Ramai dalam kalangan para cendekiawan terdahulu mempunyai ilmu yang tinggi, darjat yang tinggi di sisi Allah Azzawajalla. Banyak menulis buku dan kitab-kitab muktabar agar ilmu yang dipaparkan di dalam kitab atau buku yang ditulis di baca oleh anak muda agar ilmu yang dikembangkan tersebar. Namun pernah atau tidak terdetik dalam diri bahawa Hassan Al-Banna tidak pernah menulis buku waima dirinya mempunyai darjat ilmu yang sangat tinggi.
Maka persoalan ini dijawab sendiri oleh beliau. Katanya……
“Biarkan aku tidak menyibukkan diri menulis buku-buku. Setinggi manapun idea dan buah fikiran yang terkandung di dalam sesebuah buku, semuanya terkurung di dalam kulit buku tersebut dan terhampar di atas lembaran-lembarannya sehinggalah buku itu terserempak dengan pembaca yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk memahaminya dan mengambil manfaat daripadanya. Dan jarang sekali buku-buku itu akan menemui pembaca jenis ini. Di samping kebanyakan mereka yang mempunyai kemampuan untuk memahami fikrah yang terkandung di dalam buku itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca dan menelitinya. Dan kebanyakan mereka yang memperoleh buku-buku itu mereka memperolehinya untuk menghiasi rak-rak di rumah mereka dan perpustakaan-perpustakaan yang padat dengan pelbagai jenis ilmu yang ditulis berjilid-jilid. Sungguhpun begitu umat Islam yang lemah tidak mendapat sebarang faedah daripadanya. Mereka tidak mempunyai cita-cita yang tinggi, malas, tidak bersemangat dan lebih mementingkan hidup senang dan mewah. Akibatnya mereka di lingkungi musuh dari segenap penjuru.
Justeru, waktu yang aku perlu habiskan untuk menulis buku, aku gunakan untuk membentuk seratus pemuda Islam. Setiap orang daripada mereka menjadi sebuah buku yang hidup, bercakap, beramal dan meninggalkan kesan. Aku hantarkan setiap orang daripada mereka ke sebuah Negara daripada Negara-negara Islam, lalu mereka membentuk para pemuda di situ sebagaimana aku membentuk mereka.” (Jalan Juang, 2011)
Allah. Saya terpana apabila membaca tulisan yang telah dinukil kan oleh Hassan Al-Banna ini. Inti patinya saya ambil daripada blog sahabat saya. Ini membuatkan saya terfikir apakah dengan cara menjadikan ‘buku bergerak’ yang dimaksudkan oleh Hassan Al-Banna ini sudah cukup untuk di jadikan terminal penyebaran ilmu kelak? Tafakkaru. Mari sama-sama kita hayati dan fikirkan.
Sekian.
Teratak Damai.
Ketoyong. Kota Ilmu.
0 comments:
Post a Comment