Pages

Friday, May 6, 2011

TERKEDU; DAN TATKALA ITU RASA yang SANGAT GUMBIRA!!


Sebermulanya kisah... :)
Berpagi-pagi lagi berwisata ke Sekolah, walaupun bertugas pada sebelah petang, namun datang juga sebelah pagi. Pagi ini perasmian penutup Bulan EXPLORASI GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR (ExGegAS 2011).  Selama sebulan berulang alik ke sekolah secara dua alam, pagi dan petang. Keletihan yang tiada kesudahannya. Program yang dicetuskan hasil dari idea sendiri, menabur bakti di sekolah!! Makanya berpagi-pagi lagi, bekas penyelia tesis, Dr Mazdi  menelefon. Menelefon mengkhabarkan berita yang amat menggumbirakan (bagi saya la kot). Kertas kerja yang dibentangkan di Institut Sosial Malaysia ( ISM) pada oktober tahun lepas 2010 telah terpilih untuk di kompilasikan dalam jurnal ISM. Terkedu lidah saya tak dapat nak brrkata apa-apa lagi. Sungguh saya tidak sangka. Artikel yang dinukilkan adalah hanya sekadar ringkasan dapatan tesis sarjana muda. Tiadalah apa-apa pun yang istimewa. Cuma karya saya dipilih untuk dikompilasikan, makanya hati saya terdetik, layak kah saya?? Semasa membentangkan hasil kertas kerja penyelidikan, ramai lagi para sarjana-sarjana dan ahli akademia yang lain. Apalah sangat yang ada pada nukilan saya. Cuma sekadar apa yang saya tulis hasil dari kajian yang telah dijalankan. Kajian pun hanyalah pada level sarjana muda sahaja (lagipun saya bukanlah pelajar yang pandai, biasa-biasa sahaja!!). Apa pun Hati melonjak gumbira. Sangat gembira. Tak dapat saya ungkap dengan kata-kata. Sekadar mengungkap rasa di blog ini. Berceritea apa yang saya rasa. Semoga ini merupakan langkah pertama ke arah penerbitan dan berkarya. Jutaan yang tidak terhingga kepada bekas penyelia tesis, Dr mazdi marzuki (Bakal penyelia Tesis sarjana saya kelak, kot???) hehe doakan lah yer. Semangat untuk bersarjana!! Insan ini lah yang sangat banyak membantu saya. Sangat amat banyak jasanya pada saya.  Sebelum ini, saya juga memenangi EKSPIN yang telah dianjurkan di UPSI, tapi hanyalah gangsa sahaja. Cukup mengajar saya erti kehidupan. Terima Kasih Dr. Jasa insan ini akan saya kenang hingga ke akhirnya.  Allah sahaja yang mampu membalasnya. Sekian, sekadar mengungkap rasa!!
p/s ; Hari ahad ini akan ke UKM bersama DR Mazdi, mencari bahan di PTSL. Bermulalah ceritera, ceritera sang penyelidik!!
AMAR
TAPAH PERAK
2011

0 comments: