Pages

Monday, December 26, 2011

Usahlah bongkak dengan ilmu yang sedikit. Allah.

Tanggal 27.12.2011 (Selasa)

Masalah bongkak (ujub) dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin hari dilihat kian membarah. Mereka ini berduyun-duyun menyambung pelajaran  dengan keinginan yang dilihat bersungguh-sungguh namun apa yang terselit di hati mereka hanyalah menuntut ilmu dengan niat untuk meninggi  diri dan menunjukkan pada khalayak bawa dialah manusia yang paling pandai atas muka bumi Allah Azzawajalla ini.  Allah. Inilah manusia. Belajar tanpa keikhlasan.  Dikatakan bahawa semakin tinggi kita menuntut ilmu ini maka kita semakin menghampiri maha pencipta dan menyatakan keesaan kepada Allah azzawajalla yang tiada tandingnya. Namun manusia hari ini tidak pernah sedar bahawa ilmu yang ada atau dimiliki oleh mereka hanyalah pinjaman semata. Apabila matinya anak Adam maka putuslah segala pertalian si mati dengan hubungan di dunia ini kecuali sedekah/amal jariah yang ditinggalkan, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat.  Maka,  jika hari ini kita ada ilmu yang tinggi tanpa menyebarkan kepada orang lain atau hanyalah sekadar membongkak diri dengan ilmu yang ada maka kita seperti mati kering kerana ilmu yang kita miliki tidak pula kita sebarkan. Dan apa yang paling pasti, kita kena ingat bahawa ilmu yang kita sebarkan itu bagaimana tarafnya? Ikhlas atau tidak? Jika ilmu yang di sampaikan itu adalah ikhlas dan bermanfaat, maka kita akan setiap masa menerima bonus yang berpanjangan kerana ilmu yang kita berikan itu diamalkan.  Dan begitulah sebaliknya.  Kemanisan ilmu itu juga dilihat pada amalannya. Kita ada ilmu maka kita beramal dengan ilmu yang kita ada. Dek kerana tidak jujur serta tiada keikhlasan dalam menuntut ilmu maka apa yang kita ada itu hanyalah sekadar di bibir sahaja.  Ada orang kata ‘ oh profesor tu ilmu nya hanya sekadar apa yang ada di dalam tesis tulisannya sahaja’.  Ujar seorang sahabat. Nilaikanlah. Profesor? Cuba lihat kamus dewan? Apa makna profesor?  Hehe inilah akibat kalau ilmu yang kita ada tidak kita amalkan sepenuhnya. Rumusannya, ilmu itu haruslah disusuli dengan amalan kerana ilmu adalah iman dan amal adalah makmum. Apabila iman yang ada dalam diri kukuh, maka makmum yang berdiri di belakang pun yakin dengan iman yang kita peroleh.

Saya tinggalkan kata-kata ilmuan ini buat tatapan nukilan hari ini. Allah. Siapalah kita yang mempunyai ilmu yang sedikit ini di sisi Allah Azzawajalla…

Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya, Tafsir Fiqh As-Suluq fi Dhau Al-Quran wa As-Sunnah menulis :
"Sesungguhnya musibah terburuk yang menimpa kehidupan dan menerpa umat manusia adalah orang alim yang perkataannya bertentangan dengan perbuatannya dan perbuatannya mendustakan perkataannya . Orang alim seperti ini adalah bencana untuk hamba Allah dan tindakannya itu adalah tindakan yang diperingatkan Al-Quran kepada orang beriman.

P/S:  Sekadar ingatan buat diri saya! Allah. Saya tidak mahu jadi orang yang sombong dan membongkak diri dengan ilmu senipis bawang yang saya ada. Siapalah kita? Maka usahlah membongkak diri dengan ilmu senipis bawang. Jom kita kongsi ilmu! Ini yang lebih aula!

0 comments: