Pages

Thursday, June 16, 2011

Rezeki itu! Ada dimana-mana. Carilah yang halal! Terima Kasih Dr Mazdi.

Alhamdulillah. Sangat bersyukur pada mu yang RABBI. Rezeki  itu Allah telah tulis kan pad ahambanya. Kitalah yang harus mencari dan berusaha ke arah itu. Ya! Saya bersyukur, kali ini saya ditawarkan untuk menjadi pembantu penyelik (RA) Dr  Mazdi. Sambil belajar dalam pengajian sarjana juga berkerja dengan beliau. Saya senang berkerja dengan beliau. Laju dan bermatlamat! Alhmdulillah. Saya juga dibayar gaji. Kata Dr Mazdi saya ‘gaji ini boleh lah tamping sikit-sikit untuk bayar yuran master nanti’ ayat ini memang saya ingat!  Niatnya ingin membantu cukup  saya hargai! Dan kata-katanya saya dibayar gaji berijazah. Saya belum dapat skrol pun dah diberi gaji berijazah! Inilah yang membuatkan saya tidak mampu berkata apa-apa. Jasanya sangat ternilai. Dengan duit ini bolehlah saya kumpul dan tambah sikit-sikit untuk yuran dan duit poket. Ya, inilah yang dikatakan  kalau nk seribu daya! Saya memang nk belajar, tapi kekangan duit. Allah telah bantu saya temukan dengan orang yang ingin sekali menolong saya! Alhamdulillah. Rezeki MU ya rabbi ada dimana-mana. Sungguh saya merasakan bersyukur yang amat pada MU ya Rabbi! Sudah lama ini menulis. Inilah yang ingin saya luahkan! Ya, Praktikum pun Dr bagi A. tidak saya sangka! Saya mengajar tiada apalah sangat. Biasa saja! Huhu…Dr telah tolong saya naikkan pointer. Alhamduliilah. Hati kini melonjak girang. Pada hari yang sama, saya menerima kad “punch” untuk saya swapkan di bangunan caselori menandakan saya datang berkerja degan Dr. ya, saya juga diberikan meja dan kerusi! Meja dan kerusi untuk saya di dalam biliknya! Pada meja dan kerusi inilah saya buat kerja dan menulis entri ini. Ya. Sungguh selesa. Dalam bilik yang berhawa dingin. Selesa menulis kajian dan berfikir. Saya sudah diberikan pelbagai nikmat dan kesenangan. Saya sangat mensyukuri nikmat pemberian MU ya Rabbi. Tetapkanlah hati ku agar kerja yang akan aku hampiri ini ikhlas dan tolong menolong sesame insan. Rezeki MU tidak terhitung luasnya!! SAya bersyukur!



P/S:  Terima Kasih Dr Mazdi Marzuki. Saya doakan agar Dr dipanjangkan umur dan diberikan rahmat dalam kehidupan.  Ameennnn!!

0 comments: