Tanggal 21.9.2011. Rabu
Adat belajar. Biasalah. Di tegur dan akur dengan teguran. Sebelum ini saya telah menyiapkan bab satu disertasi sarjana saya. Lama sudah saya peram di dalam computer usang saya ini. Bab satu siap dalam pertengahan bulan julai. Saya siapkan disamping menyaipakn kajian Geran Penyelidikan Universiti. Saya ada menyuarakan untuk di serahkan pada penyelia, beliau sibuk dan saya meneruskan penulisan kajian GPU. Tanggal 19.9.2011 penyelia saya meminta untuk membaca laporan bab satu kajian sarjana saya! oh agak keributan. Saya masih lagi belum mengubah keselurahan isi dan belum masukkan data yang telah saya cari sebelum ini. Apa adanya, saya serahkan sahaj apa yang ada. Saya rasakan akan ada ‘jaluran dan garisan merah-merah pada makalah ilmiah itu’. Inilah adat belajar. Belajar dan di tegur. Kena akur. Kalau di tegur dan masing-masing berlagak pandai dan menegakkan hal sendiri sampai bila kita akan maju. Agaknya mungkin pelajar yang seperti ini tidak akan dapat ilmu yang di harapkan dan apa yang pasti mungkin panel viva pun dibangkang! Ini tidak mustahil. Dalam menuntut ilmu perlulah ada perasaan merendah diri dan sifat ingin belajar. Semalam saya menerima khidmat pesanan ringkas daripada penyelia saya. Ayatnya sama seperti saya belajar dengannya semasa ISMP dahulu. (ISMP= Ijazah SArjana Muda Pendidikan). Saya melihat komennya. Sama seperti dahulu. Bunyi nya begini
SMS berdering dengan bunyi kambing mengembek. Lalu saya buka punat kekunci untuk melihat mesej yang di hantar lalu tertera ayat sebegini.
‘Salam. Saya sudah baca proposal awak. Konsep aksesibiliti masih kabur. Ayat kurang mantap dan data bilangan pelajar luar Bandar tidak di masukkan.’
dan dalam pada itu saya mula tersenyum.Syukur! kata hati. inilah proses!
Menerima SMS ini dengan hati yang lapang. Inilah adat belajr di peringkat sarjana. Penyelia sebagai guru dan juga kawan. Saya melihat ini merupakan permulaan yang baik. Dan semalam. saya di telefon oleh beliau dan ingin memberikan draf bab satu yang telah siap ‘diconteng’. Saya menerima makalah itu di tepi jalan sahaja. Dan jelas kelihatan beliau sangat letih. Mungkin memandu terlampau jauh. Dari nun shah alam balik ke tanjung malim. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau. Saya amati dan menilai komen-komen yang di berikan. Saya tersenyum. Dalam hati terdetik ‘adatlah, inilah proses’. Saya melihat komen-komen yang diberikan cukup jitu dan mengena. Semoga ini akan dapat di jadikan panduan supaya penulisan semakin mantap. Dan hari ini, sedang dan cuba untuk membaiki kesalahan yang di lakukan. Semoga ini akan memberikan pengajaran dan ilmu yang baharu buat saya. Amenn. InsyaAllah.
P/S: Saya amat teruja mencari bahan dengan menggunakan kaedah ‘google scholar’. Banyak bahan-bahan yang berkait yang saya temui. Data-data dalam jurnal juga banyak! Semoga ini akan dapat membantu dan memantapkan lagi kajian! Amen.
Saya sedang tersenyum sewaktu menulis entri ini!
0 comments:
Post a Comment