Pages

Wednesday, October 17, 2012

Cerita gaji.



Setiap bulan, mana-mana penjawat awam akan dapat gaji. Gaji? Siapa yang tak nak kan. Gaji seperti upah kita bekerja. Sebagai panjawat awam, gaji dan berhenti kerja adalah hak kita. Kita berhak keatas dua perkara ini. Setiap bulan juga kita akan berkira-kira apakah yang ingin kita lakukan dengan gaji yang kita dapat. Belanjawan mestilah memadai dan tahu apa itu erti berjmat cermat. Alhamdulillah sepanjang gaji yang telah saya terima ini, saya cukup dengan apa yang saya dapat. Walaupun hampir 60% saya gunakan wang gaji saya untuk menolong emak di kampong, saya masih lagi boleh makan, pakai, minum, bayar rumah sewa, internet dan segala bagai. Alhamdulllah. Semoga keberkatan ini berpanjangan. Baharu sahaja saya lihat slip gaji tadi di ANM. Berbunga hati. insyaAllah, jika tiada aral tahun ini akan habislah segala hutang piutang. Akan memikirkan pula apa yang bakal saya belanjakan pada tahun depan. Matlamat mesti ada.

**saya sedang mengimpikan sebuah ‘belati besi’ untuk saya bergerak balik ke kampong dan untuk urusan  rasmi sebagai seorang guru. Moga-moga ada rezeki untuk saya kelak! Aamiin J



Sunday, October 14, 2012

Ahad: Hari berkhutub khanah!


Hari ini, 
Berkhutub khanah,
Melangsaikan segala amanah,
Yang terpikul selama mana diamanah,
Setahun lamanya;
Moga bermanfaat, moga tiada kalut
di hari depan kelak!

aamin :)

Sembrong. 14102012.

Saturday, October 13, 2012

Lepas



Telah ku lepaskan ia sendirian,
olehnya yang inginkan segala kebebasan,
Semoga ia menjadi pengajaran,
untuk lebih tegar mendamba impian.

Masa hadapan,
Semoga ada peluang di lain masa dan tika,
Untuk aku lebih memahami,
apa itu erti pengorbanan dan harapan.




Kalam Pendeta.
13102012.Kluang.

Friday, October 12, 2012

Hari-hari seorang pendeta.



Meniti hari yang penuh berbalam. Semangat mengajar tetap utuh namun ia kadang di matikan oleh segala tugas yang tiada kaitan. Kuli yang berada di bawah akan terus di tekan oleh sang ketua  untuk dapatkan apa sahaja yang di inginkan.  Apa sahaja, dalam erti kata arahan yang penuh makna yang tersirat. Kita sebagai orang bawahan dengar sahaja apa yang di ertikan. Mudah dan tidak perlu banyak bunyi. Jangan banyak komentar tentang apa sahaja yang di arahkan. Dengar sahaja dan buat. Jika tiada di lunaskan tunggu sahaja padahnya. Apa pun saya syukur dengan adanya rezeki yang Allah kurniakan ini. Tak semudah yang kita sangkakan menjadi seorang ketua bukanlah mudah. Bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak. Ada juga pihak yang akan tidak berpuas hati dengan segala kerja buat kita. Kita kena positif. Kena senantiasa ada sifat sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah. Saya redha dengan saya menarik diri daripada meneruskan pengajian sarjana. Saya redha walau dalam hati penuh rasa yang amat kecewa dengan diri. Saya tetap doakan apa yang saya lakukan ini adalah untuk masa depan saya. Mengejar sesuatu impian yang telah lama saya idamkan. Kini saya kuburkan dahulu seketika. insyaAllah ada rezeki di lain hari. Meskipun ada juga yang ingin menolong, saya katakan ‘ kamu hanya tahu mengatur dan menulis merahan sana dan sini, yang menanggungnya aku!!’. Ini realiti sebenar. Mungkin saya silap percaturan. Dan mungkin juga niat saya pada mulanya tidak ikhlas. Apa pun saya syukur jika ini bukan lagi rezeki saya. Mungkin di lain masa. insyaAllah. Saya malu pada mahaguru saya, saya mohon maaf. Saya tidak cukup kuat untuk menangkis segala cabaran ini. Mungkin tuan tidak berada di tempat saya. Jika saya andaikan tuan berada di tempat saya, mungkin juga tuan akan begini.  Cukup sahajalah tuan doakan saya berjaya kelak. insyaAllah tuan masih ramai orang yang boleh di harapkan. Saya doakan juga agar tuan dapat capai cita-cita tuan dengan jayanya. InsyaAllah. Aammiin. J

Kekanda Amar 
13102012.Sabtu.
Kluang, Johor.

Henti!


Kita henti sahaja di sini
Ia sudah tidak bererti,
Maharaja tertua bangkit menyendi,
Dan pada ketika ia bingkas berdiri,
Kekuatan ini mulai mati,
Dan semakin tiada erti,
Menunggu sahaja hari berganti, 
Esok atau lusa tiada sudah bererti
Segala harapan hancur tiada tinggal berbaki.

Saki kenangan





Saya lepaskan segala kenangan menimba ilmu sebagai pelajar sarjana. Moga ia ada hikmah dan berikan saya kekuatan untuk harungi segala kesusahan dan keperitan di sini. Ujian mu amat besar. Moga ada rezeki di lain hari. 





Saya mohon maaf!

Kekanda Amar Al-Bakhtiar
10102012. Sembrong.