Menginap di rumah sabahat handai seberapa malam. Kemudian bertolak ke negeri tapah! Tempat dimana saya menatar ilmu kehidupan. Belajar mencari ilmu keguruan di SEMESTA. Kini masih terkenang! Ada beberapa ole-ole yang saya bawakan dari rantau panjang ke TAPAH. Untuk orang-orang tapah. Saya menghantar SMS kepada Ustazah norhanan dan Tuan Pengatua, Bonda Halimatun! Ini berjumpa seketika. Ada bingkisan yang ingin saya sampaikan. Wisata saya ke rumah bonda. Tiada apa yang berubah! Berjumpa dengan bonda dan memberikan ole-ole dari Rantau Panjang. Menerima dengan adanya! Terima kasih! Itu sahaja yang dapat saya berikan! Pemberian orang miskin-miskin! Kemudian pad sebelah petangnya pula, ke rumah Ustazah Norhanan. Juga saya sampaikan ole-ole dari anak miskin ini! Tiada apa yang dapat saya berikan! Itu sahaja! Bermesra dengan anis dan Cik Ann, anak-anak kecil yang manja! Rindu pada mereka!
Pagi keesokannya, setelah malam berlalu, saya dan sahabat baik, saudara Luqman mengatur langkah untuk Chek Out dari kuartes. Ya, saya menguruskan soal dokumentasi Eletrik dan Air, dan Luqman menyewa kereta di tanjung Malim ke tapah untuk angkut barang yang saya kira amat banyak! Ya kami selesa berkerja bersama! Alhamdulillah, barang-barang sempat dipndahkan. Pada sebelah malanya pula, sahabat saya kepingin untuk berjumpa dengan ustazah. Saya dibawanya saya kesana sekali lagi dan tanpa diduga, kami diajak ke Kampar oleh bonda halimatun! Menerima panggilan dari beliau. Maka saya berdiakusi dengan sahabat saya, “bagaimana ya!?” maka kami putuskan untuk pergi ke Kampar! Sebelumnya, ada juga ustazah mempelawa kami makan di pecan kecil Tapah. Makanya, ustazah pun diheret sama ke Kampar! Kami makan besar malam itu. Dengan badan yang amat letih, mengangkut barang dari Tapah ke TM, berpatah arang jua! Tapi kami gagahi dek semangat dan jasa yang dicurahkan! Alhamdulillah. Makan yang sedap. Cukuplah bagi kami orang-oran bujang. Jam biologi saya pun pada waktu itu menunjukkan reaksi yang positif. Serius, saya mengantuk! Ya,kami bergegas pulang dari Kampar ke TM pada malam itu jua. Saya tinggalkan beberapa pesanan kepada anak-anak didik saya, afiq, meyna, atip, qilah dan dua orang si budak manja, anis dan cik ann! Huhu rindu mereka. Sampai di TM tepat jam 1 pagi. Badan yang amat letih! Barang-barang yang ada di dalam kereta sarat! Tidak larat untuk kami angkut semuanya. Maka saya dan luqman buat keputusan untuk ‘BUNGKANG’ secukupnya!. Ya subuh pun entah kemana! Keletihan yang amat! Berpagi-pagi lagi mengangkut barang. Kerata terpaksa dihantar pada empunya tuan! Ya lelah jua! Seisi hari mengemas barang dan ke pekan membeli barang keperluan harian! Teringat semasa belajar dahulu kala (kini pun sedang dan akan belajar juga!). Pekan TM tidak berubah walaupun sudah lama saya tinggalkan. Cukup nostalgik! J
P/S: makan free. Memang kenyang! hahaha
0 comments:
Post a Comment