Pages

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareeem wal Mubabarak 2011. Saya di pertantauan.

Tanggal 3 ogos 2011. Mencari damai rezeki di ceruk Bumi Murabbi.

Sudah bertahun-tahun saya merantau di negeri perak darul ridzuan ini. Makin lamalah saya kenal orang dan hati budi. Tahun ini merupakan tahun kelima saya berpuasa di perantauan. Dulu semasa belajar ISMP, teringin juga ingin balik ke rumah berbuka dan menyambut ramadhan bersama keluarga. Apa pun, harus kita fikirkan, jika di rumah kepuasan sahaja yang dapat kita nikmati melaiankan kita merantau baik belajar atau berkerja, kita akan dapat rasakan kepuasan yang lain. Alhamdulillah. Saya di berikan kekuatan untuk hadapi ini semua. Bak kata Bonda saya “ Orang lelaki kena kuat. Kuat kerja dan kuat belajar!!”. Ini azimat hidup saya. Ini yang saya pegang. Kejayaan memerlukan pengorbanan. Dan inilah pengorbanan yang telah saya lakukan. Untuk kejayaan, buat lah apa sahaja demi memandaikan diri sendiri. Amen.  Ramadhan kali ini saya berkerja. Jika dahulu saya sebagai pelajar. Jadual waktu yang anjal. Kadang-kadan tiada kelas dalam sehari. Kadang-kadang juga penuh! Bila berkerja, seperti biasalah. Masuk 8 pagi baliknya juga 5 petang. Saya akan amsuk awal dan baliknnya lewat! Kadang-kadang sampai jam 7 di pejabat.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Menyiapkan kerja yang senantiasa banyak. Biasalah. Dah namapun kerja kan. Tidak kisah tentang itu semua. Cuma apa yang saya fikirkan adalah beginilah caranya Bonda saya mencari wang untuk menyara keluarga. Demi memandaikan anak-anak supaya tidak jadi sepertinya. Saya berkerja. Tapi hanyalah kontrak sahaja sebelum tamat kontak saya sebagai pembantu penyelidik pada  14 September 2011 nanti. Saya harus mencari ganti kerja-kerja yang ada sekitar Tanjong Malim atau seumpamanya. Saya harus kerja!!. baik atau tidak terpaksalah pulang dahulu ke kampong halaman sementara kerja ada. Apa adanya kerja, akan saya usahakan. 12 September 2011, saya akan berdaftar sebagai pelajar sarjana. Saya memerlukan duit untuk semua itu. InsyaAllah. Ada dalam simpanan sikit-sikit di tambah duit gaji yang bakal di peroleh. Berwisata lah kemana pun, asal kerja yang dicari dapat. Saya akan gunakan kepakaran ijazah yang saya ada (jika perlu,kalau kerja kilang tak ada ijazah pun tak apa!!). Buat sahabat saya saudara luqman, mungkin beliau akan lama lagi disini sehingga November. Kontraknya di sambung. Teruskanlah berjuang sahabat! Saya mungkin mencari rezeki di ceruk lain pula! InsyaAllah. Dalam pada masa yang sama, penulisan disertasi sarjana akan saya teruskan. Hari ini juga saya bersyukur, BAB DUA bagi kajian geran penyelidikan  jangka pendek Dr MAzdi telah Berjaya saya siapkan. Lama juga menulis!! Saya kini akan menyambung penulisan geran ini pada bab 3 pula. InsyaAllah, sempat siap sebelum tamat kontrak saya. Saya tidak mahu di bayar gaji tanpa berbuat apa-apa. Bab 1, bab dua dan soal selidik telah saya sempurnakan.  Bab  3 sahaja nanti untuk saya nukilkan. InsyaAllah. Saya dibayar gaji atas penulisan kajian ini. Saya bukanlah orang yang pandai sekali pun, tetapi mencuba untuk mencari rezeki pada takat mana yang ada. InsyaAllah. Semoga keberkatan Ramadhan al kareemm wal Mubarak ini akan memberikan saya sinar rezeki untuk perjalanan yang lebih jauh lagi. Ameeen. InsyaAllah.

P/S: Alhamdulillah. Saya diberikan lagi kekuatan untuk berkerja. Lagi sedikit masa dalam bulan ramadhan ini kerja saya akan selesai. Akan di fikirkan pula kemana akan saya wisata. Semoga ini akan memberikan kekuatan pada saya untuk harungi semuanya. Saya sedang dan akan mencari kerja-kerja yang boleh saya lakukan agar tidak lah terbuang dan mambazir masa saya yang ada. Gunakan masa untuk mencari duit, agar kelak kita senang dan tiada bersusah. Doa agar dipermudahkan jalan rezeki. Ameen. InsyaAllah. J


Amar
Pejabat
Tanjong Malim. 

0 comments: