Pages

Monday, December 27, 2010

Pagi yang hening, Saya dan ikan Tongkol.

Pagi ini mama tidak berkerja. Semakin tua semakin banyak cutinya pula!! Agaknya, sudah ‘kebosanan’ kerana hampir setiap hari melakukan kerja yang sama di hospital. Saya pula bangun agak lambat dan ianya ternyata sangat lambat bangkit hari ini. Saya tersedar pada jam 8 pagi dan mengerjakan subuh kala waktu ini jua!! Ini dinamakan subuh gajah. Mama dengan penuh gigih dan sedaya upaya membangunkan saya tetapi setiap percubaannya gagal. Oh..tidur diwaktu pagi sangat nyama, kala hujan yang sedikit renyai membasahi setiap regolit tanah membuatkan saya tidak sempat terbagun untuk mengerjakan subuh pada waktu yang sepatutnya! Bangun dan mandi. Sungguh sejuk. Bersarapan secara berjemaah dengan usrati di pagi hari sangat menggembirakan. Mama menyediakan sedikit pulut dengan inti kelapa (pulut gaul nyor!!) dan ini yang kami sekeluarga santap. Sangat mengenyangkan.

Dengan secara tiba-tiba mama bertitah…’emm…pagi ni abe tolong beli ikan kat Rantau Panjang. Ike tak dok ni nak make tengah hari nanti’ mama berkata. Saya respon, ‘ohh…tak jadi hal. Bereh. Terdetik didalam hati, pandaikah aku membeli ikan??? Aduusss…ini merupakan lkali pertama saya diarahkan supaya membeli ikan di pekan Rantau Panjang. Ahh amat bimbang dan sedikit gusar. Mana tidaknya, saya tidak kenal nama-nama ikan malah tidak tahu ikan apa yang mama sebutkan tadi. Ini sudah pasti akan membuatkan saya gaak malu bila ke kedai membeli ikan. Tambahan dikedai ramai gadis-gadis rupawan melilau, agak malu untuk bertanya ’errmm…mok cik…ni ikan  gapo ea?’. Aduss bermacam-macam yang saya fikirkan bila mana disuruh membeli ikan dikedai. Sebelum ini, semua barang-barang dapur diuruskan oleh mama. Saya hanya makan sahaja!! Ini lah bahana bila jejaka terpaksa ke kedai membeli ikan.

Sampai di kedai ikan. Ramai mak cik dan mak datin serta anak-anak gadia yang berkeliaran disekitar kawasan kedai. Ahh….apa yang aku perlu buat ni..’momel  sendirian dalam hati..saya melangkah gagah masuk ke dalam kedai. Terlampau banyak ikan yang diletakkan di dalam bekas yang berisi ketulan  ais. Mata ikan masih lagi putih. Segar. Kalau digulai ni sodap jua!! ‘ Dik, nak beli ike gapo? Tanya seorang makcik kepada saya. Aduss saya tersenyum, lalu memeri respon…bunyi nya begini…’ermmm mok cik, ambo nak beli ike ayo (ikan tongkol) sekor, jadi hok mano so ea ike ayo ni? PErtanyaan saya ini sebenarnya diperhatikan oleh segelintir makcik-makcik yang berada disekitar berdekatan dengan saya. ‘ La….awe tok kenal ko ike ayo hok mano? Aii awe ni gak..nok bini guano nih!! Ike ayo pun tak kenal weii.. Kata makcik yang sedikit kecoh lagaknya. Hampir seisi kedai mentertawakan saya. Seriusly, saya amat malu!! Tergelak jua sendirian dalam hati. Apakah betul aku nih? Ahh..banyak lagi ikan yang perlu dibeli. Aduuss…macam mana ya nak kenal ikan-ikan yang disebutkan tadi. Saya gelap mata. Hampir semua spiesis ikan yang ada didalam kedai tersebut saya tidak tahu yang mana satu yang dikirim oleh mama. Anak-anak gadis yang berada disekitar jua seperti mentertawakan saya sahaja. sAya sorang sahaja lelaki di kedai tersebut!! Aduuss….lalu saya menyapa seorang lagi makcik dan berkata ‘ermm nok satu jenis lagi ike ni..ikan selayang dan kembong’. Tuan kedai yang agak sibuk menyatakan’ smeta lagi deh, nk siap order mok cik ni dulu’ | Ya. Saya sedang menunggu. Adusss begitu lama saya menunggu dan akhirnya tuan kedai menyelamatkan saya dengan berkata’ nok  ike gapo doh td dik? Saya pun menjawab ‘ ermm ikan selayang dengan kembong. Bagi setengah kilo deh’. Anak perempuannya tersenyum lebar dan berkata’ Aii cikgu, ike ayo pun tak kenal  ko??’ dan bergelak sakan. Barangkali  menyindir saya yang tidak pandai membeli ikan  kot!! Saya membayar dengan kadar RM 12.00 bagi kesemua jenis ikan tersebut. Saya berlalu dan meninggalkan kedai tersebut. Terasa malu yang amat bila disuruh membeli ikan yang saya sendiri pun entah betul atau tidak apa yang saya beli!! Apa pun, pelajaran yang harus dipelajari : Selalu lah masuk ke dapur. Pastikan, nama-nama ikan akan dapat diingat agar senang dikemudian hari. Belajar siang ikan juga adalah perlu!!



Inilah wajah rupawan ikan Tongkol yang saya maksudkan. Cukup nostalgia!!




Saya berkata : kalau ikan pun tak kenal manakan pula nak siang ikan!! Ini lah natijahnya bila tahu makan sahaja. J

0 comments: