Tanggal pada hari Rabu,27 JULAI 2011. Bergraduat!
Alhamdulillah. Segapa puji bagi yang MAHA ESA, dengan limpah dan inayahnya. Saya selamat bergraduat. Dengan izin daripada NYA. Segala urusan berjalan degan lancar. Konvokesyen pertama dalam hidup saya. Saya di raikan oleh keluarga tercinta. Walaupun tidak ramai. Tapi saya bahagia dengan susah payah Ayahanda dan Bonda serta adik-adik yang di kejauhan datang meraikan majlis ini. Ayah dan Bonda yang sudah dimamah usia. Biasa lah makin hari kita makin tua. Itu pasti! Semua orang kena ingat! Bermulanya ceritera di pagi rabu. Semua bangun awal. Saya mengejutkan ahli keluarga yang bermalam di hotel bajet. ‘kita akan g awal. Ada perarakan akademik’. Saya berkata pada ayah dan bonda. Merka bersiap awal. Adik-adik pun sama. Kami sarapan bersama di kedai kegemaran ayah dan saya, Kedai mamak!. Saya bersantap. Santap berjemaah! Ramai rakan-rakan taulan yang hadir. Hadir bersama ahli keluarga yang lain memeriahkan majlis konvokesyen. Saya melihat satu persatu. Wajah-wajah girang! Semuanya gembira.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selesai makan. Saya ke Auditorium. Menghadiri taklimat konvo. Puas ditaklimatkan. Kemudian berarak ke dewan SITC. Langkah demi langkah saya atur. Jelas kelaianan terasa. Di tepi, kiri saya, ada orang yang memakain jubah ‘dua jalur’. Geram saya melihatnya! Semasa berjalan, di tepi kiri dan kanan juga, terlihat para hadirin yang hadir memeriahkan majlis. Hadir dengan ceropong mewah! Sunting sana dan sini. Saya tersenyum saja. Sampai di pintu besar SITC, bunyi ahli muzik memainkan alat mengalunkan alunan muzik menyambut para graduan yang masuk. Saya melangkah masuk. Meremang bulu roma. Hari ini saya dihargai! Duduk. Dan melihat rakan taulan yang ada di sebelah. Mendengar segala istiadat protocol yang ada. Saya mendengar. Dan tibalah saat nama di panggil. Kami berbaris panjang. Saya orang yang ke sebelas. Naik ke pentas. Saya berkata’ Terima kasih Pro Canselor’. Saya menerima ijazah daripada Pro canselor. Turun dari pentas dan ramailah yang mengucap ‘ Tahniah Amar!’. Saya agak di kenali oleh kawan-kawan dari kursus yang lain. Gembira. Sedih. Semua bercampur baur. Pro Canselor berucap. Saya mendengar dengan penuh khusyuk. Dato Panglima Dr Abdul Rahman Arshad ini orang nya hebat! Bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Mendengar beliau bercakap seperti saya membaca buku. Kata beliau, “ ini baru permulaan cerita” Hebat! Tekun saya mendengar. Banyak nasihat dan ingatan yang di hamburkan. Istiadat habis. Saya meluru keluar. Bersama rakan-rakan sementara Bonda dan ayahanda masih di dalam dewan. Kami bergambar di depan Perpustakaan Tuanku Bainun. Sempat juga saya bergambar dengan Dr Mazdi dengan jubah P.hD nya. P.hD Beliau dari UM! Keadaan yang kelam. Saya mendapatkan ayanda dan bonda. Membawa mereka makan-makan dan berehat di hotel. Di sebelah petang, saya membawa ayahnda dan bonda bergambar di studio. Kami tersenyum puas bergambar. Sebelah malamnya pula, keluar makan bersama dengan hali keluarga. Kami makan bersama. Alanglah bahagianya!! Keesokannya, family bakal pulang ke kampong. Selaku yang bertanggung jawab, saya menguruskan family. Saya menunggu di stesen bas tanjong malim. Menunggu hingga bas berjalan. Akhirnya. Mereka meninggalkan bumi murabbi ini dengan perasaan yang suka cita. Saya puas. Dapat berkhidmat pada usia mereka yang sudah lanjut. insyaAllah, anakanda akan balas jasa ayahanda dan bonda!!
P/S : Alhamdulillah. Sepanjang saya menguruskan family saya semsa istiadat konvokesyen, tiada apa yang berlaku. Smeuanya baik-baik sahaja. AlhamduLillah. Allah makbulkan doa saya. Semuanya di permudahkan. Biarpun pada masa itu saya tidak lagi mampu sediakan apa yang mewah-mewah buat family saya, saya puas. Berbaktilah apa adanya.! Ini baru langkahan sulung. Meniti hari esok dengan harapan yang lebih jauh!! InsyaAllah
Saya sudah update!! Hehe
Amar
Pejabat
Tanjong Malim.
0 comments:
Post a Comment