Tanggal 25 Dis. 2011. Ahad.
Menjengah rasa. Apa yang jelas entri ini tentang tahun baharu yang bakal menjengah rasa tidak lama lagi. Tahun silih berganti. Baju pun kalau sudah ketat makanya haruslah ditukar dengan yang baharu. Sayang selesa dipakai. Sama juga dengan tahun. Tahun 2012 bakal menjelang tiba. Serasa tidak sabar untuk memulakan tahun baharu yang penuh dengan cabaran pastinya. Tatkala berteleku di meja santapan tadi, saya teringat waktu dahulu. Tahun silih berganti. Iman kita bagaimana? Dan secara relatifnya bilamana tahun bertambah maka umur juga bertambah. Makin hari diri ini makin tua. Perancangan masa hadapan haruslah jelas dan bermatlamat. Apa yang bakal dibuat. Kita perlu rancang. Walaupun apa yang kita rancang tidak semestinya tercapai, namun kita ‘pernah’ merancang. Sekali merancang, kita sudah menang sebenarnya. Menang dari aspek berjaya merancang masa yang berbaki untuk kemajuan diri dan seterusnya. Walaupun tidak sempat atau tidak berjaya melunaskan segala perancangan tersebut namun kita berjaya merancang dan pernah berada dalam benak kita untuk merencana perjalanan hidup yang masih lagi berbaki. Apa pun kita sebagai manusia, ingatlah bahawa kita akan dijemput oleh Allah Azzawajalla kelak. Umur bukan penentu. Walau se kaya dan se mewah mana pun kita, tetaplah ia pinjaman yang Allah taala pinjam kan ‘seketika’ kepada kita yang bertuah ini. Matlamat saya juga sama seperti mana entri perutusan yang telah saya karangkan sebelum ini. Pandanglah masa hadapan secara objektif. Apa pun cara sekalipun. Secara objektif.
P/s: coretan ini sekadar mengingatkan diri tentang perancangan masa hadapan. Agar lebih jelas dan bermatlamat. Hidup kena ada target. Siapakah kita pada 20 tahun akan datang? Hehe kita merencana, Allah yang menentukan. Amen.
Teratak damai
Ketoyong. Tanjung Malim.
0 comments:
Post a Comment