Pages

Tuesday, December 31, 2013

Tahun Baharu 2014.



Tahun baharu dan kuasa rakyat,
Ampuh bersalam di dataran piket,
Dirempunya konsert tiada terkira,
Alhamdulillah syukur maksiat tiada.

112014.
Astanagurumuda.
kluang.

Sunday, December 29, 2013

Qalam



Usai qalamku beradu,
ku labuhkan jiwa,
melelapkan mata,
hingga terbit senja.

30122013.
kluang. 
membajak kata di ruang maya

Qalamku Bermadah



Pekat malam syahdu,
Qalamku sendu bermadah,
Dari jiwa yang gundah,
Ku nukilkan apa pun yang terindah
Agar tenang sebelum cerah,
Moga esok kembali,
Dengan jiwa yang berseri.

30122013.
Kluang.
Qalampendeta.

Tentang rasa.


Tidak pernah ku rasakan, rasa yang sebegini. Rasa yang dahulunya tiada pernah maujud dalam diari hidupku. Jarang sekali ku nukilkan tentang rasa. Rasa yang biasanya ku madahkan dalam bahasa puitis agar aku sahaja yang mengetahui maksudnya. Kali ini ku tulis ranum setiap petah dan ayat agar ia habis terurai daripada segala pintalan kekusutan otak yang celaru.

Cerita tentang rasa. Aku juga tidak pasti dari mana aku harus mulakan. Rasa kosong seperti tiada ada apa-apa. Dan kala itu aku mula mencari teman yang boleh bawa bicara. Teman minum, bola, dan roti canai segala. Rasa bosan yang menghimpit. Aku manusia biasa. Jua ada hati dan rasa. Perlu perhatian. Ya. Tidak semua begitu. Sudahnya,  ku pendam erat rasa ini agar ia hilang begitu sahaja. Dan kini ku rasakan perit untuk tempuh segalanya. Segalanya ku terima positif. Biarlah apa pun, ku terima dengan hati yang redha. Kerna apa? Kerna redha itu adalah pengubat hati yang tiada tolok bandingnya. Redha dengan apa yang Allah tetapkan. Semoga apa yang ku pilih kali ini kekal dan abadi. Menemani ku hingga ke syurga firdausi. Aamin.

aku tidak pasti apa yang aku tulis. ku rasakan maksudnya jua tidak kesampaian. biarkan. kerna ku tahu, menulis apa sahaja yang ku rasa, akan bahagiakan rasa gelodak  bosan dan sayang yang menghimpit ini. ok. bye.

Astana Guru Muda
30122013. Kluang.

Fikrah bosan dan sayang. 
Dua rasa yang ku rasa.

Dingin petang.


Di balkoni,
Sedingin salju,
Angin menyapa sepi,
Baru ku tahu,
Petang belum pergi.

Dan angin salju,
Bawalah aku,
Ke danau rindu,
Untuk aku beradu,
Tika aku,
Masih bertamu.
Di taman kasih mu.

Astana guru muda
29122013. Kluang.

Mendidih!

Isi musyawarah dididih,
Gelegak ranum sehabis empuk!

Bilik mesyuarat.
26122013. 
Redha

Keluh

Dan keluh kesah,
Antara yang terhebat,
Minggu ini,
Dan setiap hari,
Sehingga terbenam mentari,
Diufuk jauhari.

Astana Guru Muda
25122013

Damai Desa iv



Kala hening pagi,
Ku getus mawar mewangi,
Pada pepohonan rindu,
Yang pernah ku baja dahulu,
Ku semat erat di teratak bonda,
Agar ia terus abadi sentiasa,
Moga Kekal ranum nan mengharum,
Seindah mawar yang menguntum.

Damailah mawar mewangi,
Kembanglah laksana teratai pagi,
Ku harap mekarmu terus membara,
Selama aku tiada,
Pada damai desa,
Yang sentiasa ku cinta.

Rindu mama.
#backtobasic.balikkluang!!

Qalampendeta.
23122013.
Teratak bonda.
Balkoni.
,

Mari 'mengopi'.



Usai mandi pagi,
Kelana ku ke kedai kopi,
Tiada berteman hanya sendiri,
Nikmati kopi sorang2 pun jadi.

Rantau Abadi
22122013

Seputar 1993. Banggol Kulim.



Seputar 1993,
Ku lalui denai kenangan,
Di teratak ini tersimpan kejap segalanya cerita tentang a,b,c dan kehidupan.

Jem


Dan akhirnya..
Setelah sesak sepenggal waktu
Dijalanan dan kota,
Kelana ku terdampar di hentian beradu.

Rantau Abadi.

Gaji ii



Terasa bugar dipagi hari,
Hari ini tidak lagi ku khuatiri,
Pagi ini pasti bergaji,
Ku cucuk- cucuk tolak sana sini,
Aduhai,
Tinggal brape je lagi.

Kedai kopi.
19122013.
Wakafcheyeh.

Gaji.



Pagi dinanti,
Tiadalah terperi,
Menanti gaji,
Alahai,
Tak masuk lagi.

Kedai kopi.
18122013.
Rantaupanjang.

Wajah tua



Santun nan bicaranya,
Bingkisnya menawan segala,
Ranum berkata;
"Bangkitlah membanting tulang,
Duhai anak muda tiada kepalang".
Seraya santunnya,
Kudus niatnya.
Bangkit dan berlalu,
Mengingatkan aku,
Yang kini masih bertelegu
Di meja nasi dan sudu.

Terima kasih wajah tua!!

Qalampendeta.
15122013. Makan pagi
Rantaupanjang.

Damai Desa iii


Jarang sekali ku rasa, 
Damai desa,
Seranum delima dan markisa;
Demi meluhur rasa,
Pepohonan rindu ku baja,
Pada damai desa,
Agar ia bugar nan membara,
Selama aku tiada.

Qalampendeta.
Rantau abadi,
15122013
Kedai kopi.

Sunday, November 17, 2013

Rindu Bertamu



Rasa rindu yang bertamu,
Tatkala senja usai beradu,
Adalah anugerah bermakna,
Buat mereka sang pencinta.

Astana Guru Muda
Kluang, Johor.

Senjaku terbidik!!



Panggilan mama membidik,
Isi soal tiada lain bilakah mahu balik,
Petah ujarnya melengcong sinis menanyakan apakah darah sudah di repeat? Atau kau pilih wad yang di repeat!!

Sudahnya, panggilan dimatikan,
Daku melopong sendirian.


Astana Guru Muda
Kluang, Johor.

Monday, September 16, 2013

Biadab!

Mengumbar kebiadapan jagat raya
Seolah tiada batas umur dan pangkat!

dizahirkan 15092013
Sembrong.
fikrah nota kecil. bilik guru.
dinukilkan Jumaat 13

Wednesday, July 10, 2013

Ringgit yang Terbazir Ramadhan Kareem.


Ringgit mengalir,
Bagai tiada tertafsir,
Sungguh egoisnya sejak lahir,
Elakklah ramadhan yang membazir,
Maka itulah yang lebih khair.

Qalam Pendeta
Sembrong. 10.7.2013
Fikrah 1 Ramadhan.

Tuesday, July 9, 2013

Sahurlah jagat raya!


Bangkitlah jagat raya dari tidurmu,
Bangun sahur, bekal tenaga siangmu,
Jua sunnah rasul kita yang terdahulu...

Qalam pendeta
McD Taman Intan
0430 pagi.rabu.
1 ramadhan.

Sunday, July 7, 2013

Rindu yang Bertandang

Seuntai kenangan abadi,
Tertanam kejap di lubuk hati,
Moga ia kekal subur di taman mewangi,
Menebar rindu tiada berbelah bahagi...


Rindu bertandang lagi..

Selamat Pagi

Dengan seutas cahaya,
Ku ikatkan sekuntum bunga mewangi,
Dan ku selipkan ucapan suci,
Untukmu yang bertakhta di hati..

Aurora Terindah

Aurora pagi
Membugar secerah mentari
Mendamaikan hati
Memecah sukma pertiwi
Dan aku masih disini
Mencanang rindu yang tiada bertepi

Rindu Abah

Malam ini
Ku rasakan hening senja
Hinggap dijendela masa
Dan tika ini masihku menanti saatnya
Melabuhkan rasa kasih dan cinta
Pada mu ayahanda yang sentiasa bertakhta..

Cuti

Tanggal 24 jun

Pagi ini,
Membugar rasa ceria kala dinihari,
Tiada kuda besi lalu lalang menghantar insani,
Tiada deruman enjin memecah sunyi,
Semuanya tafakur berselimut rapi,
Angkara jerebu kluang bercuti lagi.

Selamat Hari Lahir Abah..



Dalam senggang masa yang ligat berputar
dan dalam senggang menunggu sedar,
Abah menginjak umur,
didalam suasana yang penuh kusam,
Tiada lagi hilai dan tawa penghias malam
kala anak-anak mu melewati setiap saat kita berbalas mesra
diri mu hanya sekujur tubuh yang kini tiada lagi mengerti apa-apa.

Kek dan KFC tiada lagi untuk mu merasa
Betapa anak-anak mu sunyi tanpa tawa
dan kasih seorang abah yang masih koma
Sepertinya menoktahkan segala kebahagiaan
yang pernah lama dahulu kita raikan
Bersama abah yang amat dirindukan.

Semoga abah cepat sedar dari koma. Kami rindukan abah.

27 April 1949.

Sembrong.
27042013
Sabtu.

Abah



Tiada satu kata pun yang boleh ku ungkap
Melainkan titipan suci quran al karim menjadi pelengkap
Menghias lena mu yang sepanjangnya lelap
Berharap pada MU Ya Allah diberikan lagi kekuatan untuk berharap
Agar abah sihat dan segar seperti apa adamya..

Amar Al-Bakhtiar
Rantau Abadi.
31032013.

Friday, February 15, 2013

Kek Untuk Bonda


Sesekali melewati tanggal 14 Februari,
Memberikan suatu ingatan yang pasti,
Redup matanya yang semakin usang di mamah hari,
Yang kini masih gagah mencari rezeki,
Demi sesuap nasi,
Untuk anak-anaknya yang belum masih berdikari.

Dihari gemerlapan ini,
Ku seru nama maha Pencipta alam ini,
Memanjatkan titipan doa nan abadi,
Untuk Bonda dalam meniti hari,
Membilang uban dalam usia berbaki.

Senggang masa yang ada,
Ku kucup dahi mu tanda rasa cinta,
Ku usung kek ini untuk bonda,
Untuk bondaku yang teristimewa,
Tiuplah dengan naluri kasih mesra,
Selamat hari kelahiran buat kesekian kalinya,
Semoga berkat perjalanan mu menatar pahala,
Dunia dan akhirat bondalah segala-galanya.



Sayang mama...:)

 
Kalam Pendeta
Rantau Abadi. 
14022013. Khamis.

Oh Muda!



Menikmati Senggang muda
Yang tidak kekal selamanya,
Nikmatilah ia sementara tua,
Kerana muda itu hanya sementara
Kelak, akan ke barzakh jua!

Monday, February 11, 2013

Puisi...

Hening pagi
mengilham pusi
dan senggang masa berbaki
lagu dan puisi
digubah menjadi erti
santun deklamasi
Memelodikan puisi
Moga beroleh kejayaan abadi 

Pertandingan Puisi dan lagu. Jun. Sabah!

Qalam Pendeta
Rantau Abadi.

Sesegar Damai Desa

Titis embun desa,
segar nan sentiasa,
dan Kekalutan bonda,
dan tawanya,
Menghapus rindu;
yang lama terbuku
dilaman yang paling syahdu.

Qalam Pendeta
Rantau Abadi.
1002013

Sunday, January 20, 2013

Rasa itu..



Rasa yang menjengah jiwa,
Dan kita masih lagi sama,
Seperti yang dulu kala;
Kau dan aku, berdua,
melakar mahabbah cinta,
Doakan terpatri buat selamnya..

Menanti hasrat tersirat,
yang padanya adalah hasrat,
Kan ku genggam erat,
buat dirimu yang dihasrat!

Pheeww....jiwang lagi! haha

Qalam pendeta
Sembrong. 20012013

Friday, January 18, 2013

Pelangi cinta



Dan hujan pun reda,
Ayuh! carikan ku pelangi senja,
Dibalik awan nan hiba,
terselit makrifat cinta
Antara kita,
Sang pemilik cinta.

jiwang! :P haha

Qalam Pendeta
Sembrong. 19012013

Wednesday, January 16, 2013

Kerja!

Kalau hidup sekadar bekerja,
Kera jua bekerja.

Kalau hidup sekadar hidup,
Dosa pahala tiadalah terduga.

Kalau hidup sekadar hidup,
Redha lah dalam apa pun,
Kerna yakinlah ia yang terbaik untukmu!

Kalam Pendeta.
Sembrong. 17012013