ALHAMDULILLAH. Tanggal pada JUMAAT 29 JULAI 2011, gaji pertama saya sebagai Pembantu penyelidik di kreditkan. Hati saya sangat gumbira. Ada sesuatu yang telah saya niatkan dalam hati. InsyaAllah. Ianya termakbul juga. Tapi apa yang menyedihkan, telefon saya buat hal. Elok-elok gaji masuk telefon pula buat hal!! Apa adanya terpaksalah saya mendapatkan telefon baru. Jika tidak ada yang baru bagaimana untuk saya dihubungi oleh rakan-rakan dan pensyarah! Saya belikan juga. Saya beli degan hati yang tidak tenteram. Harganya murah sahaja. Rm 200. Cikai sahaja. Telefon saya tiada pernah yang mahal-maha. Saya golongan marhain sahaja!! Kali ini saya memilih jenama Sony Ericsson. Saya tidak pernah pakai telefon ini sebenarnya. Apa pun saya gembira. Saya sudah tidak perlu untuk besusah payah untuk membaca mesej (sebelum ini sudah ada kerosakan, skrinnya ada tompok hitam yang besar ; telah menyukarkan saya membaca mesej!!). kini yang baru. Skrinnya yang besar. Bak kata orang kedai telefon “ awak amik telefon baru lah. Awak punyer telefon tak dapat di selamatkan dah”. Dalam hati saya,kalau saya tahu macam itu tidak pula saya bawa kemari telefon ini duhai saudara!. Maka telefon baru dibeli. Apa pun, rezeki semua du tangan Allah. Lagipun, telefon tua yang rosak tu pun sudah lama saya gunakan. Mungkin sampai masa dan ajal barangkali. Saya Redha. Ada hikmat di sebalik semua ini.
P/S: Alhamdulillah. Kini masuk bulan ogos. Gaji yang saya tuntut baru ini adalah gaji bulan 6.kini saya sudah menuntut gaji bulan 7.alhamdulillah. semua dokumen ada dan lengkap. Sudah pun saya hantar di pejabat am fakulti. Mudah-mudahan ianya dipercepatkan pembayarannya. Moga-moga duit ini akan dapat saya simpan untuk belanja bayaran yuran sarjana kelak. Saya bersyukur. Ada sesuatu akan saya bawa pulang untuk adik-adik di Aidilfitri ini. Ameen.
Amar
Pejabat
Tanjong Malim
2 comments:
Moga-moga duit ini akan dapat saya simpan untuk belanja bayaran yuran sarjana kelak. Saya bersyukur. Ada sesuatu akan saya bawa pulang untuk adik-adik di Aidilfitri ini. Ameen.-sungguh k.aina tersentuh dengan ayat ini...
biasanya memang begitu, bila kita ada duit je macam2 nak jadi. nasib baik terjadi tengah bergaji kalau tak lagi le susah kerana hp satu keperluan...
huhu tersentuh kenapa kak? Coreta sebuah pengalaman silam kak. say ahanya bercerita. tak sangka ada juga yang membaca. terima kasih kak baca. blog saya tiada apa yang ilmiah. biasa saja. sekdar mencoret meluahkan rasa. Terima kasih singgah! :)
Post a Comment