Sudah lama tidak mencoret di laman ini. Sedikit kesibukan dengan hal-hal dunia. Yang pasti, hati dan mulut sentiasa menyebut ‘blog dah bersarang agaknya, bila mahu tambah entri nih’!! gusar hati. Agak kekok juga ya bila mahu mula semula menulis dalam lapangan ini. Kini say adi tanjung malim bandar ilmu tempat saya belajar sudah sekian lama. Kini sekembalinya dari kampong halaman tercinta, makanya saya datang lagi ke Tg Malim membawa harapan yang baru! Harapan yang sudah lama saya idamkan. Saya tinggalkan bapa dan ibu di rumah seketika, tinggalkan tanggungjawab kepada adik-adik untuk digalas agar kelangsungan kehidupan dapat dirasai oleh smeua pihak. Daya ditanjung malim sejak 6 hari bulan 6 lagi. Ya kini menyewa di KUO (kolej Ungku Omar) sebagai penyewa tetap sehingga posting (penempatan guru). bermula kisah apabila ingin datang ke Tanjung Malim (TM) awal, pada 1 hari bulan 6. Dek keadaan bapa yang sakit dan keadaan ibu yang agak ‘terhencut-hencut” langkahnya, saya batalkan niat untuk ke TM. Pada masa yang sama, janji temu bersama Doktor perubatan bagi ayah saya belum lagi habis. Tiada orang yang boleh diharapkan selain menunggu adik kesayangan meluangkan masa. Ya, kini tangungjawab itu saya galaskan pada beliau. Saya tinggalkan beliau (adik saya) dengan segalas harapan yang pastinya wajib lunaskan. Dengan keadaan rumah yang masih lagi diubahsuai, hujan yang turun tidak mengira waktu dengan airnya yang mepimpah masuk ke dalam rumah, itulah beberapa kekangan yang terpaksa saya tempuhi ketika berada di rumah. Perit, tapi cukup mengajar erti sebuah kehidupan yang pastinya memberikan pengajaran yang hakiki!! Banyak yang saya fikirkan sebelum datang! Kini kembali lega. Tanggungjawab itu berjaya ia lunaskan! Alhamdulillah. :)
P/S: ikhlaskan niat. Anda akan beroleh pahala kelak! Tidak salah berbudi pada ayah dan bonda!
0 comments:
Post a Comment