Pages

Monday, December 27, 2010

Saya redha kalau itu rezeki pemberianNYA!!.


Berpagi-pagi lagi ke Kota Bharu, selepas menjalankan rutin harian, saya dan adik bongsu, siti bergegas ke bandar KB-BRI (sinkof kepada Bandar Raya Islam) untuk membeli kelengkapan sekolah yang bakal bermula kurang daripada seminggu sahaja lagi. Terdetik untuk membeli berita harian sebagai santapan minda kala pagi. Sehelai demi sehelai, dibelek dan diteliti setiap konten maka saya ada terbaca iklan yang tawaran biasiswa.  Biasiswa yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan (sarjana dan kedoktoran).  Tawaran biasiswa yang ditaja ini adalah bagi para graduan yang sedang menganggur dan tidak mempunyai perkerjaan. Hati mula merasakan menyesal dan alangkah ruginya saya menerima pelawaan biasiswa tajaan  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di peringkat sarjana muda. Saya terikat dengan KPM selama 5 tahun. Saya mula terfikir jika mengambil tajaan KPT, ia merupakan platform yang sangat mudah untuk saya melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan P.hD tanpa perlu mengeluarkan duit poket sendiri!!. 

Pada sesiapa pun kalau ditaja, siapa yang tidak mahu bukan???! Bila di fikir kembali, memandangkan saya sudah diikat oleh KPM, maka saya tidak layak untuk menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pelajaran saya. Bila mana membaca syarat-syarat umum pun saya sudah tidak layak!!..ahh alangkah ruginya terima KPM hari tu..’kata hati yang sedang kecewa’ Hati ini mula berkecamuk dan serba salah. Pelbagai perasaan melanda. Perasaan kecewa pun ada!! Ah..alangkah sangat tidak bersyukur saya tatkala itu.  Apa pun saya redha jika ini merupakan rezeki saya. Memujuk hati yang sedikit terkilan. Cuba sedaya upaya untuk  positif.  Saya amat berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat master dan P.hD. Saya sudah mula merancang perjalanan hidup untuk menghabiskan tatatingkat pengajian ditahap yang tertinggi. Selalu berangan-angan pada umur 30 sudah bergelar Dr Amar Al-Bakhtiar (aminn..doakan saya ya!!). Ada rakan menegur saya, ‘amar, awak betul-betul nekad untuk sambung belajar?’. Persoalan yang diutarakan seolah-olah sambung belajar itu barangkali seperti mahu berperang digaza agaknya! Tuntas saya menjawab ‘ya, saya nekad. Walaupun terikat, saya tetap mahukan juga’!. Dari alam pekerjaan dan berkongsi masa untuk menelaah makalah dan jurnal untuk dibahaskan dalam disertasi bukanlah suatu perkara mudah. Memerlukan seratus peratus komitmen yang jitu agar semangat untuk menghabiskan pengajian terus membara. Saya nukilkan disini, kerangka teori perjalanan akademik  yang telah saya murni kan.

teori perjalanan akademik

2007-------Pengajian Sarjana Muda pendidikan (Geografi)---------------------2011 (Julai;dijangka bergraduat)

Mei/Jun/Julai 2011--------Berdaftar sebagai calon Sarjana Geografi------------2013 (Julai;dijangka bergraduat jika berjaya menyiapkan disertasi dengan cemerlang)

Jan 2014------Berdafatar sebagai calon P.hD-----------------------------------2017 (dijangka bergraduat dengan gelaran Dr, InsyaAllah)

Kerangka Umur

2011-umur saya adalah 24 (B.Ed (Geography) UPSI
2013-umur saya adalah 26 (M.A (Transportation Geography) UPSI
2018-umur saya adalah 30 (Dr Amar Al-Bakhtiar) aminnn!! P.hd (Transportation Geography) UKM/UM


Apa pun, ini merupakan perjalanan yang saya rancangkan. Kita hanya mampu merancang, Allah saja yang berhak menentukan. Apa yang direncanakan ini adalah hasil daripada angan-angan yang pada mulanya sekadar berkhayal kosong. Maka saya titipkan kerangka ini ke dalam blog ini dengan harapan agar saya selalu membacanya dan tidak tersasar daripada landasan yang sebenarnya. Setengah pendapat berkata,’ alah…kalau duk sekolah, ada master ke..P.hd ke apa guna, gaji tak naik jugak!’. Kalau inilah yang dipandang, diri kita tidak akan maju. Bangsa yang berintelek adalah bangsa yang mempunyai domain kognitif yang tinggi. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang berilmu. Semoga keinginan ini akan senantiasa bersemangat. Gigih dalam menatar ilmu kesenangan di hari muka. Insya Allah.


P/s : Haruslah sentiasa gigih!! dan redha kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat umatnya!!

1 comments:

Anonymous said...

saya juga spt encik menyesal tak sudah dan sentiasa menyalahkan parent yang memaksa saya ambil biasiswa kpm.sekali silap selamanya silap. apa salahnya klau diberi kelonggaran belajar sampai phd lepas tu mengajar sebagai guru sebab cita2 kita sebelum umur 30thn dah bergelar dr.kpm takut sgt kita lupa janji.kontrak dah ada apa takut? tutp peluang anak bangsa betul. diktator!bukannya buat jahat cuma nak belajar smpai peringkat tertinggi semasa masih ada mood nak belajar