Pages

Tuesday, December 27, 2011

ALAHAI PERUT!


Tanggal 27.12.2011. Selasa!

Ramai dalam kalangan lelaki khususnya akan menjadi sedikit fobia apabila saiz ‘perut’ yang mula ‘berkembang’ daripada saiz asal setelah berkahwin. Siapa sahaja yang berkahwin secara jelas ‘kemajuan’ akan terserlah. Ada kala bila saya berembang dengan rakan-rakan sekuliah (dahulu) dan sahabat-sabahat yang sudah pun mendirikan rumah tangga, ujar mereka ‘alah biasalah tu, makan ada orang jaga, pagi makan, petang makan, petang nk masuk  malam pun makan,  malam makan, nk masuk tidur pun makan..ibarat kata hidup penuh degan makan lah’ ujar sahabat saya. Saya berdekah ketawa bersama rakan yang lain. Apa pun, secara faktanya adalah begini…

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Sumber: Majalah Maskulin edisi Ogos tahun 2009.

 
 Haha jika  Sebelum berkahwin………..keadaan perut sang jejaka ‘mungkin’ begini….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
..
.
.
Dan selepas mendirikan rumah tangga…perut sang jejaka mungkin berubah dan bertukar menjadi seperti ini…….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.
.





Ohh! sendatnya! hahah bagaimana jikalau keadaannya begini buat selama-lamanya?? hahaha

P/S: ini kisanya kalau yang sebelum dan sesudah berkahwin. Tapi kalau yang tak kawen-kawen pun buncit jugak  mcam mana? Hahahaha.


Terbaca fakta tentang 'perut' membuatkan rasa seperti ingin menulis tentang perut. Hahahaha

Anjung Ilmu.
Tg. Malim. Perak.





Monday, December 26, 2011

Usahlah bongkak dengan ilmu yang sedikit. Allah.

Tanggal 27.12.2011 (Selasa)

Masalah bongkak (ujub) dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin hari dilihat kian membarah. Mereka ini berduyun-duyun menyambung pelajaran  dengan keinginan yang dilihat bersungguh-sungguh namun apa yang terselit di hati mereka hanyalah menuntut ilmu dengan niat untuk meninggi  diri dan menunjukkan pada khalayak bawa dialah manusia yang paling pandai atas muka bumi Allah Azzawajalla ini.  Allah. Inilah manusia. Belajar tanpa keikhlasan.  Dikatakan bahawa semakin tinggi kita menuntut ilmu ini maka kita semakin menghampiri maha pencipta dan menyatakan keesaan kepada Allah azzawajalla yang tiada tandingnya. Namun manusia hari ini tidak pernah sedar bahawa ilmu yang ada atau dimiliki oleh mereka hanyalah pinjaman semata. Apabila matinya anak Adam maka putuslah segala pertalian si mati dengan hubungan di dunia ini kecuali sedekah/amal jariah yang ditinggalkan, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat.  Maka,  jika hari ini kita ada ilmu yang tinggi tanpa menyebarkan kepada orang lain atau hanyalah sekadar membongkak diri dengan ilmu yang ada maka kita seperti mati kering kerana ilmu yang kita miliki tidak pula kita sebarkan. Dan apa yang paling pasti, kita kena ingat bahawa ilmu yang kita sebarkan itu bagaimana tarafnya? Ikhlas atau tidak? Jika ilmu yang di sampaikan itu adalah ikhlas dan bermanfaat, maka kita akan setiap masa menerima bonus yang berpanjangan kerana ilmu yang kita berikan itu diamalkan.  Dan begitulah sebaliknya.  Kemanisan ilmu itu juga dilihat pada amalannya. Kita ada ilmu maka kita beramal dengan ilmu yang kita ada. Dek kerana tidak jujur serta tiada keikhlasan dalam menuntut ilmu maka apa yang kita ada itu hanyalah sekadar di bibir sahaja.  Ada orang kata ‘ oh profesor tu ilmu nya hanya sekadar apa yang ada di dalam tesis tulisannya sahaja’.  Ujar seorang sahabat. Nilaikanlah. Profesor? Cuba lihat kamus dewan? Apa makna profesor?  Hehe inilah akibat kalau ilmu yang kita ada tidak kita amalkan sepenuhnya. Rumusannya, ilmu itu haruslah disusuli dengan amalan kerana ilmu adalah iman dan amal adalah makmum. Apabila iman yang ada dalam diri kukuh, maka makmum yang berdiri di belakang pun yakin dengan iman yang kita peroleh.

Saya tinggalkan kata-kata ilmuan ini buat tatapan nukilan hari ini. Allah. Siapalah kita yang mempunyai ilmu yang sedikit ini di sisi Allah Azzawajalla…

Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya, Tafsir Fiqh As-Suluq fi Dhau Al-Quran wa As-Sunnah menulis :
"Sesungguhnya musibah terburuk yang menimpa kehidupan dan menerpa umat manusia adalah orang alim yang perkataannya bertentangan dengan perbuatannya dan perbuatannya mendustakan perkataannya . Orang alim seperti ini adalah bencana untuk hamba Allah dan tindakannya itu adalah tindakan yang diperingatkan Al-Quran kepada orang beriman.

P/S:  Sekadar ingatan buat diri saya! Allah. Saya tidak mahu jadi orang yang sombong dan membongkak diri dengan ilmu senipis bawang yang saya ada. Siapalah kita? Maka usahlah membongkak diri dengan ilmu senipis bawang. Jom kita kongsi ilmu! Ini yang lebih aula!

Kata-kata!


Tanggal 26.12.2011. Isnin. (cuti hari natal)

Seputar kata-kata motivasi untuk hari ini:

Jangan di lihat apa yang belum telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang telah belum kita selesaikan.

Senyum!


Hari ini, rezeki kita. Esok? Belum lagi pasti. Merancang untuk kejayaan hari muka!

Kadang-kadang menulis dengan kuantiti yang  sedikit itu lebih aula! :)

Teratak Damai.
Tanjong Malim. Perak.