Ya, bilamana busy makanya akan ada yang terlepas pandang. Terlepas bukan dengan niat yang kita ciptakan. Betul manusia itu tidak sesempurna mana pun. Dan saya akui, kesilapan manusia itu adalah fitrah. Fitrah dijadikan manusia itu melakukan kesilapan agar mudah belajar di kemudian hari kelak. Saya menerima segalanya dengan redha. Kerana apa? Kerana Saya sudah pun terbiasa dengan keadaan tersebut. Daripada dulu hingga kini saya akan tetap redha kerana saya tahu saya bukanlah annas yang kamil. Kesilapan mengatur langkah menyebabkan kita akan menerima natijah yang kita sendiri tidak mahu. Apa pun, kita kena berbalik kepada basic yakni “ kelupaan itu merupakan sesuatu yang tidak penting pada waktu itu” dan bagi menjadikan ia penting makanya kenalah senantiasa ingat dan menjadikan ia sebagai priority yang utama.
p/s: Tidak ada kata-kata keramat yang dapat saya ungkapkan melainkan slaam kemaafan. Saya akui saya saya silap. Kesilapan yang pasti bukan suatu kesengajaan. J
Sekadar mengungkap rasa…Seuntai kata yang pastinya untuk dirasa
Amar
Tapah, 7/5/2011
0 comments:
Post a Comment