiknya dapat saya katakan juga sebagai ‘tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan ditangan’! apa pun. Ada sahaja alasan yang mungkin ditakwil. Dan adakalanya member tekanan kepada orang-orang yang berada di bawahnya! Memberi tekanan agar kerja yang dihasilkan adalah berkualiti dan mengikut piawai yang diinginkan. Saya kurang bersetuju dengan cara dan metodologi yang digunakan. Secara jelas menunjukkan memperguna orang lain sebagai medium untuk meraih kemewahan dan kesenangan. Saya terpanggil untuk menulis kerana apa yang terjadi adalah didalam pengetahuan dan sempadan yang berhampiran dengan saya. Bangun dan bangkitlah dengan acuan sendiri tanpa perlu memerah keringat orang lain bagi kepentingan diri. Syukurlah dengan apa yang kita ada. Bila saya teliti semula, maka betullah sebagai mana orang tua-tua pernah berkata, kalau apinya besar maka besarlah periuk nasi tanaknya dan sebaliknya. Semakin besar kita dikejar hambatan wang, maka semakin besar keinginan kita untuk memiliki sesuatu. Ini juga di kenali sebagai kualiti hidup demi mencapai kesejahteraan sosial yang tinggi. Memenuhi setiap tatatingkat yang pernah dahulu diutarakan oleh Abraham Maslow (teori Maslow) yang menjelaskan manusia mempunyai beberapa keperluan yang perlu dipenuhi dan seumpamanya. Pada saya mungkin besar api nasi tanaknya memungkinkan besar juga periuk nasinya. Tapi isinya ke mana?? Kalau sekadar besar periuk nasi dan isinya entah ke mana, maka saya kira hamba allah ini sudah melakukan suatu pembaziran dan mungkin apa yang diperolehnya tidak berkat. Hilang begitu sahaja. Inilah yang dikatakan sebagai ‘politik kroni’. Semoga apa yang saya nukilkan ini memberi manfaat dan pengajaran buat saya dan sekaliannya. Amenn.
P/S: Saya kira jika ulil amri itu orangnya jujur, maka jika diberikan amanah seguni beras pada rakyatnya, maka WAJIB lah ia dibabagikan sama rata sebagaimana ia diperoleh. Dan jika sebuah negeri mendapat gandum, beras dan susu, maka ulil amrinya juga hendaklah membahagikan pada semua bahagian yang ada itu pada rakyatnya. Ingatlah, diakhir nanti kamu akan disoal tentang kepimpinan dan orang yang dipimpin kelak!!
Apabila pangkat dan wang ringgit menjadi kiblat! Deru angin walau menyapa sekalipun tidak dihebat!
Amar
Teratak Damai. Ketoyong.