Tanggal 20.9.2011. Selasa.
Alhamdulillah. Saya masih lagi di berikan kekuatan pada hari ini. Meneruskan sisa perjuangan di kamar ilmu. Hari ini masih lagi mencari bahan dan mula menulis bab dua. Pada masa yang sama saya menolong penyelia menguruskan hal-hal harian. Pada masa yang sama ada juga yang datang ke bilik beliau untuk membeli buku. Saya jual sahaja! Adik-adik yang baharu sahaja di tugaskan untuk membuat cadangan penyelidikan sarjana muda. Maka memerlukan tongkat untuk berjalan. Penyelia saya menyediakan tongkat tersebut dan ia harus di beli! Berpusu-pusu datang ke kamar ilmu ini mendapatkan buku. Harapan saya gar mereka gunakan buku tersebut sebaik mungkin. ilmu di dalamnya tidak ternilai! Dan petang ini sambil sahaja baharu lepas keluar minum-minum bersama sahabat, saya menerima makalah dan kuras perkongsian perjalanan penulisan kajian sarjana. Oh terpana saya melihat! Jangka satu tahun sahaja. Dna inilah yang saya inginkan. Bersama dengan ini saya nukilkan bersama cadangan dan perancangan yang Wajib di patuhi agar penulisan kajian terpandu dan berkesan.
Jadual 1: Perancangan penulisan kajian Sarjana
BIL | BULAN | Perancangan/Aktiviti Penulisan Sarjana |
1 | September | Rangka Cadangan Penyelidikan |
2 | Desember | Bentang Cadangan Penyelidikan |
3 | Januari 2012 Hingga Ogos | Penulisan dan pengumpulan data kajian. |
4 | September 2012 | Draf akhir (bab satu hingga Lima) |
5 | Oktober 2012 | Penyerahan Disertasi kajian kepada IPS untuk VIVA |
6 | Disember 2012 | Viva |
7 | Januari 2013 | Penyerahan Disertasi selepas pembetulan |
8 | Januari/Februari | Pengesahan Senat |
9 | Mac/ Ogos 2013 | Konvokesyen |
10 | September 2013/ Februari 2014 | Daftar P.hD (UKM) InsyaAllah. |
Sumber: Mohamad Suhaily Yusri (2011)
Semoga ini dapat di jadikan panduan dan sokongan untuk terus bergerak maju ke hadapan. InsyaAllah.
P/S: ini jadual kerja bulanan. InsyaAllah. Akna cuba patuhi. Saya sudah menyerahkan draf pertam bab satu untuk kajian sarjana. Ternyata masih banyak yang perlu di perbaiaki. Saya yakin, ini adalah proses. Proses untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah.
Amar
Pejabat.
0 comments:
Post a Comment