Pages

Monday, April 30, 2012

Dua Helai



Dua helai,
Kuras ilmu,
Tiada ternilai,
Untuk si dungu

Di rehal ilmu,
Duduk bersimpuh,
Manatar ilmu,
Menadah ampuh.

Dua helai kuras,
Sesuci ilmu,
Semurni qalbu.

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
01052012
Seremban.
— at Helaian Kurasan

Kota Nikmat


Di kota nikmat,
Tersirat sebuah hasrat,
Yang padanya adalah nikmat,
Kejayaan yang tersurat.

Memandang dersana impian,
Adalah suatu titian harapan...
Kekal terpatri di laman idaman..

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
30042012
ACS, Seremban. — at Rehal Abadi

Friday, April 27, 2012

Allah. Semoga ada sinar rezeki. Amen!

KENYATAAN MEDIA
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN
MENGENAI ISU PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan telah mengambil langkah-langkah prakmatik dalam menyelesaikan soal penempatan mereka di sekolah-sekolah KPM.

Beberapa ketetapan dan penyelarasan telah dibuat bagi memastikan graduan ISMP yang belum ditempatkan dapat diserapkan di sekolah-sekolah bermula Mei ini.

Seramai 5,510 graduan IPTA telah mendapat panggilan temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai Januari tahun ini. Proses temuduga telah diadakan secara berfasa.

Seramai 4,953 graduan telah hadir dan dari jumlah tersebut SPP terpaksa menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap sementara 557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila mereka tidak menghadirkan diri pada hari temuduga itu dijalankan.

Seramai 4,859 graduan telah berjaya dalam temuduga manakala 62 graduan telah gagal kerana tidak memenuhi empat (4) elemen yang dinilai iaitu keterampilan diri dan sikap, keupayaan berfikir dan kemahiran berkomunikasi, pengetahuan am dan isu semasa pendidikan serta pengetahuan bidang tugas.

Bagi sejumlah 4,859 graduan yang berjaya dalam temuduga, 29 graduan telah diberi penempatan ke Pusat Anak Permata Negara pada 8 April lalu.
Baki 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa. Penempatan Fasa 1 akan dilaksanakan pada 23 Mei 2012 dengan melibatkan 4,671 graduan.

Daripada jumlah itu, seramai 4,116 graduan akan ditempatkan di Sekolah Menengah, 439 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, 98 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 18 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Baki 159 pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam Penempatan Fasa 2 pada bulan Julai 2012 .

Pecahan graduan ISMP mengikut IPTA adalah seperti berikut :
Universiti Utara Malaysia (90), Universiti Sains Malaysia (368), Universiti Teknologi Malaysia (185), Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017), Universiti Pertanian Malaysia (482), Universiti Malaya (308), Universiti Sains Islam Malaysia (54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), Universiti Kebangsaan Malaysia (330), Universiti Teknologi Mara (132), Universiti Islam Antarabangsa (53) dan Universiti Malaysia Sabah (214).

Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT.

Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari SPP.

Status Graduan Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG)
• Pada Jun 2012, terdapat 2,484 graduan J-QAF keluaran IPG untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan. Kesemua mereka akan melalui urusan temuduga pelantikan sebagai PPPS oleh SPP terlebih dahulu sebelum penempatan diuruskan.

Status Graduan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
• Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan adalah tajaan KPM.

Graduan boleh melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran www.spp.gov.my untuk mengetahui samada mereka berjaya atau tidak. Keputusan penempatan akan diumumkan oleh KPM dalam sedikit masa lagi.

Saya berharap kenyataan media ini dapat menerangkan dengan jelas kedudukan ISMP IPTA. Kepada yang telah berjaya di dalam temuduga dan akan diberikan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, saya ucapkan tahniah. Semoga anda semua akan menjadi Guru yang berdedikasi dan dapat berbakti kepada negara. Kepada yang gagal pula, masih ada lagi ruang untuk terus berusaha.

YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran
Sumber:
www.spp.gov.my

Dugaan Menjemput!



Allah..Tiada apa yang sebaik buat hambanya,
Diuji sehebat tiada taranya,
Moga dititipkan akal dan daya sekuatnya
Menempuh dugaan seberat keringatnya....

Seperti tiada akal
Hanya ketabahan yang berbekal..

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Paroi Jaya. Seremban.
26042012

Tangan mu..

Tangan yang membelai
Seperti dapat ku rasai

Jauh di ceruk hati kurasai
Kasih ibu tiada lagi bertepi.

Merindui ibu..

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
250412. Seremban — at Teratak nan Teragung

Senja Malam...



Kepekatan malam yang ku rasa..
hanya ditemani mimpi yang tersisa..
Sejarum detik dan saat jua melambai hiba..
dan apakah aku masih lagi di malam derita?

Keheningan malam yang terbisa..
adalah suatu nikmat yang tiada terkata.

Palma Jaya.
Paroi, Seremban.

Kekanda Amar Al-Bakhtiar
18042012 — at Teratak nan Teragung

Impian!

Didersana impian
Adalah suatu titian harapan.

ACS
01032012

Citra Rindu


Secitra warna rindu di tanah idaman,
seisi alam menyulam senyuman!

Alhamdulillah. Damai ku di teratak bonda!

Kalam Pendeta
Rantau Panjang
11032012

Sesekali!



Sesekali Menyedari hakikat diri,
Menanggung sendirian tiada terperi,
Akan derita sanubari kekal terpatri,
Demi sebuah kejayaan nan abadi!!

Meruntunlah hiba,
Bersulam jualah derita!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Rantau Abadi
13032012 — in Rantau Panjang.

Pesona Mu Ya Rabbi!



Pesona sebuah kesyukuran yang tiada nilai bandingnya. Allah. Ku sujud pada MU YA RABB, tanda sebuah kesyukuran abadi, dileraikan segala kekusutan dan masalah dunia yang menimpa. Amin.

Pesona mu Ya Syukrulillah,
dalam dakapan magfirah dan sakinah nan suci,
Mengharap penuh sabar dan yakin,
Bahawa pertolongan dari MU jualah yang hakiki.

Meneruskan anotasi dan impian,
demi kejayaan masa hadapan!

Kekanda Amar Al-Bakhtiar
22032012 — at ACS High School , Seremban

Wednesday, April 4, 2012

EPRD Selesai!

Alhamdulillah.

Tanggal 4 April 2012. Rabu

Rasa syukur yang tidak terhingga! Setelah berhempas pulas juga untuk masuk ke dalam sistem E-ras yang telah diperkenalkan oleh KPM menerusi EPRD saya telah berjaya untuk cetak surat kelulusan untuk melakukan kajian. Kini tinggal sahaja untuk saya faxkan surat tersebut bersama beberapa surat iringan kepada JPN negeri kelantan untuk memohon kebenaran menjalankan penyelidikan di kawasna gua musang!.Insyaallah esok saya akn cuba faxs ke JPN kelantan untuk tindakan selanjutnya. Sebetulnya, sistem ini sememangnya menguji kesabaran saya setelah saya beberapa kali gagal untuk masuk ke dalam sistem. Bermacam-macam maslah timbul sehinggakan hari ini berkali-kali saya menelefon puan Liyana di EPRD untyuk bertanyakan trouble shoot apakah yang telah menimpa saya! Dan akhirnya, malam ini saya berjaya cetak! Sungguh syukur apa adanya!


Inilah laman web yang telah menguji  kesabaran saya!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Dan inilah surat kelulusannya! Amen!
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Kini tinggal lagi menunggu gaji guru interim bagi bulan 3 (bermaksud guru sementara! DC 41) yang bakal di kreditkan tidak lama lagi untuk saya gunakan sebahagian wang tersebut untuk membiaya sebahagian daripada keperluan kajian sarjana. Sebelumnya, penyelia telah menghubungi saya dan bertanyakan khabar tentang perjalanan kajian saya. Saya memaklumkan ianya masih berjalan cuma masalah kewangan yang menimpa telah melambatkan gerak kerja untuk menulis kajian. Terasa juga malu dengan penyelia kerana beliau telah mula mengejar saya! Apa yang menggembirakan lagi, bagi draf kajian bab satu dan dua telah beliau baca dan semuanya 'OK laaa! Ohh bahagia rasa! Alhamdulillah, kini sedang menunggu durian runtuh sahaja lagi. Mendoakan agar urusan pembayaran gaji tidak ada masalah dan cekadaknya!! Amen. Ada duit semua jalan hehe



P/S: Juga sedang menunggu berita gembira tentang perlantikkan PPPS DG41 pada 15/4 ini. Betul atau tidak saya tidakl pasti. Ini cuma tarikh yang diberikan oleh pak menteri kepda warga ISMP bagi sedapkan ati jer kott!! Doakan agar saya juga di lantik! Amen. Tak mau da interim lama-lama, nk juga DG 41! Hehehe 



Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Seremban City, Komputer Centre (CC).

























Sunday, April 1, 2012


Parkson!

1 April 2012

Ahad! Hari ini sekolah berhujung minggu!

Usai masa yang berganda lalu tidak pernah sekali pun pernah saya rasakan. Amat cepat masa yang berlalu kala dini hari yang galak mencarik sinarnya.  Baharu hari ini saya dapat rasakan ‘nikmat hidup’ yang abadi. Hal-hal dunia yang sungguh menyibukkan! Alhamdulillah. Kini hampir dua bulan (dalam kiraan saya!) berada di Negeri Beradat, Negeri Sembilan darul khusus. Saya di tempatkan di SMK. Methodist (ACS) Seremban. Sekolahnya di dalam bandar, berhadapan dengan parkson! Dan pelajar-pelajar nya juga bergelagat seperti ‘park’ ‘son’. Hari-hari saya melihat anak murid saya di parkson sebelum sesi persekolahan petang bermula. ‘Hai cikgu, buat kat sini cikgu?’.  Ujar seorang amoi cina yang senantiasa berada di  one stop McD. Saya pun tidak maklum apa yang dilakukan oleh pelajar ini. Hampir setiap hari apabila saya ke parkson, saya akan melihat beliau dengan rakan-rakan yang lain di kawasan terbabit. Saya juga kadang-kadang ke sana untuk window shoping, melihat keperluan yang perlu untuk saya sediakan bagi keperluan harian.  Melilau sendirian dan kadang-kadang juga bertemankan sahabat saya menemani melihat gelagat anak-anak murid yang ‘gelabah’ tidak tentu fasal apabila melihat gurunya juga berada di sekitar kawasan tersebut. Hehe dalam nada yang sinis saya menegur ‘Hari-hari kamu datang ke SMK. Parkson ya, sungguh gigih dan rajin!. Dah cepat masuk kelas! Ada suara tempitan pelajar perempuan dan lelaki yang tergelak besar. ‘ aaaa cikgu marah, masuk-masuk kelas semua, jap lagi kang ada yang di campak buku ke keluar sebab tak siap kerja!’. Hati bermonolog tergelak kecil dengan kerenah ‘pelajar bandar’ yang sangat ‘rajin’ belajar.  Teringat sewaktu belajar di sekolah kampung, kami tiada ‘parkson’ dan hanyalah sebuah warung kecil sahaja di tepi jalan, tempat kami lepak-lepak dan berhenti haus seketika. Tungkus lumus dalam menatar sebuah ilmu yang berharga, untuk kesenangan hari muka. Alhamdulillah, saya tidak dibesarkan dalam era pembangunan SMK Parkson!

P/S:  Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat pemberian  yang ENGKAU berikan YA RABBI! Walau pun seketika cuma, namun ia cukup  berharga atas nikmat yang di kecapi ini!

(Kelegaan berpanjangan bila hutang yuran master dah langsai!)

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Pj Perdana!

Kikir!




Tanggal 30 Mac 2012. Jumaat!

Kisah antara dua orang sahabat……..

‘Esok demo gi sekolah sdiri lah, Kawe tak boleh nok tunggu demo lamo-lamo D**’. Antara monolog rakan serumah dengan rakan serumah yang lain. Inilah sifat orang yang kikir dan berkepentingan diri! Kikir dalam bahasa yang mudah bermaksud kedekut dan berkira. Allah. Saya cukup tidak faham dengan orang yang sebegini, berkira dan kedekut dalam segenap segi!  Baginya mungkin inilah kebahagiaan yang di kecapi oleh beliau akibat daripada berjaya menzahirkan sifat ‘kikirnya’ yang amat dan akhirnya sehingga kini hukum karma itu berbalik kepadanya.

Dalam suatu  monolog yang lain…….

‘D** buleh dop esok demo ata kawe, kawe nok balik kg ni………’ Ujar rakan yang kedekut itu. Maka sahabat saya membalas, ‘demo balik sdri lah ****, kawe MALAS ata demo……..’dan akhirnya beliau hanya naik teksi ke Terminal One! (dalam kes yang berasingan, sudah banyak kes-kes yang jelas menampakkan kekikirannya!) Sekali kalau kita kikir dengan orang, maka Azab dan ajaran daripada Allah itu akan dibayar tunai. Dan banyak lagi kisah kikir nya yang lain! Ini adalah sebahagian daripada kisah-kisah yang ada dalam kisah ‘kikir’ jilid satu!

Dan sehingga ke hari ini, beliau sering meminta pertolongan daripada saya. Saya tolong mana yang mampu. Saya doakan agar ‘sahabat’ saya yang kikir ini faham dan tidak lagi kikir pada masa hadapan. Amen. Kita tunjukkan teladan yang baik agar beliau menginsafi perbuatan kikir nya itu.

Ya Allah, jauhkan lah aku daripada sifat kikir dan berkira” amen!


P/S: Ada juga rakan saya yang bercerita, orang daripada negeri Tersebut ramai yang bersifat kikir dan berkira! Ini juga di sokong oleh beberapa pemerhatian dan cerita orang-orang tua! Allah. Ada juga orang begini ya! Kita belanja orang, tidak semestinya kita mesti mengharapkan orang tersebut akan belanja kita balik pada masa hadapan J Pemurah lah! Usah lagi kikir!

Apakah terdapat perbezaan yang ketara antara sifat orang yang  berjimat dengan sifat orang yang kikir? Bincangkan..:P

 Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Seremban. Pj Perdana